Talaqqi matan arbain (muqaddimah) – 25.2.17

Penceramah : Ustaz Shamsuddin Abdul Rahman
Bismillah
Apa perlu belajar hadis?
Semua peringkat umat islam dianjur utk sebar hadis nabi. 
Ramai perawi tidak sampai taraf alim, tapi mereka menyebar hadis.
Antara perkara yg mendorong imam nawawi utk menulis matan arbain kerana ada dlm hadis nabi berkenaan hadis 40. “Siapa yg menghafal 40 hadis dari kalangan umatku, berkenaan agama, pasti Allah akan membangkitkannya berdama fuqaha dan ulama”. Hadis ini dhaif, tapi boleh digunakan utk beramal berkaitan fadhail.
Ada byk riwayat berkenaan kelebihan menghafal 40 hadis ini.
– “siapa yg hafal 40 hadis, aku akan jd penolong dan bukti kebenaran dia di akhirat”
Ada riwayat lain kata siapa hafal 40 hadis boleh masuk syurga ikut pintu mana yg dia nak.
Dan ada beberapa kelebihan dari riwayat lain, tp semuanya dhaif.
Hafiz hadis – hafal lebih 70,000 hadis.
3 kurun pertama, sgt utama.
Ramai ulamak yg tulis matan arbain. Tp dlm byk2 itu, yg menonjol hanya yg ditulis oleh imam nawawi.
Ramai ulamak kata imam nawawi xsempat kahwin, kerana begitu focus pd kitab. Ada juga pendapat kata imam nawawi kahwin tp bercerai kerana isterinya xtahan, imam nawawi terlalu mengadap kitab.
Beliau sedar, mmg sudah ramai imam yg tulis matan arbain. Walaupun begitu, dia istikharah utk buat kitab matan arbain.
Matan arbain yg disusun oleh imam nawawi, mengandungi hadis2 prinsip dlm islam. Ada 42 hadis2 usul agama dlm matan arbain imam nawawi.
Bila khatam 42 hadis ini, akan nampak lengkapnya agama yg ditinggalkan oleh nabi muhammad.
Imam nawawi memampatkan semua ilmunya dlm 42 hadis ini.
Allah membuatkan muka berseri2 seseorang yg mendengar hadis lalu dia jaga dgn cermat hadis nabi, dan disampaikan seperti mana yg dia dengar, tidak ada tambah apa pd hadis itu.
Perawi hadis, penekanannya pd akhlak, tidak semestinya dia alim. Dia tidak menambah pd hadis yg didengarnya.
Nilai seseorang bukan pada rupanya. 
Ibnu abbas dengar, rasulullah bersabda : ya Allah, berilah rahmat kpd pengganti2ku. Para sahabat tanya apa maksud khulafa / pengganti. Nabi jawab mereka yg xsempat dgnku tapi menyebarkan hadis2ku.
Salah satu cara menyebar hadis ialah dgn mengamalkan hadis.
Salah satu sunnah yg simple : bagi salam bila balik rumah. Nak masuk rumah, buka pintu & bagi salam.
Tapi walaupun sunnah itu simple, tp sebab bila xpernah buat, dia jadi berat utk amal.
Target kita belajar matan arbain ini utk amal, bukan sekadar belajar. Jika tidak nnt kita tidak lepas di akhirat kelak, Allah akan tanya. 
Org alim yg xamal ilmu akan diazab lebih awal dari penyembah berhala.
Hadis tidak seperti al quran, dia terdedah dgn dhaif, maudhu’, dll.
Bila kita ikhlas nak tahu satu hadis, Allah akan bg dia 1 nilai. Bila dia jumpa hadis yg pelik, dia akan rasa xsedap. Dia akan cari sumber, tanya, selidik, dll.
Ilmu hadis bukan eksklusif di universiti, tp ilmu jadis ini khusus utk semua umat islam.
Setiap zaman akan ada org yg sebar hadis palsu. Kalau dia tahu hadis palsu dan dia tetap sebar, ada pendapat mengatakan dia boleh jatuh akidah, jadi kafir.
Kalau tak tahu sesuatu hadis itu, main sebar saja, dan hadis itu palsu, dia juga bertanggungjawab. 
Sebar fitnah melalui mulut tidak sebesar sebar fitnah di internet, kerana internet boleh sampai seluruh dunia.
Ringkasan dari sebuah Hadis sohih : 

Dusta yg disandarkan pd aku, tidak sama dgn disandarkan kpd org lain.

Org yg sebar hadis palsu ibarat menyediakan kursinya di neraka.

Wallahu a’lam

Tanda2 kiamat – sambungan (Kuliah Maghrib – 20.2.17)

Penceramah : Ustaz Mustafar Mohd Sukki
Bismillah
—> menuntut ilmu pd org2 kecil
Hadis : sesungguhnya antara hari kiamat ada 3, salah satunya dituntut ilmu dari org2 yg kecil. (As soghir)
Perbincangan antara alim ulamak, dari abdullah ibnu mubarak org2 yg kecil ialah , mereka yg memberi pendapat tidak berdasarkan quran atau sunnah, hanya ikut pandangan sendiri.
Maksud lain, org2 kecil ialah ahli bid’ah. Mereka2 yg bg fatwa berdasarkan hawa nafsu, pendapat peribadi shj.
Zaman ini ramai yg bg fatwa sendiri2, yg membawa kpd hancurnya agama.
Kena kembali kpd quran dan sunnah.

Kena ambil ilmu dari mereka yg layak.
Sebahagian pendapat dari mazhab syafie, Tidak sah solat di belakang imam yg fasiq. 
Pantau tempat anak2 kita belajar agama, kena tahu siapa yg mengajar, silibus pelajaran, dll. Kena tgk akhlak guru yg mengajar. Elakkan guru2 yg banyak mencela / membenci org lain.
Hati2 dgn ustaz yg “serba tahu”, menjawab persoalan yg bukan bidangnya.

—> wanita2 yg berpakaian tetapi telanjang
Akan munculnya sikap wanita yg menyimpang dari syariat, menampakkan bahagian tubuh yg wajib ditutupi.
Islam mengangkat martabat wanita. Tidak sekali2 islam menghina wanita, malahan menjaga maruah wanita. Kerana wanita adalah makhluk yg sensitif.
Hadis : Ada dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum melihat mereka sekarang. (Yang pertama,) suatu kaum yang bersama mereka ada rotan-rotan seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk merotan manusia. (Yang kedua,) para wanita yang berpakaian tapi hakikatnya telanjang, mereka miring lagi membuat orang lain miring. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga, padahal wanginya boleh tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian’
Bila baca quran, cerita pasal sifat munafiq, sifat org diazab, kena check ada tak ciri2 itu pd diri kita, jgn tgk pd diri org lain. Quran dan sunnah berbicara pd kita, bukan utk tuju pd org lain.
Pakai terlalu ketat, yg melenggang lenggok badan utk menarik perhatian manusia utk kelihatan menarik.
Kalau sanggul tu rambut asli, xde masalah sbb rambut panjang. Kalau sanggul palsu, utk nampak cantik, itu masalah, kerana nak tarik perhatian. Itu yg dilarang.
Mereka ini tidak masuk syurga, dan tidak langsung mencium bau syurga.
Bila kita diberi nikmat, kita kena ingat nikmat2 itu, dan syukuri. Jika ia mendekatkan diri kpd Allah, itu adalah nikmat hakiki. 
Aurat wanita – dlm hadis yg hassan, selain muka dan tapak tangan.
Utk perempuan dibolehkan melabuhkan kain jika tidak pakai stokin.
Selain dari pakaian yg ketat, bau2an.
Hadis : mana2 wanita yg memakai bau2an (pakai sikit sekadar xnak berbau, xmengapa), bilamana dia lalu di hadapan lelaki, ibarat dia sebagai penzina.
Ini adalah amcaman pd wanita, agar tidak buat larangan2 ini. Tapi bila tahu pasal larangan ini, dia buat jugak, itu masalah.
Solekan2 yg beriya2, yg melampau, sehingga menukar wajah, kena elakkan. Sikit2 xmengapa. 
Byk juga hadis2 ancaman utk lelaki. Antaranya kpd pemimpin (lelaki), yg akan ditanya dahulu.

—> mimpi org mukmin menjadi kenyataan
Tepatnya mimpi org mukmin. Pd waktu itu bila imannya hakiki, mimpinya juga benar.
Hadis : apabila telah hampirnya kiamat, maka hampir2 mimpi org muslim itu tidak dusta, dan ia 1/40 dari kenabian.
Akhir zaman, org muslim hanya tinggal sedikit, jd utk menghiburkan mereka, Allah jadikan mimpi mereka mimpi2 yg benar.
Nabi yusuf dan nabi muhammad pernah mentakwil mimpi.
Antara wahyu yg awal2 adalah dlm bentuk mimpi (kpd nabi muhammad).
Adab menghadapi mimpi.

– bila bangun dari mimpi yg buruk, ludah ke kiri 3 kali. Ludah sbgai isyarat.

– mimpi yg baik, boleh ceritakan sbgai pengajaran.

—> banyaknya tersebar karya tulisan
Hadis : sesungguhnya antara petanda kiamat ialah tersebarnya penulisan. 
Para alim ulamak menulis byk kitab. Tp yg sampai pd kita sikit sahaja. Ada yg tersimpan dlm khazanah.
Ada ulamak yg syarah hadis ini, mengatakan maksudnya, tersebarnya kitab2 / penulisan ini tapi tak ramai yg baca.

Wallahu a’lam

Niat (Kuliah Maghrib – 19.2.17)

Penceramah : Ustaz Muhaimin Sahar
Bismillah
Keutamaan niat
‏﴿٢٨﴾ وَٱصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِٱلْغَدَوٰةِ وَٱلْعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُۥ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُۥ عَن ذِكْرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ وَكَانَ أَمْرُهُۥ فُرُطًا
(28) Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.
(Al Kahfi 18:28)
Allah suruh nabi mendampingi sahabat2 yg beribadah mencari redha Allah. Redha Allah sgt besar.
Nak ikut yg betul, itu adalah taufiq. Taufiq dan hidayah xkan dpt kalau tidak ikhlas. 
Allah suka dan Allah suruh utk bersama dn org2 yg ikhlas.
Hadis : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
Hadis ini turun kerana ada sahabat yg berhijrah sbb nak nikaj wanita yg disukainya.
Perkara niat ini jgn ambil mudah. 
Hadis : suatu ketika para sahabat bersama nabi ke perang tabuk. Kata nabi : Sesungguhnya di madinah itu ada yg akan menyertai kita. Tidaklah kita membelanjakan sesuatu nafkah, dan tidaklah kita kena suatu kesukaran, tp mereka yg berada di madinah itu akan dpt seperti apa yg kita dpt sekalipun mereka tidak turut serta. Sahabat2 tanya mcmana mereka boleh dpt seperti kita? Nabi jawab kerana ada mereka yg uzur, dan tidak berkemampuan utk ikut serta.

 

Ada yg menangis kerana tidak ada kenderaan utk ikut serta. Niatnya ada tapi bekalannya tiada. Mereka tidak dpt ikut tp disebabkan ada niat td, ibarat mereka sama2 berjuang di jalan Allah.
Begitulah betapa besarnya kepentingan niat.
Byk benda dlm hidup kita yg besar2 tp xmampu nak buat. Tapi berniat pun tidak, mcmana kita nak buat?

Hadis : Setiap kamu akan dibangkitkan dari kuburnya mengikut keadaan niatnya (sblm mati).- keadaan sblm mati, contohnya dlm perjalanan menuju haji, dlm perjalanan menuju perang, dll.
Hadis : brgsiapa yg berkahwin dgn seorang wanita dgn berjanji utk bg mas kahwin, tp dia tak bagi, maka dia adalah berzina. (Tidak pasti status hadis)
Juga sesorang yg berhutang, dan niatnya tidak mahu bayar, dia dikira mencuri.
Setiap amalan terbahagi kpd 3 :

– ketaatan

– maksiat

– harus
Maksiat tidak akan jadi taat walaupun niatnya baik. Contohnya curi tabung masjid utk tlg anak yatim, niat menang judi utk tlg org, dpt duit rasuah utk pergi haji.
Org yg bg rasuah biasa buat gini, bagi duit, dia kata “ikhlas”. Ia tetap rasuah.
Redha pun xdpt, sebab maksiat.
Zaman nabi, ada tukang pungut zakat, dtg jumpa nabi serahkan duit zakat, dan dia bgtau ada hadiah yg org bagi padanya. Nabi tanya, kalau kamu duduk rumah, adakah kamu akan dpt hadiah itu? 

Hadiah seperti itu pun nabi xbagi ambik.
Baik mcmana pun namanya, kalau maksiat, tetap maksiat.
Ingatlah kebaikan itu telah jelas, dan keburukan juga jelas.
Ilmu penting dlm membezakan baik buruk.
‏﴿٤٣﴾ وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِىٓ إِلَيْهِمْ ۚ فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
(43) Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,
(An Nahl 16:43)
Kita yg tau sedikit sebanyak ni, nasihatlah mereka2 yg jahil.
Benda maksiat, niat mmg buruk, mmg lg besar dosanya.
Hubungan niat dgn ketaatan. Ibadat dgn niat kaitannya rapat. Kalau maksiat dgn niat, jauh kaitannya. 
Syarat sah bg sesuatu ibadah ialah niat. Rukun solat, wuduk, dll. Ia menentukan berganda atau tidak ibadah seseorang.
Ibadat boleh jd maksiat jika niatnya riak, ujub. 

Wallahu a’lam

Zikir malam hari – sambungan (Kuliah Subuh – 19.2.17)

Penceramah : Ustaz Azzahari Murad
Bismillah
Tidur adalah mati sementara.
Hadis : bila nabi nak ke hamparan tidurnya, nabi baca 3 qul dan hembuskan ke telapak tangannya dan sapu ke tubuhnya, bermula dari kepala, wajah, dan bahagian hadapan dan belakang yang sampai oleh tangannya.
Paling kurang kita baca bismillah sblm tidur.
Hadis : Bila nak ke tempat tidur, berwuduklah sepertimana wuduk utk solat. Setelah berwuduk, baringlah atas lambung kanan.

اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ
Allahumma aslamtu nafsii ilaik, wa fawwadh-tu amrii ilaik, wa wajjahtu wajhiya ilaik, wa alja’tu zhohrii ilaik, rogh-batan wa rohbatan ilaik, laa malja-a wa laa manjaa minka illa ilaik. Aamantu bikitaabikalladzi anzalta wa bi nabiyyikalladzi arsalta.
Artinya:

“Ya Allah, aku menyerahkan diriku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan punggungku kepadaMu, karena senang (mendapatkan rahmatMu) dan takut pada (siksaanMu, bila melakukan kesalahan). Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dari (ancaman)Mu, kecuali kepadaMu. Aku beriman pada kitab yang telah Engkau turunkan, dan (kebenaran) NabiMu yang telah Engkau utus.” Apabila Engkau meninggal dunia (di waktu tidur), maka kamu akan meninggal dunia dengan memegang fitrah (agama Islam)”.
Hadis : nabi berkata kpd fatimah – sblm tidur tasbih 33 kali, tahmid 33 kali, takbir 34 kali. Maka itu lebih baik utk kamu berdua (fatimah dan suami) daripada seorang hamba.

Para sahabat tanya solat malam mana yg lebih afdhal? Nabi jawab, tgh malam, amat sedikit org yg melakukannya.
Hadis : nabi daud berkata, wahai tuhanku, manakah waktu terbaik utk solat malam? 

Jgn bangun diawal malam atau diakhirnya, bangunlah di tengah malam, utk engkau bersamaku, dan angkatlah hajatmu.
Nabi baca 10 ayat terakhir dari surah al imran. Kemudian baginda mulakan solat 2 rakaat yg ringkas / ringan. Kemudian ditambah 2 rakaat, 2 rakaat. 
Paling banyak nabi solat malam 13 rakaat beserta witir, plg sikit 7 rakaat. Termasuk solat ba’diah isyak.
Waktu sahur, sebelum masuk subuh, perbanyakkan istighfar.
Bacaan quran waktu sahur, dihadiri para malaikat.
Bila dgr ayam berkokok di awal pagi, berdoalah. 
Generasi dulu, mereka xtidur pd waktu sahur, mereka beribadah.
Bila selesai solat pd waktu sahur, perbanyakkan istighfar.

Wallahu a’lam

Tafsir ayat hukum – pengharaman arak dan judi (sambungan) (Kuliah Subuh – 18.2.17)

Penceramah : Ustaz Ahmad Husni
Bismillah

Al baqarah 219
‏﴿٢١٩﴾ ۞ يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْءَايٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
(219) Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: “Yang lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,
(Al Baqarah 2:219)

Al khamr minuman yg memabukkan yg hasil dari perahan anggur shj, akan tetapi minuman memabukkan yg lain tidak dipanggil khamr, seperti dari kurma, nabeez, dll.
Pendapat lain, khamr ialah minuman yg memabukkan xkisah dari anggur, kurma, gandum dll, ia tetap haram. Ini dipegang oleh ramai muhaddisin.
Hujjah jumhur – setiap yg memabukkan adalah khamr.
Hadis : Setiap yg memabukkan ialah khamr dan setiap khamr adalah haram.
Diturunkan pengharaman arak. Arak dari :

– anggur, tamar, gandum, barli, jagung
Dlm suasana masyarakat skrg yg ilmunya nipis dan rapuh, kena aware, apa2 yg haram, jgn ambil walaupun sedikit. Ambil langkah berjaga2.
Apakah jenis2 perjudian yg diharamkan?

Setiap yg berkaitan dgn judi, tilik nasib, termasuk dlm golongan judi yg diharamkan oleh Allah.
Setiap keuntungan dlm mana2 permainan yg ada pemenang dan ada yg kalah, org yg menang dpt habuan lebih byk dari yg kalah, dari jumlah yg disertakan bersama, adalah haram. 
Contohnya: main buah dadu, monopoly, chess, 
Bentuk judi dulu : menentukan sesuatu dgn anak panah.

Zaman dulu, Satu kaum sembelih unta, lepastu tag nama pd daging, lepastu bubuh nama pd anak panah, siapa yg ada nama, boleh ambik bahagian daging. Sapa yg xda nama, kena bayar harga unta.
Hadis berkenaan dadu : siapa yg main dadu ibarat memasukkan tangan dlm daging babi bercampur darahnya.
Walaupun xda unsur perjudian, sebaiknya jgn main dadu.
Berkenaan chess, pandangan imam syafie makruh. Ada pendapat lain mengatakan haram.
Hadis : Siapa yg bermain dgn dadu, dia telah memaksiati Allah dan rasulnya.

Begitu juga dgn permainan lain, seperti teka berat lembu (kena byr sekian2 jumlah, kalau betul tekaan dpt hadiah), mesin judi (masuk duit, dapat barang2 – gula2, doll, dll).

Wallahu a’lam

Tajdid dalam Agama (Kuliah Subuh – 11.2.17)

Penceramah : Ustaz Zahiruddin Zabidi
Bismillah
Amar makruf / menyeru kebaikan – adalah jauh lebih mudah berbanding nahi mungkar / mencegah kemungkaran.
Hadis : brgsiapa yg melihat kemungkaran hendaklah diubah / cegah dgn tangannya, jika tidak mampu cegahlah dgn lisannya, jika xmampu juga cegahlah dgn hati, sesungguhnya itu adalah selemah2 iman.
Hadis : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”
Hadis : Siapa yg Allah nak kebaikan pada dirinya, Allah akan fakihkan dirinya dgn agama.

– sebaliknya jika Allah nak keburukan pd seseorang, Allah akan jauhkan diri seseorang itu dari agama.
 رب زدنى علما وارزقنى فهما

 Robbi zidnii ‘ilman warzuqnii fahman. 

 Artinya : Ya Allah, tambahkanlah kepada saya ilmu dan berilah saya pengertian yang baik.
Siapakah mujaddid? 

Ulamak bersetuju, Mujaddid abad pertama, khalifah umar abdul aziz. Abad kedua, syeikh al imam muhammad bin idris (imam syafie), dan seterusnya.
Menurut dr yusuf al qardhawi, seorang mujaddid tidak semestinya seorang tokoh atau manusia. Kdg2 ia boleh jadi sekumpulan manusia, yg membawa ruh baru dlm agama. Bukan bermaksud buat benda baru dlm agama, tp bermkasud berusaha mengembalikan kefahaman agama seperti di zaman nabi, khususnya dlm bab ibadah dan aqidah.
Tajdid bukan remove yg lama ganti baru, tapi berusaha mengembalikan ruh aqidah dan ibadah seperti di zaman nabi kerana zaman itu adalah zaman terbaik yg mengikut quran dan sunnah.
Hadis : Kurun / manusia yg terbaik ialah pd zaman aku (zaman para sahabat) dan kurun seterusnya, dan seterusnya.
Setiap dari kita adalah pemimpin dan akan ditanya tentang pimpinan kita.
Para pemerintah boleh mencegah kemungkaran melalui kuasa yg mereka ada.
Para ulamak boleh menegur rakyat melalui ceramah2, kuliah2.
Bg rakyat, org yg diperintah, nahi mungkar dgn tidak pergi ke tempat2 maksiat.
Antara golongan yg buat amar makruf nahi mungkar ialah golongan Mujaddid yg diutuskan setiap 100 tahun.
Keaslian agama itu berada di “muara sungai”. Awal agama itu suci dan bersih. Makin lama makin byk keladak, byk kotorannya. Muncul byk ajaran2 sesat, sesang berkumpul di zaman kita.
Tujuan diutus Mujaddid adalah utk memastikan kemurnian agama islam dijaga, keaslian agama. Agar tidak mencemari kesucian agama seperti zaman dahulu, dan yg berlaku pd agama lain juga, sehingga tidak nampak rupanya yg sebenar dan tidak sesuai dipraktikkan.

Walahu a’lam

Hati yang baik dan sejahtera (Kuliah Maghrib – 9.2.17)

Penceramah : Ustaz Khalid Nayan
Bismillah
Bersyukur kerana Alah pilih kita utk berada dlm majlis ilmu.
Hadis : kelebihan ilmu itu lebih aku sukai dari kelebihan ibadah. 
Nabi lebih suka org duduk dlm majlis ilmu berbanding ibadah2 sunat.
Hadis : Brgsiapa yg menempuh satu jalan utk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan perjalannya ke syurga.
‏﴿٥٥﴾ وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِينَ
(55) Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
(Adz Dzaariyaat 51:55)

=======================
Hati yg baik dan sejahtera :
‏﴿٨٨﴾ يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ
(88) (yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna,
(Asy Syu’ara 26:88)
‏﴿٨٩﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
(89) kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih,
(Asy Syu’ara 26:89)
Hati kena Baik dan sejahtera dari 2 sifat :

1- syirik 

2- munafiq 
Syirik – golongan yg menduakan Allah, ambil tuhan selain Allah, atau mengambil kuasa / undang2 lain selain dari Allah.

‏﴿٢٥﴾ وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ ۚ قُلِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
(25) Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
(Luqman 31:25)
Dalam perang badar, nabi berdoa : ya Allah jika kami kalah tiada siapa yg nak sebar agamamu.
Pd masa yg sama, abg jahal juga berdoa pd Allah agar musnahkan muhammad kerana muhammad memecah belahkan kaum mereka.
Munafiq pula, mulut cakap lain, hati pula lain. Mulut kata beriman tapi hati tolak islam.
Bila nabi berada di madinah, ada kaum munafiq yg diketuai oleh abdullah bin ubai. Abdullah bukan calang2 org, dia seorang yg berkaliber. Pandai cakap.
Hati yg bersih :
1- menerima kebenaran, dan terus mengikut kpd kebenaran – al quran dan sunnah
‏﴿١٧﴾ وَٱلَّذِينَ ٱجْتَنَبُوا۟ ٱلطّٰغُوتَ أَن يَعْبُدُوهَا وَأَنَابُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ ۚ فَبَشِّرْ عِبَادِ
(17) Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku,
(Az Zumar 39:17)
‏﴿١٨﴾ ٱلَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ ٱلْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُو۟لٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُ ۖ وَأُو۟لٓئِكَ هُمْ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبٰبِ
(18) yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.
(Az Zumar 39:18)
Dia akan berusaha sedaya mungkin utk mengikut ayat Allah. Mereka inilah yg telah menerima hidayah Allah, dan akalnya sempurna.
Org kafir, hatinya rosak, enggan menerima kebenaran.
‏﴿٨﴾ إِنَّا جَعَلْنَا فِىٓ أَعْنٰقِهِمْ أَغْلٰلًا فَهِىَ إِلَى ٱلْأَذْقَانِ فَهُم مُّقْمَحُونَ
(8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah.
(Yaa Siin 36:8)
‏﴿٩﴾ وَجَعَلْنَا مِنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ
(9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
(Yaa Siin 36:9)
2- Hati yg kasih kpd kebenaran dan terbuka dadanya utk islam.
‏﴿١٢٥﴾ فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهْدِيَهُۥ يَشْرَحْ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلٰمِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُۥ يَجْعَلْ صَدْرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ ۚ كَذٰلِكَ يَجْعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجْسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
(125) Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Al An’am 6:125)
3- suka pd seruan iman, suka pd majlis2 ilmu
Cuba lihat org yg ada sakit dlm hati, dia akan menjauhi diri dari majlis ilmu dan peringatan2.
4- hati yg suka mengingati Allah
5- yakin dgn Allah
Benda ghaib :

1- kiamat

2- proses kelahiran / dlm rahim

3- hujan

4- kejadian hari esok

5- mati dimana

Yg penting sebagai hamba Allah, laksanakan apa yg Allah peringah.
6- lembut hatinya kerana mengingat Allah
7- mengikuti al quran dan as sunnah, sebagai panduan hidup.

Wallahu a’lam