PERISTIWA SELEPAS PERANG BANI MUSTALIB

Penceramah : Ustaz Syed Norhisyam

Masa : Kuliah Maghrib, 15.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Biasanya bila nabi nak keluar bermusafir, nabi akan buat undi untuk isteri baginda. Siapa yg terpilih, akan ikut nabi musafir.

2- Yang terpilih utk bersama baginda ialah Aisyah, untuk bersama baginda ke Perang Bani Mustalib.

3- Dalam perjalanan pulang, ketika berhenti rehat, Aisyah rasa nak buang air. Ketika itu Aisyah berumur belasan tahun. Bila nak kembali ke tandu yg dinaikinya, Aisyah perasan rantainya terjatuh. Dia patah semula untuk mencarinya.

4- Rombongan tak perasan Aisyah tiada di tandunya. Mereka gerak dengan menyangka Aisyah ada dalam tandu. Ketika itu Aisyah masih mencari rantainya.

5- Bila Aisyah balik ke tempat tandu, dia sedar dia dah kena tinggal. Tapi dia tidak panik. Dia fikir, dia stay disitu dan bila ahli rombongan perasan dia tidak ada, ada yg akan patah balik untuk mencarinya.

6- Rasulullah dan para sahabat meneruskan perjalanan. Di kalangan para sahabat, ada yg bernama Safwan. Dia ni jenis kuat tidur. Walaupun pergi berperang, dia tetap kuat tidur. Kelebihannya, dia akan jadi tukang collect barang2 yg jatuh / tertinggal.

7- Bila Safwan sampai tempat Aisyah duduk, dia beristirja’. Innalillah wainna ilaihi roji’un. Dia pergi dekat, dia turun dari unta dan suruh Aisyah naik unta. Safwan undur ke belakang untuk bagi ruang Aisyah naik unta. Selepas itu dia menarik tali unta dan meneruskan perjalanan.

8- Aisyah tak dengar apa2 dari Safwan melainkan ucapan istirja’. Safwan tidak tanya apa2, tak cakap apa2 dengan Aisyah.

9- Esoknya nabi dan rombongan berhenti di lokasi sebelum masuk madinah. Waktu itu ada orang munafiq bersama dalam rombongan. Mereka nampak Safwan menarik unta yg dinaiki Aisyah.

10- Bila nampak situasi itu, Abdullah bin Ubai bin Salun, ketua orang munafiq madinah, mengambil kesempatan. Dia tak kata safwan berzina, tapi dia kata semalaman berjalan, apa yg mereka buat ? Berita jadi viral, orang madinah mula bercakap2 isu ini.

11- Ada beberapa orang sahabat yg dikenakan hukum hudud sebab menuduh zina.

12- Bila Aisyah sampai madinah, dia jatuh sakit, demam teruk. Dia tak tahu ceritanya tengah viral. Cuma perasan ada sedikit perubahan pada rasulullah, tiada kelembutan pada baginda bila Aisyah sakit. Biasanya rasulullah akan belai, ambil berat. Tapi kali ini nampak dingin.

13- Satu hari bila Aisyah dah agak sihat, dia bersembang dengan Ummu Mistoh, makcik kepada Saidina Abu Bakar. Mistoh adalah sepupu Abu Bakar.

14- sedang bersembang2, ada benda jatuh, ummu mistoh melatah dan memaki mistoh. aisyah tanya kenapa maki mistoh? Ummu mistoh kata mistoh menyebar cerita Aisyah berzina dengan Safwan. Mistoh orang baik, beriman, tapi dia percaya kepada cerita, persepsi yg dibawa berkenaan Aisyah & Safwan.

15- Waktu itu barulah Aisyah sedar kenapa rasulullah bersikap dingin padanya. Aisyah menangis dan rasa lemah badan sehingga tidak bercelak ketika tidur.

16- Malam itu bila rasulullah balik, baginda bertanya khabar Aisyah. Aisyah minta izin balik kerumah mak ayahnya, rasulullah izinkan.

17- Mak Aisyah suruh Aisyah bersabar, begitu juga pesan ayahnya Abu Bakar. Malam itu Aisyah menangis, tak dapat tidur memikirkan fitnah yg menimpanya.

18- Esoknya, rasulullah panggil saidina Ali dan Usamah. Baginda nak minta pendapat tentang apa yg sedang berlaku. Saidina Ali cadang supaya rasulullah cari perempuan lain. Usama pula kata jangan percaya orang lain, yakin dengan Aisyah.

19- Usaid bin Hudair, dari kalangan Aus, minta izin pada rasulullah untuk penggal leher abdullah bin ubai. Tapi ditengang oleh seorang sahabat, Saad dari kalangan khazaraj. Berlaku sedikit perbalahan.

20- Rasulullah bangun dan hentikan perbalahan. Lalu baginda balik ke rumah saidina Abu Bakar, jumpa Aisyah, rasulullah kata jika kamu buat, mengaku dan bertaubatlah, Allah akan terima taubatmu. Jika tidak buat, Allah akan selamatkanmu. Hati Asiyah sangat terguris.

21- Aisyah minta mak ayahnya jawab, tapi dua2 kelu. Lalu Aisyah jawab , sesungguhnya jika aku kata aku tak salah, orang tak percaya. Jika aku mengaku, walhal aku tidak buat. Sekarang aku tak tahu nak cakap apa, hanya aku boleh cakap apa yang dikatakan oleh ayah yusuf ketika dikatakan yusuf mati dimakan serigala : FASOBRUN JAMIL – sabar itu indah. Lalu Aisyah pun berpaling. Aisyah yakin Allah tahu dia tidak bersalah dan akan bebaskannya.

22- Tidak lama selepas itu, Allah turunkan ayat :

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ ٱمْرِئٍ مِّنْهُم مَّا ٱكْتَسَبَ مِنَ ٱلْإِثْمِ ۚ وَٱلَّذِى تَوَلَّىٰ كِبْرَهُۥ مِنْهُمْ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٌ ١١

❬11❭ Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.

(An Nuur 24:11)

Ini adalah satu manhaj / metodologi untuk mengahadapi fitnah / kisah2 viral.

23- Bila ayat ini turun, bebaskan Aisyah, rasulullah baca ayat ini. Mak Aisyah suruh Aisyah berterima kasih pada rasulullah, tapi Aisyah kata dia nak berterima kasih / syukur pada Allah je.

24- Ada orang beriman / sahabat disebat 80 kali kerana menuduh zina tanpa bawa saksi. Antara yg disebat ialah mistoh. Abu Bakar marah pada mistoh kerana selama ini dia ada membiayai mistoh, dan nak hentikan peruntukan. Turun ayat quran menegur Abu Bakar. Lalu Abu Bakar tarik semula katanya, dan akan teruskan peruntukan kepada mistoh.

25- Kesimpulan : orang munafiq suka sebar fitnah dan nak bunuh character nabi / orang alim.

Jangan mudah percaya kepada persepsi / berita viral.

Wallahu a’lam

ASAS RUQYAH 1

Penceramah : Ustaz Nor Hezri

Masa : Kuliah Maghrib, 13.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Saidina Umar pernah tulis surat kepada Sungai Nil – ini adalah karamah, pengkhususan kepada saidina Umar.

2- Ada perawat yg pernah guna kaedah ini, tulis surat kepada jin, dengan ancaman sekian2, supaya tidak membuat gangguan. Kaedah ini tidaklah mengikut syar’ie, khuatir termasuk sebagai penggunaan tangkal.

3- Ruqyah / jampi, sangat berleluasa sekarang. Kena kenalpasti ruqyah yg mengikut syariat, supaya tidak tertipu. Kerana ada yg mencari keuntungan dunia, dengan menunggang agama.

4- Kesan tipudaya / kerosakan yang menggunakan nama ruqyah :

1)Rosak aqidah :

-dosa tidak diampun Allah

-Kekal dalam neraka

-Segala amal soleh terbatal serta merta

2)keselamatan fizikal

5- Apa itu ruqyah syariyyah : Doa permohonan kepada Allah utk sembuhkan oenyakit dengan al quran, hadis atau yg seumpamanya yg diharuskan syarak.

6- Ada 3 syarat ruqyah :

1)Mestilah guna ayat2 quran, nama Allah atau sifatNya

2)Menggunakan bahasa arab atau bahasa yg mudah difahami

3)Beriktikad bahawa Allah yg pulihkan penyakit

7- Ia bukan pengganti tapi pelengkap kepada rawatan di hospital.

8- Jampi / minyak pengasih adalah syirik, tangkal syirik, jampi serapah juga syirik. Mengubah ayat quran, syirik.

9- Tidak ada kaedah ruqyah yg lebih hebat dan kuat berbanding ayat al quran.

10- Hukum menerima rawatan ruqyah syariyyah – boleh dilakukan, tidak dilarang, bahkan ia amalan sunnah. Hukumnya harus.

11- 3 orang paling utama untuk buat ruqyah :

1)Diri kita sendiri

2)Mahram

3)Ahli keluarga

Tak jumpa juga, baru cari perawat ruqyah syariyyah.

12- 7 rangkaian ayat untuk buat ruqyah :

1)Surah Al Fatihah

2)Surah Al Baqarah ayat 1-5

3)Surah Al Baqarah ayat 255

4)Surah Al Baqarah ayat 285-286

5)Al kaafirun

6)Al ikhlas

7)An Naas

Wallahu a’lam

SEBAIK-BAIK IBADAH

Penceramah : Imam Muda Hafiz

Masa : Kuliah Subuh, 12.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Bila para sahabat nak beribadah, mereka akan tanya pada nabi, apakah ibadat / amalan yg terbaik, paling dicintai Allah? Jawapan nabi berbeza2 mengikut individu walaupun jawapannya sama.

2- Nabi bagi pendapat ikut keperluan orang yg bertanya. Setiap orang ada kemampuan yg berbeza2.

3- Imam ibn Qayyim – untuk mencapai maqam “hanya kepada engkau kami sembah”, terbahagi kepada 4 modul / kaedah :

1)Amalan paling afdhal adalah amalan yg paling dibenci oleh nafsu, dan paling sukar nafsu buat.

Contoh, nafsu suka kepada makan, jadi ibadah terbaik ialah berpuasa.

2)Amalan paling afdhal adalah amalan yg paling susah untuk dibuat.

Akak tetapi, Nabi larang buat perkara yg menyusahkan diri.

Ada seorang lelaki yg menambah 3 perkara ketika puasanya – tak nak bercakap, nak berjemur tengah panas supaya lebih haus, dan banyakkan berdiri / jalan supaya tidak tidur. Ada orang bagitahu dia buat begitu kerana bernazar. Nabi suruh dia selesaikan nazar dan tidak perlulah berlebihan.

3)Amalan paling afdhal adalah amalan yg berkaitan dengan mengosongkan hati, iaitu membuang dunia.

Mereka hanya tekankan konsep kezuhudan, dan mengurangkan perkara nafsu walaupun ia dibenarkan.

Ada yg tidak mahu kahwin, kerana bila kahwin akan sibuk dengan dunia.

Kita perlukan dunia untuk mencapai sebaik2 pahala di akhirat.

4)Amalan paling afdhal adalah amalan yang dikira jumlah dan kuantitinya – yg paling banyak.

Kaedah ini juga bercanggah. Firman Allah, matlamat Allah untuk uji kita :

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ ٢

❬2❭ Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,

(Al Mulk 67:2)

Allah nak tengok amalan yg terbaik / paling berkualiti.

4- Kesimpulan – amalan kena seimbang, ikhlas dan sederhana, supaya menjadi sebaik2 amalan dan diredhai Allah.

Wallahu a’lam

ANTARA ILMU & MAKSIAT

Penceramah : Ustaz Ahmad Hakimi Ibrahim

Masa : Kuliah Subuh, 11.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Orang yg dapat hidayah, ada 3 keistimewaan :

1)dipermudahkan urusan ibadah

2)pembebasan dari segala masalah

3)berjaya dan bahagia

2- Kata Saidina Ali : Barangsiapa yg menuntut ilmu (yg bermanfaat), maka sebenarnya dia sedang mencari syurga Allah. Dan barangsiapa menuntut ke arah maksiat, maka sebenarnya dia sedang mencari neraka Allah.

3- Kata Imam Ghazai : ilmu bermanfaat ada 7 ciri :

1)Semakin belajar, semakin kita kenal Allah. Atau semakin kita belajar, semakin kita takut kepada Allah.

Ulamak kata : perkara / ilmu pertama ialah mengenal Allah (ma’rifatullah).

2)Semakin belajar, semakin kita mengenal kekurangan diri kita.

Kita sentiasa berhajat kepada Allah, Allah tidak berhajat pada makhluk. Kita rasa diri kita lemah, rendah diri, banyak kekurangan.

3)Semakin belajar, semakin cinta pda akhirat, lebihkan akhirat berbanding dunia.

4)Semakin belajar, semakin nak menambah amal.

5)Semakin belajar, semakin kita kenal syaitan dan memusuhinya. Kita tahu tipu daya syaitan.

4- Allah membuat / mendatangkan syurga di dunia, siapa yang masuk kedalamnya, akan rasa bahagia, iaitu majlis ilmu.

5- Antara kemuliaan yg Allah berikan kepada penuntut ilmu, walaupun dia tidak mampu menghafal atau memahami ilmu itu ;

1)Memperolehi keutamaan sebagai penuntut ilmu. Firman Allah :

يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلْمَجٰلِسِ فَٱفْسَحُواْ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْعِلْمَ دَرَجٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ١١

❬11❭ Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Mujaadalah 58:11)

2)Terhindar dari sebarang dosa. Allah jaga kita, pelihara kita.

Hawa nafsu tertahan dari buat maksiat.

3)Mendapat rahmat dari Allah, diampunkan dosanya.

Ulamak kata, seorang yg membuat dosa kemudian dia singgah ke majlis ilmu, diampunkan dosa2nya.

Imam Syafie : sekiranya ada satu kelompok yg kecil ada orang soleh, ulamak, ada zikrullah, Allah akan pandang dengan pandangan yg mulia. Sebaliknya jika ada kelompok yg besar tapi diisi dengan maksiat, Allah akan pandang dengan pandangan yg hina.

4)Mendapat keberkatan ulamak

Nabi kata kena banyak duduk dengan alim ulamak. Berkat alim ulamak di dunia, mengingatkan kita tentang akhirat.

5)Dituliskan banyak hasanat / kebaikan. Mata melihat kebaikan, telinga mendengar kebaikan, dll.

6)Malaikat meletakkan sayapnya untuk melindungi penuntut ilmu.

7)Setiap langkah menjadi kaffarah dosa, dan diangkat darjat.

6- Kita harapkan 4 syafaat ini di hari akhirat :

1)Al Quran bagi syafaat pda pembacanya

2)para anbia bagi syafaat pada ummatnya

3)syuhada’ akan bagi syafaat pada ahli keluarganya

4)alim ulamak, akan bagi syafaat kepada anak muridnya

7- 10 kerugian orang beriman, antaranya tidak membaca al quran.

Kata Imam As Sauri, paling kurang 1 hari baca 100 ayat.

8- Dari hadis : Siapa nak bahagia di dunia, kena ada ilmu. Siapa nak kejayaan akhirat, kena ada ilmu.

Wallahu a’lam

GANJARAN BUAT IBU BAPA YANG KEMATIAN ANAK

Penceramah : Ustaz Dr. Mohamed Fairooz

Masa : Kuliah Maghrib, 8.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Kematian anak menyebabkan impak yg besar kepada ibu bapa, lebih2 lagi ibu. Ada yg menyebabkan para ibu serik untuk mengandung.

2- Hadis : Dari Abu Sa’īd Al-Khudri -raḍiyallāhu ‘anhu- menuturkan, “Seorang wanita datang pada Rasulullah -ṣallallāhu ‘alaihi wa sallam-, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, para lelaki pergi membawa hadis Anda. Maka tetapkan untuk kami satu hari di mana kami mendatangi Anda agar Anda mengajarkan pada kami apa yang Allah ajarkan pada Anda.” Beliau bersabda, “Berkumpullah kalian di hari ini dan itu.” Lalu mereka berkumpul. Nabi -ṣallallāhu ‘alaihi wa sallam- mendatangi mereka lalu mengajarkan pada mereka apa yang Allah ajarkan pada beliau. Kemudian beliau bersabda, “Tidaklah seorangwanita dari kalian yang diwafatkan tiga orang anaknya kecuali mereka menjadi hijab/penghalang  baginya dari neraka.” Seorang wanita berkata, “Dan dua orang?” Rasulullah -ṣallallāhu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Dan juga dua orang.”  

Hadis sahih – Muttafaq ‘alaih

3- Nabi tidak menghalang kaum wanita untuk menuntut ilmu.

4- Disebabkan kematian anak2, 2 orang, atau 3 orang, akan membolehkan ibunya masuk syurga.

5- Anak2 boleh nagi syafaat kepada ibu bapanya. Hadis : Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada wanita Ansar: Tidaklah mati tiga orang anak kepada salah seorang kalian, lalu si ibu itu menyerahkan hal itu kepada Allah melainkan wanitaitu akan masuk syurga. Seorang wanita daripada mereka bertanya: Bagaimana jikadua orang ya Rasulullah? Baginda menjawab: Atau jika dua orang (si ibu tetap mendapat kelebihan itu). [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2632]

6- Dalam sahih Bukhari menyebutkan, anak yg meninggal itu ialah yg belum baligh.

Matinya tiga orang anak yang belum baligh….

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Qiil Fi Awlad al-Muslimin, hadis no: 1381].

7- Hadis : Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu: Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang akan melegakan dirikami di atas kematian dua anak kami?

Abu Hurairah menjawab: Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibubapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.

 [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, no: 2635]

8- Hadis. : Daripada Muawiyah bin Qurrah, daripada ayahnya bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, bersama dengan seorang anak lelakinya. Nabi SAW bertanya kepada lelaki itu: Adakah engkau menyayanginya? Lelaki itu menjawab: Ya Rasulullah, aku mencintai Allah sebagaimana aku menyayanginya. Kemudian selepas hari tersebut, baginda tidak melihat lagi anak lelaki itu. Baginda bertanya:

Apa yang sedang dilakukan oleh anak si fulan? Para sahabat menjawab: Ya Rasulullah, dia telah meninggal dunia. Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam berkatakepada ayahnya:

Adakah engkau suka jika engkau mendatangi pintu syurga lalu engkau mendapati anak engkau sedang menunggu engkau di sana? Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah itu kes yang khusus atau iaumum untuk anak kami semua? Baginda menjawab: Iauntuk kalian semua.

9- Kata Imam Nawawi :

Seorang anak yang meninggal dunia akan menjadi penghalang daripada api neraka, begitu juga anak yang keguguran.[Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, jilid 5, m/s 295]

10- Hadis : Diriwayatkan bahawa: Demi tuhan yang diri ku di tanganNya, sesungguhnya anak yang keguguran akan menarik ibunya dengan urinya ke syurga apabila si ibu itu mengharapkan pahala untuk hal itu. [Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1677].

Wallahu a’lam

TADABBUR SURAH AL WAQIAH

Penceramah : Ustaz Masran Arshad

Masa : Kuliah Subuh, 5.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Al waqiah – yg pasti berlaku, iaitu hari kiamat. Ia adalah nama dari nama2 kiamat.

إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ ١

❬1❭ Apabila terjadi hari kiamat,

(Al Waaqi’ah 56:1)

2- Bayangkan apabila berlakunya kiamat. Setakat mana yg kita boleh bayang? Seperti langit pecah, langit berlubang, dikumpulkan matahari dan bulan. Ia pasti menggerunkan, lihat saja seperti gempa bumi, tsunami, sangat dahsyat. Supaya kita bersiap sedia mengahadapi hari yg dahsyat ini.

لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ ٢

❬2❭ tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya.

(Al Waaqi’ah 56:2)

3- Hari kiamat ini bukan sesuatu yg dusta.

خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ ٣

❬3❭ (Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain),

(Al Waaqi’ah 56:3)

4- Ia hari yg merendahkan manusia dan mengangkat manusia, dengan sebenar-benarnya, bukan seperti di dunia. Merendahkan orang2 yg hina, yg sombong.

5- Orang yg lawan Allah di dunia, mereka masih lagi dapat dunia ini, kerana Allah Maha Pemurah. Tapi mereka akan direndahkan kelak.

6- Ada yg puji Allah, sembah Allah, akan dapat pahala. Pada hari kiamat nanti, Allah yg menjadi Raja, akan mengangkat golongan ini.

إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا ٤

❬4❭ apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,

(Al Waaqi’ah 56:4)

وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّا ٥

❬5❭ dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,

(Al Waaqi’ah 56:5)

فَكَانَتْ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا ٦

❬6❭ maka jadilah ia debu yang beterbangan,

(Al Waaqi’ah 56:6)

7- Bila berlakunya kiamat? Bila bumi akan digoncang2kan, gunung ganang dihancurkan sehingga menjadi debu yg berterbangan. Gunung yg keras pun hancur jadi debu.

وَكُنتُمْ أَزْوٰجًا ثَلٰثَةً ٧

❬7❭ dan kamu menjadi tiga golongan.

(Al Waaqi’ah 56:7)

فَأَصْحٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ ٨

❬8❭ Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu.

(Al Waaqi’ah 56:8)

وَأَصْحٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ ٩

❬9❭ Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.

(Al Waaqi’ah 56:9)

وَٱلسّٰبِقُونَ ٱلسّٰبِقُونَ ١٠

❬10❭ Dan orang-orang yang beriman paling dahulu,

(Al Waaqi’ah 56:10)

أُوْلٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ ١١

❬11❭ Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.

(Al Waaqi’ah 56:11)

فِى جَنّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ١٢

❬12❭ Berada dalam jannah kenikmatan.

(Al Waaqi’ah 56:12)

8- Bila dibangunkan, akan ada 3 golongan ;

1)Golongan kanan – nisbah kepada orang yg akan terima buku amalan dari sebelah kanan.

2)Golongan kiri – terima buku dari kiri atau belakang. Golongan yg akan sengsara.

3)Orang yg beriman paling dahulu – orang yg awal2. Ahli syurga, lebih special di kalangan orang beriman. Mereka orang yg awal dalam berbuat kebaikan. Jenis yg paksa diri untuk bersegera buat amal. Mereka berada dalam syurga penuh nikmat.

ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ ١٣

❬13❭ Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,

(Al Waaqi’ah 56:13)

وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلْءَاخِرِينَ ١٤

❬14❭ dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian

(Al Waaqi’ah 56:14)

9- Mereka ramai dari orang yg awal2, dan sedikit dari yg kemudian.

عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ ١٥

❬15❭ Mereka berada di atas dipan yang bertahta emas dan permata,

(Al Waaqi’ah 56:15)

مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقٰبِلِينَ ١٦

❬16❭ seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan.

(Al Waaqi’ah 56:16)

يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدٰنٌ مُّخَلَّدُونَ ١٧

❬17❭ Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda,

(Al Waaqi’ah 56:17)

10- Mereka berada atas katil emas, duduk depan2. Duduk beradab. Ia juga adalah nikmat dalam syurga. Mereka akan dikelilingi oleh anak2 muda yg akan berkhidmat kepada mereka.

بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ ١٨

❬18❭ dengan membawa gelas, cerek dan minuman yang diambil dari air yang mengalir,

(Al Waaqi’ah 56:18)

لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ ١٩

❬19❭ mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk,

(Al Waaqi’ah 56:19)

11- Mereka bawa gelas, cerek, cawan, yg ada arak yg tidak memeningnkan. Di dunia ini arak adalah minuman yg memabukkan,boleh bawa kepada muntah, berbeza dengan arak di syurga yg tidak memabukkan.

وَفٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ ٢٠

❬20❭ dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih,

(Al Waaqi’ah 56:20)

وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ ٢١

❬21❭ dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.

(Al Waaqi’ah 56:21)

12- Ada berjenis2 buah yg dibawa anak2 muda tadi untuk dijamu pada ahli2 syurga. Juga ada daging2 burung yg mereka suka.

وَحُورٌ عِينٌ ٢٢

❬22❭ Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli,

(Al Waaqi’ah 56:22)

كَأَمْثٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ ٢٣

❬23❭ laksana mutiara yang tersimpan baik.

(Al Waaqi’ah 56:23)

جَزَآءًۢ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ ٢٤

❬24❭ Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan.

(Al Waaqi’ah 56:24)

13- Ada bidadari yg bermata cantik. Mereka tidaklah dibawa oleh anak2 muda, tp mereka berada dlm kemah / bilik. Mereka ibarat mutiara yg tersimpan baik, sangatlah cantik. Ia sebagai balasan kepada ahli2 syurga yg bersungguh2

لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا ٢٥

❬25❭ Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa,

(Al Waaqi’ah 56:25)

إِلَّا قِيلًا سَلٰمًا سَلٰمًا ٢٦

❬26❭ akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.

(Al Waaqi’ah 56:26)

14- Dalam syurga tiada umpat2, kutuk2, lagha. Semuanya kata2 yg baik, ucapan salam.

وَأَصْحٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحٰبُ ٱلْيَمِينِ ٢٧

❬27❭ Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.

(Al Waaqi’ah 56:27)

فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ ٢٨

❬28❭ Berada di antara pohon bidara yang tak berduri,

(Al Waaqi’ah 56:28)

وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ ٢٩

❬29❭ dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),

(Al Waaqi’ah 56:29)

وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ ٣٠

❬30❭ dan naungan yang terbentang luas,

(Al Waaqi’ah 56:30)

وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ ٣١

❬31❭ dan air yang tercurah,

(Al Waaqi’ah 56:31)

وَفٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ ٣٢

❬32❭ dan buah-buahan yang banyak,

(Al Waaqi’ah 56:32)

لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ ٣٣

❬33❭ yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya.

(Al Waaqi’ah 56:33)

وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ ٣٤

❬34❭ dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk.

(Al Waaqi’ah 56:34)

15- Golongan kanan berada di pohon sidr yg tidak berduri, dan pohon2 yg rendang. Mereka dalam syurga yg terbentang luas. Ada air yg mencurah, buah2an yg banyak tidak terputus dan tidak terlarang, dan ada katil2 yg tinggi.

إِنَّآ أَنشَأْنٰهُنَّ إِنشَآءً ٣٥

❬35❭ Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung

(Al Waaqi’ah 56:35)

فَجَعَلْنٰهُنَّ أَبْكَارًا ٣٦

❬36❭ dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan.

(Al Waaqi’ah 56:36)

عُرُبًا أَتْرَابًا ٣٧

❬37❭ penuh cinta lagi sebaya umurnya.

(Al Waaqi’ah 56:37)

16- Dicipta pasangan ahli syurga dengan sangat special, sentiasa dalam keadaan dara, suara dan penampilannya sangat menarik dengan umur sebaya (awal 30an).

لِّأَصْحٰبِ ٱلْيَمِينِ ٣٨

❬38❭ (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan,

(Al Waaqi’ah 56:38)

ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ ٣٩

❬39❭ (yaitu) segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu.

(Al Waaqi’ah 56:39)

وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْءَاخِرِينَ ٤٠

❬40❭ dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian.

(Al Waaqi’ah 56:40)

Wallahu a’lam

PENYAKIT FUTUR

Penceramah : Ustaz Dr. Ahmad Faisal Abd Hamid

Masa : Kuliah Maghrib, 4.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Penyakit فتور

Kata Ibnu Abbas : setiap perkara yg ada di dunia ini, ada sisi lemahnya. Dan sisi lemah bagi ilmu ialah lupa, manakala sisi lemah bagi ketaatan ialah futur.

Futur diterjemah sebagai kendur. Maksud lain yg lebih tepat ialah LESU.

2- Lesu adalah perkara yg akan ada pada kita setelah kita melalui proses ibadah yg agak menekankan, contohnya di bulan Ramadhan yg lalu.

3- Kita disarankan utk merancang ibadah kita agar tiada waktu senggang yg boleh diambil peluang diganggu syaitan.

4- Hadis : “Syaitan mengikat tengkuk kepala seseorang dari kalian ketika dia tidur dengan tiga tali ikatan dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu syaitan akan mengatakan: Malam masih panjang, maka tidurlah dengan nyenyak. Jika dia bangun dan berzikir mengingat Allah maka lepaslah satu tali ikatan. Kemudian jika ia berwuduk maka lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mendirikan solat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi harinya dia akan bersemangat dan segar yang mententeramkan jiwa. Namun bila dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya jiwanya jadi kotor (merasa tidak segar) dan menjadi malas “.

Riwayat al-Bukhari, 1074

5- Aktiviti tidur ini akan mewujudkan waktu senggang seseorang, dan syaitan akan mengambil peluang untuk mengganggunya.

6- Kelesuan ini bukanlah suatu dosa. Bagaimana nak urus penat / lesu ini? Yg penting, mari juga ke masjid walaupun lesu.

7- Di peringkat awal, lesu ini bukanlah sesuatu yg salah. Tapi jika tidak diurus dengan baik, ia akan mengheret kita kepada MALAS. Malas adalah musuh agama.

8- Musuh agama, ada 11. Antaranya :

1)Syaitan

2)Malas

9- Selain dari syaitan, ada musuh2 kecil yg lain tapi ia dimanupilasi oleh syaitan.

10- Orang beriman bukan orang yg malas. Malas ini datangnya dari lesu. Malas membawa kepada kemunafiqan. Firman Allah :

إِنَّ ٱلْمُنٰفِقِينَ يُخٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓاْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَآءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا ١٤٢

❬142❭ Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.

(An Nisaa 4:142)

11- Hadis : Rasulullah SAW telah membuatkan bagi kami satu garisan lurus lalu bersabda: Inilah jalan Allah. Kemudian baginda membuat beberapa garisan pada kanan dan kiri garis yang lurus itu kemudian bersabda: Dan inilah jalan-jalan yang atas setiap satu daripadanya syaitan yang menyeru kepadanya. Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat: Dan sungguhnya inilah jalanku yang lurus – hingga akhir ayat.

12- Kita diminta untuk istiqamah atas garisan yg lurus itu. Firman Allah :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلٰكِنۢ بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ ٱلشُّقَّةُ ۚ وَسَيَحْلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكٰذِبُونَ ٤٢

❬42❭ Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: “Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu”. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

(At Taubah 9:42)

13- Perjalanan menuju Allah itu tidaklah dekat & mudah. Ia perjalan yg jauh & berliku.

14- Bila buat perkara yg sama secara berterusan, akan adanya perasaan jemu. Apa penyelesaian kepada jemu? Kena TUKAR. Tukar musim, keadaan, bentuk.. supaya tidak ada alasan JEMU.

15- Penat juga akan membawa kepada lesu. Kena urus lesu dengan baik, jika tidak, syaitan akan manipulate penat dan lesu menjadi malas.

16- Lesu yg tidak diurus dengan baik, akan mengundang kepada kemarahan Allah.

17- Ada 4 jenis kelesuan :

1)Faktor usia

2)Perubahan musim

3)Tak suka pada satu2 amalan

4)Lesu sampai malas -ini akan membawa kepada malas, yg akan menjadi musuh

Wallahu a’lam

NASIHAT BAGI PARA HAMBA

Penceramah : Ustaz Rahmat Muhamad

Masa : Kuliah Subuh, 1.5.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Berkata saidina Anas bin Malik : sesungguhnya bumi ini setiap hari menyebut 10 seruan kepada anak adam ;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

2- Antara nasihat orang alim terdahulu ;

1)Takut kepada tuhan yg Maha Pencipta adalah keamanan, sebaliknya ialah kekufuran.

Tidak takut kepada makhluk adalah kemerdekaan, sebaliknya ialah hamba.

2)Berharap kepada Allah adalah kekayaan, dengan kekayaan itu, jika fakir pun tidak apa. Jika putus asa dengan Allah itu ialah kefakiran, jika dia kaya pun tidak berguna.

3)Tiada mudarat bagi orang yg ada kemuliaan hatinya walaupun poketnya kosong. Tiada guna orang fakir hatinya walaupun poketnya penuh.

4)Orang kaya hati dan pemurah tidaklah tambah kepadanya melainkan kekayaan. Akan tetapi orang yg fakir hati walaupun poket penuh, tidaklah bertambah kepadanya melainkan kefakiran.

5)Mengambil sedikit dari kebaikan adalah lebih baik dari meninggalkan banyak kejahatan. Dan meninggalkan semua kejahatan adalah lebih baik dari mengambil sedikit kebaikan.

3- Hadis : semua orang masuk syurga kecuali mereka yg tak nak.

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sepuluh golongan dari umatku tidak akan masuk syurga. Mereka ialah:

Al-Qalla’

Al-Jayyuf

Al-Qattat

Ad-Daibub

Ad-Dayyuts

Shahibul ‘Arthabah

Shahibul Kubah

Al-’Utull

Al-Zanim

Al-’aq liwalidaih”

Kemudian Rasulullah SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, siapakan dia al-Qalla’? Baginda SAWmenjawab: ‘Orang yang suka mencari muka di depan penguasa (penjilat).’

Baginda SAW ditanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia al-Jayyuf?’ Baginda SAW menjawab. ‘Iaitu pencuri kain kapan dari kubur.”

Baginda SAW ditanya lagi, “Wahai Rasulullah, siapak dia al-Qattat? Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang suka adu-domba.’

Baginda SAW ditanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia ad-Daibub?’ Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang menjual kaum perempuan sebagai pelacur.’

Baginda ditanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia ad-Dayyuts.’ Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang tidak rasa cemburu terhadap isteri dan anak perempuannya jika bergaul dengan kaum lelaki.’

Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, siapakah dia Shahibul ‘Arthabah? Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu pemukul gendang.’

Baginda ditanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia Shahibul Kubah?’ Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu pemukul gendang kecil.’

Baginda SAW ditanya lagi, ‘Wahai Rasulullah, siapakah dia al-’Utul?’ Baginda menjawab, ‘Iaitu orang yang tidak mahu memaafkan orang yang meminta maaf kepadanya kerana sikap sombong.’”

Baginda SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, siapakah dia az-zanim? Baginda SAW menjawab, ‘Iaitu orang yang dilahirkan dari hasil penzinaan dan suka melepak di tepi jalan untuk mengumpat orang yang lalu lalang. Adapun al-Aq, kamu sudah mengetahui kesemuanya, iaitu orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya.’”

Wallahu a’lam

ADAB ZIARAH

Penceramah : Ustaz Mohd Fahimi Zakaria

Masa : Kuliah Maghrib, 29.4.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Firman Allah :

شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ١٨٥

❬185❭ (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

(Al Baqarah 2:185)

Selepas cerita ramadhan, cerita pasal syukur dalam bulan syawal. Apa makna syukur? Kita hidupkan amalan yg kita dah buat dibulan ramadhan, lagi2 yg thabit dengan sunnah nabi seperti puasa 6.

2- Fadhilat puasa 6 ; ganjaran seperti puasa setahun.

Ada perbezaan pendapat dlm mazhab, tapi dalam mazhab syafie, puasa 6 adalah sunat.

3- Makna syukur yg kedua di bulan syawal ialah, kita menjamu orang makan, kerana ia simbolik kembali kepada fitrah – boleh makan, minum.

4- Nabi anjurkan kepada umat islam :

1)Sebarkan salam

2)Jamu orang makan

3)Sambung silaturrahim

4)Bangun solat malam

5)Masuk syurga dengan selamat sejahtera

5- Jika panggil orang makan, datang ke rumah, jangan ada niat lain sebab nak tunjuk2 rumah, kereta, dll. Jamu sekadarnya sebagai tanda kita bersyukur.

6- Adab bagi tetamu jika nak bertandang ke rumah orang ;

1)Minta izin.

2)Jangan pegi pada 3 waktu ini – sebelum subuh, tengahari, selepas isyak.

3)Pergi ikut masa yg ditetapkan tuan rumah.

4)Segera balik, jangan lama2.

5)Jangan pergi dalam keadaan lapar. Jangan niat pergi rumah orang sebab nak makan. Pergi sebab nak ziarah.

6)Makan apa yg dijamu sahaja. Jangan minta / tanya yg tiada.

7)Duduk makam di tempat yg disediakan, jangan jalan / duduk merata2.

7- Antara amalan baik dibuat bulan syawal ini ialah bersedekah, terutamanya kepada ahli keluarga, orang2 susah.

8- Bila manusia dah sampai ajalnya, dia akan minta untuk ditangguhkan sedikit masa sebab nak bersedekah. Firman Allah :

وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقْنٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصّٰلِحِينَ ١٠

❬10❭ Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?”

(Al Munafiqun 63:10)

9- Teruskan puasa sunat, solat2 sunat & ibadah2 sunat yg lain.

Wallahu a’lam

KISAH KAUM YASIN

Penceramah : Ustaz Mohd Zarifi Daud

Masa : Kuliah Subuh, 28.4.2024

Lokasi : Surau Platinum Al Mawaddah, Seksyen 7 Shah Alam

Website : http://www.almawaddahs7.wordpress.com

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Daripada Abu Bakr As-Siddiq, beliau berkata kepada Rasulullah SAW ;

“Ajarkanlah aku suatu doa yang boleh aku panjatkan saat solat!” Maka Beliau pun berkata, “Bacalah:

اللَّهُمَّ إِنِّى ظَلَمْتُ نَفْسِى ظُلْمًا كَثِيرًا وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِى مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِى إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

(Ya Allah, sungguh aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka itu ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisiMu, dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang)”

(HR. Bukhari, no. 834 dan Muslim, no. 2705)

2- Kezaliman yg dimaksudkan dalam doa diatas ialah dosa yg kita buat.

3- Perkara yg besar dalam hidup kita – kena cari keampunan dan keredhaan Allah.

4- Surah Yaasin turun kepada nabi dalam keadaan baginda sedang ditekan oleh musyrikin mekah. Kisah berkenaan suatu kaum, iaitu kaum yasin di Entokia ;

وَٱضْرِبْ لَهُم مَّثَلًا أَصْحٰبَ ٱلْقَرْيَةِ إِذْ جَآءَهَا ٱلْمُرْسَلُونَ ١٣

❬13❭ Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka.

(Yaa Siin 36:13)

إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍ فَقَالُوٓاْ إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ ١٤

❬14❭ (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: “Sesungguhnya kami adalah orang-orang di utus kepadamu”.

(Yaa Siin 36:14)

قَالُواْ مَآ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمٰنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ ١٥

❬15❭ Mereka menjawab: “Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka”.

(Yaa Siin 36:15)

Kaum yasin, mereka telah diutuskan 3 orang rasul. Mereka membelakangi utusan2 ini, dan mengatakan Allah tidak pernah utuskan rasul pun untuk mereka. Utusan2 itu menjawab :

١٦ قَالُواْ رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ

❬16❭ Mereka berkata: “Tuhan kami mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu”.

(Yaa Siin 36:16)

وَمَا عَلَيْنَآ إِلَّا ٱلْبَلٰغُ ٱلْمُبِينُ ١٧

❬17❭ Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas”.

(Yaa Siin 36:17)

Kaum yasin telah mengugut para utusan ini, jika sampaikam dakwah lagi, mereka akan dibunuh.

قَالُوٓاْ إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهُواْ لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌ ١٨

❬18❭ Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami”.

(Yaa Siin 36:18)

Ada seorang lelaki yg duduk dipinggir bandar, bila dengar kaum yasin nak bunuh para rasul, dia rasa bertanggungjawab untuk membantu rasul2 ini.

وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا ٱلْمَدِينَةِ رَجُلٌ يَسْعَىٰ قَالَ يٰقَوْمِ ٱتَّبِعُواْ ٱلْمُرْسَلِينَ ٢٠

❬20❭ Dan datanglah dari ujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas-gegas ia berkata: “Hai kaumku, ikutilah utusan-utusan itu”.

(Yaa Siin 36:20)

Ada pendapat mengatakan nama lelaki itu ialah Habib An Najjah, seorang tukang tenun. Dia rasa dia perlu untuk tolong para rasul itu, dia faham tanggungjawabnya untuk membantu agama Allah.

Bila Habib An Najjah nak bantu, dia turut dibunuh bersama ketiga-tiga rasul itu.

Allah rakam kata2nya :

قِيلَ ٱدْخُلِ ٱلْجَنَّةَ ۖ قَالَ يٰلَيْتَ قَوْمِى يَعْلَمُونَ ٢٦

❬26❭ Dikatakan (kepadanya): “Masuklah ke surga”. Ia berkata: “Alangkah baiknya sekiranya kamumku mengetahui.

(Yaa Siin 36:26)

Ayat ini sepatutnya mengetuk pintu hati kita, memujuk kita untuk istiqamah buat amal soleh.

5- Istiqamah sangat penting, terutamanya bila dah masuk 40 tahun keatas. Ibadah2 sunat tidak boleh diringankan lagi.

Wallahu a’lam