Mengambil pengajaran dari kewafatan Nabi S.A.W (Kuliah Maghrib – 30 September 2012)

Penceramah : Ustaz Ibrahim Omar  (Kuliah Jemputan / Klang)

Tajuk : Mengambil Pengajaran dari kewafatan Nabi S.A.W

Bismillah

Abu Lahab – antara orang yang paling gembira ketika Nabi lahir.

Perang Badar – 313 VS 1000

– Nabi pohon agar diberi pertolongan
– Nabi jadi panglima perang sebanyak 28 kali
– Nabi menjadi perancang perang sebanyak 78 kali

Ayat 3, Surah Al-Maidah : “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ayat ini turun ketika di Arafah, lebih kurang 90 hari sebelum baginda wafat. Abu Bakar yang mengetahui hal ini, terus menangis mengenangkan Nabi yang akan meninggalkan mereka untuk selama2nya.

Nabi juga merasa sakit ketika hendak mati. (Orang yang mati syahid, jika diberi peluang untuk hidup, akan tetap mahukan ati syahid)

Kerisauan Nabi sebelum baginda wafat :

1) Takut ditanya amananhnya kepada rakyat / umat
2) Takut tidak sempat bagi hak orang yang belum dijelaskan

 

Di penghujung hayat Nabi, ketika Bilal melaungkan azan, Nabi tidak turun ke masjid.
– Bilal pergi ke rumah Nabi dan mendapati Nabi sedang sakit
– para sahabt memapah Nabi ke masjid untuk solat (dalil yang menguatkan hukum wajib bagi solat berjemaah)
– Abu Bakar menjadi imam solat

Izrail datang ke rumah Fatimah untuk bertemu Nabi, manakala Jibril sedang menghiasi langit untuk menyambut kedatangan Nabi

Ada seorang sahabat yang pergi ke medan peperangan pada malam pertama perkahwinannya, lalu gugur syahid. Jenazahnya dikerumuni oleh para malaikat.

Sewaktu Ali bin Abi Talib & beberapa orang sahabat sedang memandikan jenazah Nabi, tiba2 kedengaran satu suara yang mengatakan jangan mandikan jenazah Nabi kerana Nabi sudah bersih. Kemudian kedengaran pula satu suara lain yang menyuruh mereka meneruskan pemandian jenazah Nabi & memberitahu suara tadi adalah suara syaitan. Apabila ditanya suara siapakah yang menyuruh untuk teruskan pemandian jenazah, suara itu menjawab, dirinya ialah Nabi Khidir, menziarahi sahabatnya (Nabi S.A.W).

Setelah kewafatan Nabi, Bilal berhijrah ke Syria. Beliau bermimpi bertemu Nabi & Nabi bertanya Bilal, tidak mahukah menziarahi Baginda?

Muaz pernah bertanya kepada Nabi, ada lagikah umat yang terbaik? Nabi menjawab, kamu bukanlah umat terbaik, akan sampai 1 ketika yang aku sudah tiada, kamu juga tiada, tetapi umat waktu itu beramal seperti aku masih ada.

Huzaifah
– Simpan senarai orang2 munafiq
– Takut dgn Allah
– Takut jadi kafir semula

Kesimpulan :

Islam samar2 sebab:
1) Ada orang yang tak ikut sunnah Nabi
2) Adanya kumpulan pemuda mengajak ke neraka

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersama dengan jemaah Islam & kepimpinannya.

Wallahu’alam

Majlis Ilmu (Kuliah Subuh – 30 september 2012)

Penceramah : Ustaz Abd Halim Hasan  (Kuliah Jemputan / P.Pinang)

Tajuk : Majlis Ilmu

Bismillah

Majlis Ilmu = Taman2 Syurga

1) Jalan untuk mendapat syurga Allah – membangkitkan hati yang tidur

2) Berbincang apa yang diperintah oleh Allah & Rasul

3 ayat yang akan diperkatakan oleh Nabi setiap hari :

1) Al-Imran, ayat 102 : “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

2) An-Nisa, ayat 1 : “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

3) Al-Ahzab, ayat 70-71 : “[70]Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara),

[71]Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”

Ketiga2nya adalah pesanan kepada KETAQWAAN.

Wallahu’alam

Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran (Kuliah Maghrib – 29 September 2012)

Penceramah : Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Tajuk : Panduan Berinteraksi Dengan Al-Quran

Bismillah

Al-Quran adalah satu amanah kepada manusia. Jika Al-Quran ditanggung oleh gunung – maka akan hancur leburlah gunung itu.

Adakah kita benar2 bersyukur dengan Quran? Al-Kahfi, ayat 1 : “Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”

5 Surah dalam Quran bermula dengan الحمد

Al-Quran sebagai Ma’rifah – Surah Ibrahim, ayat 1 : “Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.”

Al-Quran juga menjadi penghidup kepada jiwa yang mati.

Umar Al-Khattab – terkesan dengan bacaan Surah Taha ayat 1-5 sehingga menyebabkannya memeluk Islam.

Al-Quran juga menjadi pengubat kepada jiwa yang sakit.

Panduan interaksi dengan Quran – 4T

1) Tilawah – bacaan bertajwid > pintu pada Al-Quran

2) Tafsir – memahami & tadabbur > nyawa Al-Quran – ensiklopedia alam semesta

3) Tahfiz – menghafaz

4) Tatbiq – mengamalkan isi kandungan Al-Quran

 

Jumlah ayat Al-Quran : 6236, bukan 6666

Bacaan Al-Quran HARAM DIRUMIKAN

Tidur statik selama 6 jam – sel akan mati : Surah Al-Kahfi, ayat 18 : “Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.”

3 Golongan dalam berinteraksi dengan Al-Quran :

1) Zalim kepada diri sendiri – tidak mengendahkan ajaran Al-Quran

2) Sederhana

3) Mendahului orang lain dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah

Surah Al-Fatir, ayat 32 : “Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).”

Wallahu’alam

 

Mukjizat Saintifik (Kuliah Subuh – 29 september 2012)

Penceramah : Ustaz Faris – Finalis Imam Muda 3

Tajuk : Mukjizat Saintifik

Bismillah

Ilmu Mukjizat Saintifik – diperkenalkan oleh Sheikh Abdul Majid Al-Zindani (Yaman)

Tujuan untuk mempelajarinya:

1) Untuk menjawab persoalan dimana Rasul?
2) Untuk baca & faham ayat Quran
3) Sunnah – untuk lawan apa yang musuh tentang
4) Untuk mendekati bukan Islam

Ilmu Ghaib – hendaklah bersumberkan :

1) Al-Quran
2) Hadis Sahih & Hasan
3) Fitrah

kesemua di atas perlu ada untuk berbicara berkenaan ilmu ghaib.

Kunci2 perkara ghaib:

1) Ilmu hari Kiamat
2) Waktu turunnya hujan
3) Ilmu kandungan
4) Sesuatu yang akan berlaku pada hari esok
5) Bumi mana seseorang akan mati

Dalam Surah Luqman, ayat 34 : “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.”

Wallahu’alam

Keutamaan Membaca Al-Quran (Kuliah Maghrib – 28 september 2012)

Penceramah : Ustaz Idrus Ali  (Kitab Aqidah : 175 Jalan Menuju ke Syurga / Klang)

Tajuk : Keutamaan Membaca Al-Quran

Bismillah

42. Keutamaan Membaca Al-Quran

Hadis : Bacalah oleh kalian Al-Quran, kerana sesungguhnya dia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pemiliknya.

Kewajipan kita terhadap Al-Quran:

1) Wajib beriman Quran ialah kalam Allah
2) membacanya dengan tartil
3) Memahaminya
4) beramal dengannya
5) berdakwah menyampaikan ajarannya
6) mempertahankan kebenarannya

49. Keutamaan berdakwah kepada Allah & berusaha untuk memberi petunjuk kepada manusia

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Ali bin Abi Talib : Demi Allah, jika Allah memberikan petunjuk kepada seorang dengan perantaraanmu, itu lebih baik bagimu daripada unta merah (harta yang paling dicintai)

 

Wallahu’alam

 

MELANGKAH KE TANAH SUCI (Khutbah Jumaat – 28 September 2012)

Khutbah Jumaat 28 September 2012: “Melangkah Ke Tanah Suci”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita ke hadrat Allah SWT dengan
menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Semoga Allah SWT akan memberikan kepada kita kemudahan dan
keberkatan dalam menyelusuri kehidupan di dunia dan di akhirat.
Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Melangkah Ke Tanah
Suci”.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Pada saat ini, jutaan umat Islam sedang berkumpul di sekitar
Baitullah al-Haram, Makkah, untuk memenuhi panggilan Allah,
sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Hajj ayat 27;

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji,
nescaya mereka akan datang ke rumah Tuhan-Mu dengan berjalan kaki,
dan dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus (kerana lamanya
perjalanan), yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang
jauh”.
Haji adalah salah satu daripada rukun Islam. Ia merupakan sendisendi
Islam yang terkuat. Diwajibkan sekali seumur hidup. Dengan
melaksanakan ibadah haji itu, akan sempurnalah Islam seseorang dan
lengkaplah agamanya.

Umat Islam datang sebagai tetamu Allah untuk menyahut seruan
Allah dengan satu ikrar iaitu;
“Ya Tuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu!
YaTuhanku, aku menyahut seruan-Mu. Sesungguhnya segala kepujian
dan nikmat bagi-Mu sahaja, dan kerajaan sebenarnya milik-Mu juga, tiada
sekutu bagi-Mu (tiada Tuhan yang lain daripada-Mu)”.
Membaca talbiah dengan hati yang ikhlas dan penuh khusyuk, akan
mendapat berita gembira iaitu syurga Allah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sesungguhnya ibadah dalam Islam ada yang bersifat badaniyah,
iaitu ibadah yang menitikberatkan pada kekuatan fizikal seperti solat dan
puasa. Ada yang bersifat qalbiyah, iaitu ibadah yang pengamalannya pada
hati, seperti zikir serta ada pula ibadah yang bersifat maliyah iaitu dengan
wang seperti zakat, infaq dan sedekah.
Adapun ibadah haji adalah gabungan ketiga-tiganya iaitu badaniyah,
qalbiyah dan maliyah. Badan ikut melaksanakan, hati ikut berperanan dan
hartapun ikut menentukan. Ketiga-tiganya merupakan satu kesatuan yang
tidak boleh dipisahkan.
Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada mereka yang
menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Terpilih mendapat peluang ke Tanah
Suci merupakan satu nikmat dan kejayaan dalam kehidupan seseorang
hamba di sisi Allah.
Ibadah haji mentarbiyyah seseorang itu bermujahadah dengan
mengeluarkan belanja yang besar, tekad yang kuat dan azam yang
mendalam. Mereka mesti rela meninggalkan tanah air, keluarga yang
dicintai, kesibukan kerja yang sukar ditinggalkan, menghadapi udara
terlalu panas atau sejuk, dan makan minum yang terkadang tidak sesuai
dengan selera. Namun, kerana panggilan Allah, mereka tetap
menempuhinya dengan tabah, sehingga dengan begitu tahap keimannya
menjadi semakin kukuh dan kuat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Perjalanan ibadah haji menuntut bekalan yang cukup, dan persiapan
yang sempurna. Selain daripada ilmu pengetahuan, maka perkara penting
yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut;
Pertama : Ketika hendak melangkahkan kaki meninggalkan rumah
dan kampung halaman menuju ke Tanah Suci,
hendaklah dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT
semata-mata.

Niat inilah yang akan membezakan
apakah seseorang yang berangkat menunaikan haji
benar-benar untuk memenuhi panggilan Allah, atau
sekadar pergi bersukaria. Niat menjadi dasar utama, baik
dalam ibadah haji mahupun ibadah-ibadah lainnya. Jika
niat dan azamnya tidak kuat, maka ibadahnya pun tidak
akan sampai ke puncak kesempurnaan. Inilah yang
dinyatakan dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W.
bersabda;

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu ditentukan
dengan niatnya”. (Riwayat Bukhari)
Kedua : Ketika sampai di tempat yang dituju, hendaklah
memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik-baiknya.
Pergunakanlah seberapa banyak masa untuk beribadah,
memastikan rukun dan wajib dipatuhi serta berdoa di
tempat-tempat yang mustajab, InsyaAllah doa akan
dimakbulkan Allah. Perbanyakanlah ibadah sunat seperti
tawaf, solat, iktikaf, membaca al-Quran, berzikir dan
beristighfar di dalam Masjidil Haram. Ini adalah kerana
satu rakaat solat di Masjidil Haram sama nilainya dengan
100,000 rakaat di masjid-masjid lainnya dan solat di
masjid Nabi lebih utama daripada 1,000 rakaat di masjidmasjid
lainnya.
Ketiga : Tanah Suci Mekah dikatakan seumpama taman mini
akhirat. Ungkapan itu mengandungi erti bahawa ketika di
sana, seseorang mesti jujur pada diri sendiri. Apabila
menemui kesulitan, jangan sampai menyalahkan orang
lain. Sebaliknya, hendaklah mengembalikan kesulitan
yang dihadapi itu pada diri sendiri. Ia hendaklah mencari
sebab kesulitan itu pada dirinya sendiri. Oleh sebab itu,
setiap perkataan dan perbuatan hendaklah dijaga dan
dikawal supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.

Keempat : Ketika berada di tengah-tengah jemaah umat Islam di
sana, janganlah mempersoalkan amalan orang lain. Di
sana, kita akan lihat pelbagai cara pelaksanaan amalan
solat yang dilakukan berdasarkan ikutan mazhab yang
mereka anuti. Oleh itu, kita janganlah mempertikaikan
perbezaan amalan yang dilakukan oleh orang-orang lain.

Kelima : Ibadah haji merupakan ibadah yang mencabar. Oleh
sebab itu, orang yang hendak menunaikan haji perlu
mempersiapkan diri dengan penuh kesabaran. Dalam
konteks kesabaran ini ada tiga hal yang dihadapi; iaitu
sabar dalam menjalankan perintah dan ketaatan, sabar
di dalam meninggalkan kemaksiatan dan larangan, serta
sabar di kala menghadapi musibah dan cubaan.
Diperingkat awal kita akan diuji dengan mengorbankan
segala kesenangan serta kegiatan biasa. Namun, hati
tetap sabar tanpa rasa menyesal dan hendaklah
menganggap setiap kesulitan yang dihadapi adalah
sebagai sunnatullah. Duka dan gembira, susah dan
senang akan silih berganti.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ibadah haji itu dapat membentuk manusia bersifat amanah, ikhlas,
jujur dan bertanggungjawab serta melahirkan manusia yang tawadduk dan
terhindar jauh daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti takabbur, riak,
sombong dan khianat. Apatahlagi diwaktu menunaikan ibadah haji, tidak
boleh berbuat kekacauan dan kefasikan. Sabda Rasulullah S.A.W.;

“Barangsiapa yang menunaikan haji kerana Allah, lalu tidak
bercakap kotor dan tidak berbuat jahat, maka dia keluar daripada dosadosanya,
seperti hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya”.
(Muttafaq ‘Alaih)
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Ibadah haji yang dikerjakan itu banyak mengandungi rahsia dan
hikmah disebaliknya, antaranya adalah:-
1. Memakai kain ihram
Ini adalah simbol persamaan manusia di sisi Allah SWT. Tidak
ada saudagar kaya-raya, tidak ada kaum bangsawan yang tinggi
pangkatnya dan tidak ada pula hamba abdi yang dianggap hina.
Dengan pakaian putih itu, semoga hilanglah darjat orang yang selalu
merasa dirinya tinggi, jatuhlah martabat orang yang merasa dirinya
mulia, runtuhlah keangkuhan dan kesombongan seseorang.
2. Wukuf di Arafah
Iaitu pada 9 Zulhijjah, mengingatkan kita kepada satu peristiwa
ketika dikumpulkan para makhluk di Padang Masyar pada hari
kiamat, semua risau dan sangat khuatir, apakah amalan yang
mereka lakukan di dunia diterima atau ditolak oleh Allah SWT.
Dengan mengingati hal ini, hati pun tetap merendah diri dan
sangat mengharap belas kasihan Allah SWT. Tidak seperti
sesetengah umat Islam yang berbuat amal hanya sedikit, tetapi
sudah berani mendakwa dirinya mendapat pahala yang besar,
mereka menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain. Malah
ada yang lebih berani dengan mendakwa dirinya pasti masuk
syurga. Sikap seperti ini adalah simbol seorang manusia yang
angkuh dan dikuasai dengan keangkuhan yang ditiupkan oleh iblis
laknatullah.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita mengharapkan semoga semua saudara kita yang menjadi
tetamu Allah pada tahun ini akan memperoleh haji yang mabrur. Oleh itu,
mereka hendaklah membetulkan niat sebelum melangkah ke Tanah Suci.
Bersabar menghadapi situasi di sana. Mengambil kesempatan melakukan
sebanyak mungkin amalan fardu dan sunat sepenuh masa. Pastikan diri
tidak melakukan maksiat dan dosa. Segala anggota hendaklah diawasi
seperti mata, mulut dan anggota badan pada keseluruhannya.
Umat Islam yang melaksanakan ibadah haji secara bersungguhsungguh
akan merasa sangat terharu dan rindu untuk dapat kembali lagi
ke Tanah Suci, bahkan ada yang berharap dapat mati di sana.
Kepada kita yang belum menunaikan fardhu Haji, maka;
1. Beriat dan berazamlah untuk menunaikan fardhu Haji dengan
segera.
2. Berusaha untuk menyimpan wang yang mencukupi.
3. Berusahalah menunaikannya dalam usia yang masih muda.
4. Berusaha mempelajari ilmu yang berkaitan amalan haji.

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan
yang dimaklumi. Oleh yang demikian, sesiapa yang telah mewajibkan
dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu pada bulan-bulan
tersebut, maka tidak boleh mencampuri isteri (bersetubuh) dan tidak boleh
membuat maksiat serta tidak boleh bertengkar dalam masa mengerjakan
ibadah haji. Apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh
Allah dan berbekallah dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaikbaik
bekal itu ialah taqwa (memelihara diri daripada keaiban meminta
sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang
dapat memikir serta memahaminya)”.
(Al-Baqarah: 197)

Satu pohon kurma di syurga (Kuliah Maghrib – 23 september 2012)

Penceramah : Ustaz Idrus Ali  (Kitab Aqidah : 175 Jalan Menuju ke Syurga / Klang)

Tajuk : Satu pohon kurma di syurga

Bismillah

36. Satu pohon kurma di syurga

Hadis : Barangsiapa yang mengucapkan “Maha Suci Allah Dzat yang Maha Agung” dan dengan pujianNya, nescaya akan ditanam untuknya satu pohon kurma di syurga.

Untuk memastikan amalan2 diterima:

1) Ibadah dilakukan dengan ikhlas
2) Mesti sesuai dengan tuntutan rasul

Al-Baqarah ayat 261 : “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

37. Dihapuskan dosa2nya walaupun banyaknya seperti buih di lautan

Hadis : Barang siapa yang ucap “Subhanallah wa bihamdih” – Maha Suci Allah & dengan pujianNya kami memuji 100 kali dalam sehari, nescaya akan dihapuskan dosa2nya walaupun banyaknya seperti buih di lautan.

Wallahu’alam.