Menyambung kerja Nabi (Kuliah Subuh – 31.3.13)

image
Penceramah : Ustaz Khalid Nayan

Bismillah

Hadis : kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadah

Hadis : barangsiapa yg menempuh suatu jln utk mencari ilmu, Allah permudah jalan ke syurga. – dgn syarat duduk dlm keadaan ikhlas utk mencari ilmu.

Golongan kaki report yg niatnya ke majlis ilmu utk merakam bg tujuan lain – menghalang dirinya dan diri org lain dari mendengar kuliah agama, Allah xbg ganjaran kpd amalannya.

Al ankabut, ayat 14-15 :

(14) Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim.

(15) Maka Kami selamatkan Nuh dan penumpang-penumpang bahtera itu dan Kami jadikan peristiwa itu pelajaran bagi semua umat manusia.

Nabi nuh duduk bersama kaumnya utk berdakwah, selama 950 tahun. Akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka dalam keadaan zalim.

Mereka yg terselamat, duduk di daerah yg bernama Judi.

Islam ibarat air, kerana sentiasa mengalir. Makin disekat, makin berkembang.

Surah al ahzab, ayat 23 : (23) Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),

Perjanjian kita kpd Allah – Sesungguhnya solat ku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah, dan tidak mensyirikkan Allah

Tugas kita sbgai khalifah – Menegakkan agama dan mentadbir bumi dgn agama. Memberi faham kpd org yg tidak faham Islam.

Kata Rubu’i bin Amir – kedatangan islam adalah utk menghalang manusia dari menyembah manusia lain, dan mendidik utk mengabdikan diri kpd Allah.

Ubai bin kalaf – pernah memurtadkan seorang sahabat nabi

Dalam haraki, boleh ceritakan kemungkaran musuh Islam, supaya manusia lain tidak mengikut kemungkaran yg dilakukan oleh musuh Islam.

Surah Ibrahim, ayat 21 : (21) Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: “Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja? Mereka menjawab: “Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri”.

Jangan kita membabi buta mengikut pemimpin kita

Golongan munafik – duduk bersama dgn kita dlm agama, tp menjadi penghalang utk penyebaran agama. Golongan ini akan keluar dari pergerakan islam ketika islam tgh gawat, dan akan bersama semula dgn islam bila islam dlm keadaan selesa.

Kaab bin Malik yg tidak ikut serta peperangan Tabuk, meronda Madinah dan mendapati ada 3 golongan yg tidak ikut perang iaitu :
– Golongan miskin – xmampu beli peralatan perang
– Golongan tua yg uzur
– Golongan munafiq

Perang tabuk – xjadi perang, sbb beberapa negeri yg berada di bwh Rom, memutuskan hubungan/perjanjian dgn Rom kerana Rom tidak menunaikan janji, lalu negeri2 itu mengikat perjanjian dgn Islam.

Golongan kafir – yg menganggap Islam sebagai musuh, adalah penghalang penyebaran Islam. Kafir HARBI, kafir yg lawan Islam.

Surah al ankabut, ayat 61-61 :

(61) Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar).

(62) Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia (pula) yang menyempitkan baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

(63) Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya).

Surah Al Furqan, ayat 43-44 – Org2 yg meletakkan nafsu di atas sekali ;

(43) Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?,

(44) atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).

Wallahu’alam

Manusia sebagai Khalifah (Kuliah Maghrib – 30.3.13)

image

Penceramah : Ustaz Dzulkarnain Hamzah

Bismillah

Matlamat asas manusia diciptakan – utk mengabdikan diri kpd Allah

Menurut tafsir ibnu kathier – khalifah membawa pengertian org yg bertukar ganti, dari nabi adam, idris, nuh hingga nabi muhammad.

Mengapa Allah perlu mencipta manusia?

Allah telah sediakan peraturan bg manusia utk mentadbir bumi, tapi manusia angkuh dan bongkak menolak aturan itu.

Syarat manusia utk tadbir dunia – Allah sertakan rasul sbgai pesuruh.

Allah kumpulkan roh2 manusia yg akan hidup di dunia, di tulang sulbi nabi Adam – disebut dlhadis qudsi.

Alam roh – alam mengikat janji, roh2 berjanji dgn Allah, utk tadbir alam dgn peraturanNya.

Allah menyuruh malaikat menyimpan janji2 roh itu.

Alam dunia – proses menunaikan janji, mentadbir dunia mengikut peraturan yg dibawa oleh pesuruh Allah.

Syarat ibadah diterima :
– Ittiba’ – setiap ibadah yg dilaukan mesti disandar dgn dalil dan hujjah, mengikut nabi. Lawannya, taklid, mengambil perbuatan atau perkataan seseorang yg tidak disandarkan dgn dalil dan hujah.
– Ikhlas

Alam barzakh dan akhirat – hari terima pembalasan

Wallahu’alam

Pengajaran bagi org2 beriman (Kuliah Subuh – 30.3.13)

image

Penceramah : Ustaz Mejar Daud Mohd Saleh

Bismillah

Hadis : aku tinggalkan padamu 2 perkara, jika kamu berpegang teguh padanya, tidak akan sesat selama2nya, iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.

4 wanita paling Allah sayang di muka bumi :

Asiah isteri firaun
Khadijah isteri rasulullah
Fatimah binti rasulullah
Maryam binti Imran

Fatimah – wanita yg betul2 suci kerana tiada haid dan nifas.

Ibu bapa asiah diseksa oleh firaun kerana firaun memaksa asiah utk berkahwin dengannya.

Syarat yg dikenakan oleh asiah jika firaun ingin berkahwin dengannya :
– Bebaskan org tuanya
– Sediakan istana utk mereka
– Berikan penghormatan kpdnya utk ziarah ibu bapanya bila2 masa
– Jangan tidur bersama

Dalam quran, kisah firaun disebutkan dlm surah yunus, ayat 90-92 :

(90) Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir’aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir’aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia: “Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.

(91) Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.

(92) Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.

Iblis pernah bertemu nabi musa utk minta nabi musa memohon ampun kpd Allah bagi pihaknya. Syaratnya :
Pergi ke kebur nabi adam dan sujud. Tapi iblis tetap tidak sujud.

Sunat – khatan
Sunnat – buat dpt pahala, tinggal xdpt dosa
Sunnah – cara hidup Rasulullah

Para sahabat berlumba2 utk memberi salam kpd Rasulullah, tp gagal kerana mereka selalunya menjawab salam. Ada seorang sahabat yg dpt bg salam kpd Rasulullah, iaitu Bilal bin Rabah. Setiap kali sebelum azan, bilal akan mengetuk pintu bilik nabi, memberi salam dan meminta izin utk melaungkan azan.

Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Abu Bakar, Abu Bakar menegur saf solat barisan pasukan perang yg renggang yg menyebabkan kelemahan pasukan perangnya. Setelah menemui punca saf itu renggang, saf dirapatkan dan kemenangan berpihak pada Islam.

Ketika peristiwa isra mikraj, malaikat jibril melaungkan azan. Para nabi dan rasul berkumpul, Nabi Muhammad menjadi imam solat.

Bukan semua org yg hidup islam, mati islam. Ketika sakaratul maut, ada yg murtad sbb godaan syaitan yg dtg menawarkan air, tp jika nak air itu, perlu mengaku syaitan sebagai tuhan.

Syurga ada byk pintu, sesorang akan masuk melalui pintu apa yg lebih dia cenderung. Contohnya pintu solat sunat, utk org yg rajin solat sunat. Org yg berjihad, akan dipanggil melalui pintu jihad. Abu bakar akan dipanggil melalui semua pintu syurga. Isteri2 yg solehah diberi pilihan utk masuk melalui mana2 pintu syurga.

Wallahu’alam

Tafsir surah as syarh (Kuliah Maghrib – 28.3.13)

image

Penceramah : Ustaz Masran Arsyad

Bismillah

Tafsir surah as syarh

(1) Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
– nabi pernah dibedah dadanya, dikeluarkan hatinya dan disucikan, oleh malaikat. Sebelum peristiwa israk mikraj sekali lg dadanya dibedah, diberikan kekuatan kpd hatinya.
– dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang

(2) dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
– nabi dijaga oleh Allah dari melakukan dosa
– diampun dosanya yg lepas dan yg akan dtg
– jika terlalu byk dosa, hati akan ditutup rapat
– org yg minta maaf, akan rasa lega

(3) yang memberatkan punggungmu?

(4) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu,
– Nama Nabi Muhammad akan disebut selepas Allah – azan, iqamat, tahyat, ucapan syahadah
– Nama dan kedudukannya dimartabatkan tinggi

(5) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
– besabar ketika berlaku kepayahan

(6) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
– setiap kesulitan akan dikurniakan 2 kelebihan / kesenangan

(7) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
– selesai kerja dunia, spend masa utk Allah pula.

(8) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Wallahu’alam

Sunnah Nabi (Kuliah Maghrib – 27.3.13)

image

Penceramah : Ustaz Firdaus Saad

Bismillah

Sifat Rasulullah ketika makan dan minum

Jika dihidangkan makanan – nabi baca bismillah, dan mkn apa yg plg hampir dgnnya terlebih dahulu.

Hadis : mkn dgn 3 jari tgn – ibu jari, jari telunjuk, jari tgh

Nabi mkn, dgn 2 lututnya di atas. Jgn mkn bersandar.

Nabi menjilat jarinya sebelum membersihkannya.

Nabi bernafas 3 kali ketika minum. Mengucap bismillah, dan – Minum, nafas, minum, nafas, minum, nafas – ia lebih sedap, lazat, nikmat. Ia lebih sesuai / cepat menurunkan makanan yg berada dlm tekak, boleh menyembuhkan penyakit.

Nabi suka susu kambing.

Nabi xsuka ambil makanan dari bhgian atas / tengah. Keberkatan berada di tgh2 makanan, mkn yg di tepi2 agar keberkatan itu ada sepanjang kita makan.

Nabi ditapiskan untuknya minuman. Nabi suka minuman yg sejuk (bukan yg berais) – yg bukan panas/suam.

Minuman yg disukai nabi – sejuk, manis,
Makanan yg disukai nabi – kaki kambing / gearbox, madu, labu, tembikai

Kebiasaan Nabi ketika bersuci dan hadas :
Ketika nak berhadas, nabi baca doa (doa masuk tandas) – dgn membaca doa ini, pandangan mata jin/syaitan akan dihijab.

Bila keluar tandas, nabi ucap – ghufranak

Nabi xangkat kainnya selagi belum mencangkung

Kebiasaan Nabi ketika berwuduk dan mandi :

Nabi mengusap2 sikunya ketika berwuduk. Mensela2 kan jari jemari, janggut (janggut termasuk bhgian wajah)

Max 3 kali pd anggota wuduk, jika lebih dikira melampaui batas

Selpas mandi junub, nabi tidak berwuduk.

Nabi ada kain khas utk keringkan air wuduknya

Wallahu’alam

Beriman kepada Rasul (Kuliah Maghrib – 25.3.13)

Penceramah : Ustaz Zainal Ariffin

Bismillah

Adakah Allah mengutuskan para rasul kepada umat tertentu sahaja.

– Tidak, tak ada satu umat pun yg terkecuali. Allah utuskan rasul kpd semua umat.

Surah faatir ayat 24 : Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

Surah ar ra’d ayat 7 : Orang-orang yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) suatu tanda (kebesaran) dari Tuhannya?” Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan; dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk.

Adakah al Quran menyebut kesemua Rasul ini?
– Tidak, hanya diceritakan beberapa contoh shj.

Surah an nisa, ayat 163-164 :
(163) Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma’il, Ishak, Ya’qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.

(164) Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu. Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan langsung.

Adakah Allah mengutuskan para rasul kpd seluruh umat manusia atau kpd kaum mereka shj?
– Allah utuskan rasul pd kaum mereka shj. Tapi bila nabi dan rasul terakhir dibangkitkan, Alah utus baginda kpd seluruh manusia.

Surah al a’raf ayat 158 : Katakanlah: “Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk”.

Berapakah bilangan nabi?
– hanya Allah shj yg tahu.

Berapakah bilangan nabi yg disebut dlm uran?
– 25 org.

Adakah kita wajib beriman kpd semua nabi dan rasul?
– ya.

Surah al baqarah ayat 285 : Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat”. (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”.

Apakah maksud Nabi Muhammad adalah penutup segala nabi dan rasul?
– maksudnya Allah telah menyempurnakan Islam dan nikmatnya kpd umat manusia serta memelihara kitabnya dari segala tokok tambah dan pengubahan.

Surah al ahzab, ayat 40 : Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Wallahu’alam

Aliran2 aqidah (Kuliah Maghrib – 24.3.13)

Penceramah : Ustaz Nizam Abdul Kadir

Bismillah

Manhaj / aliran2 aqidah

Org islam dan org kafir – beza dari segi aqidah
Org islam sama islam – ada yg berbeza dari segi manhaj aqidah (di kakangan ulama’2)

Ada manhaj sifat 20 – wujud, qidam, baqa, …… (Sifat asas). Sifat Allah ada byk, yg wajib kita tahu, 20 sifat.

Sifat asas bg rasul – siddiq, amanah, tabligh, fatanah

Manhaj tauhid :
– Tauhid rububiyyah – segala yg belaku atas izin dan kehendak Allah
– Tauhid uluhiyyah – kita mengesakan Allah dgn ibadah
– Tauhid hakimiyyah – tauhid yg berhukum dgn hukum Allah, jika tidak, maka org itu kafir

Manhaj salaf / khalaf :
Manhaj salaf – generasi awal islam, 300 hijrah dan kebawah.
Manhaj khalaf – generasi kemudian, selepas tahun ke 300 hijrah
– ada perbezaan antara kedua2 manhaj ini. Contohnya ayat – Allah ber ISHTAWA di atas arasy
— ulama salaf berpegang pd zahir ayat.
— ulama khalaf berijtihad ishtawa itu membawa maksud MENGUASAI arasy, bg mengelak org fikir bagaimana Allah duduk atas arasy, kerana maksud ishtawa itu ialah duduk.

Mazhab salaf, cara kita nak iktikad. Mazhab khalaf, utk perdebatan.

Hadis : Tuhan kita turun ke langit dunia setiap mlm ketika berbaki 1/3 mlm yg akhir (lebih kurang pkl 330 pagi).
– mazhab salaf pegang pd, Allah yg turun ke langit dunia
– mazhab khalaf berpegang pd, malaikat yg turun / rahmat Allah yg turun atas arahan Allah

Yg paling penting, bukan masalah bagaimana Allah turun, tp isu bagaimana kita nak bangun utk bertahajjud pd 1/3 mlm…

Surah al imran, ayat 7 :

(7) Dialah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat, itulah pokok-pokok isi Al qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.

Wallahu’alam