Bacaan ketika bangun tidur (Kuliah Maghrib – 20 Oktober 2012)

Penceramah : Ustaz Dr Wan Nasyruddin (Kitab Al-Azkar / Kajang)

Tajuk : Bacaan ketika bangun tidur (sambungan)

Bismillah

Selain dari Allah, semuanya adalah makhluk, termasuk tidur & jaga dari tidur.

Ramai yang bangun dari tidur, berlaku sesuatu seperti sakit, tidak sempurna sifat, dll.

Zikir yang paling hebat -بسم الله الرحمن الرحيم

Bila Nabi bangkit waktu malam, baginda membaca : tasbih 10x, tahmid 10x, takbir 10x, tahlil 10x, istighfar 10x.

Kalau nak goda / pujuk Allah, tak perlu dengan amalan wajib – buat amalan2 sunat / bangun malam

Semua ilmu adalah milik Allah – cara nak dapatkan ilmu : syaratnya kena bertaqwa pada Allah

Boleh lewatkan sedikit solat jika bertembung dengan orang / kumpulan yang perukan ilmu. Ajar dahulu, kemudian solat.

Wallahu’alam

Pengajaran – Nasakh Mansukh (sambungan) (Kuliah Subuh – 20 Oktober 2012)

Penceramah : Ustaz Ahmad Husni (Kitab Tafsir Ayat2 Hukum / Cheras)

Tajuk : Pengajaran – Nasakh Mansukh (sambungan)

Bismillah

Pengajaran & rahsia pengajaran :

– sesetengah ulama’ tidak gemar guna istilah “dilupakan”

– Nabi tidak akan lupa ayat2 yang di nasakhkan melainakn ianya sudah disusun oleh Allah

– Manusia biasa lupa sebab lalai. Nabi “lupa” bukan sebab lalai.

– Nasakh mansukh berlaku bukan sebab ayat tidak bagus (dari segi struktur ayat atau bahasa)

– Menurut Imam Al- Qurtubi, jika hukumnya menjadi lebih ringan, ia baik untuk jangka masa pendek. Jika hukumnya lebih berat, baik untuk jangka panjang.

– Tidak boleh kata ayat ini lebih baik dari ayat itu

– Ayat yang ditujukan kepada Nabi, ditujukan juga kepada umatnya

Wallahu’alam

ZINA, HOMOSEKS, LESBIAN MELENYAP TAMADUN UMMAH (Khutbah Jumaat – 19 Oktober 2012)

Khutbah Jumaat 19 Oktober 2012: “Zina, Homoseks, Lesbian Melenyap Tamadun Ummah”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita
kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta
ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita
memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan memperbanyakkan
selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. serta berusaha
melaksanakan segala sunnahnya, mudah-mudahan ianya akan
memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Zina, Homoseks dan
Lesbian Melenyap Tamadun Ummah”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang
dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Zina adalah suatu perbuatan
yang amat terkutuk, keji dan kotor dan golongan yang melakukannya
adalah sungguh besar dosanya serta dilaknat oleh Allah SWT. Orang
yang melakukannya juga adalah melakukan perbuatan syaitan dan berada
dalam kesesatan, kemungkaran yang mendatangkan akibat yang sangat
buruk kepada pembinaan generasi, institusi keluarga dan Ummah.
Larangan ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Isra’ ayat
32:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu
adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang
membawa kerosakan)”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina adalah perbuatan yang
sangat keji kerana ia membawa kepada jalan kebinasaan, kehancuran
dan kehinaan di dunia dan azab di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Istilah homoseksual atau lesbian merujuk kepada hubungan seksual
sesama jantina yakni lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan
perempuan. Bahaya aktiviti homoseksual ini ialah ia akan dan telah
merosakkan kekuatan moral masyarakat. Ia juga berupaya membunuh
institusi kekeluargaan dan keturunan. Perlakuan homoseksual juga
mencerminkan kemunduran pemikiran ummat. Aktiviti jijik ini
bertanggungjawab atas tersebarnya wabak dan penyakit yang
merosakkan ketamadunan manusia itu sendiri. Apabila semakin
merebaknya budaya songsang ini, maka tentunya masyarakat yang
terbena nanti merupakan masyarakat yang pincang moralnya.
Rasulullah saw pernah bersabda riwayat at-Tirmidzi, al-Hakim, Ibn
Majah:

“Sesungguhnya hal yang paling aku takutkan menimpa umatku
adalah perbuatan kaum Luth”. (Riwayat at-Tirmidzi)
Kemelut seks tidak normal ini semakin mengancam dunia. Sejarah
menyaksikan manusia pernah ditimpa musibah akibat kegiatan
homoseksual seperti mana peristiwa di zaman Nabi Lut dan juga apa yang
berlaku di kota Pompei. Hakikatnya, manusia seringkali leka. Buktinya,
hari ini, gejala homoseksual dan lesbian begitu berleluasa di mana ia
bukan lagi tertumpu di negara Barat yang sekular, malah merebak ke
negara-negara Islam.
Gejala nafsu songsang yang melanda umat manusia kini bukan lagi
rahsia. Bagi mereka, adalah normal kalau lelaki mencintai lelaki, dan
wanita ‘bersuamikan’ wanita. Tidak ada lagi rasa malu dan segan untuk
memberitahu dunia bahawa mereka berjiwa songsang. Malah cuba pula
untuk mempertahankan serta memperjuangkan ‘hak’ kononnya mereka
perlu dilayan sama rata. Perlu diberi ruang menjadi sebahagian daripada
kelompok dunia.
Firman Allah SWT dalam Surah al-A’raf ayat 80-81:

“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata
kepada kaumnya, “Tergamak kamu melakukan perbuatan yang keji, yang
tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini
sebelum kamu?” Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan,
bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.
Jelaslah maksud ayat di atas perlakuan homoseks ini adalah
melampaui batasan Allah SWT dan ianya adalah perbuatan keji dan
terkutuk.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Perbuatan salah laku zina, homoseks dan lesbian adalah berpunca
daripada kejahilan ummah dan masyarakat kepada selok belok agama di
samping terlalu mengejar kehidupan dunia. Ini ditambah oleh
perkembangan teknologi dan komunikasi masa kini yang gagal dikawal
sepenuhnya. Pelbagai jenis gambar lucah sama ada dalam bentuk foto
mahu pun video terlalu mudah dicapai melalui internet. Sebahagian
rancangan televisyen pula banyak menyajikan kisah-kisah percintaan
yang hanya menambahkan rasa ghairah penonton. Manakala gejalagejala
hiburan melampau dan pergaulan bebas yang merangsang nafsu
dan menjadi keseronokan seolah-olah telah menjadi budaya kehidupan
seharian.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Furqan ayat 43-44:

“Terangkan kepadaku (wahai Muhammad) tentang keburukan
keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang
dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi penjaga (yang
menjaganya supaya tidak sesat)? Atau adakah engkau menyangka
bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang
engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang
ternakan, bahkan (pegangan) mereka lebih sesat lagi”.
Dalam masa yang sama, peniaga VCD lucah mengambil
kesempatan menjual secara bebas dan berleluasa. Telefon mudah alih
juga telah disalahguna dengan mengirim gambar atau video lucah.
Kesemua perkara itu adalah faktor pendorong kepada pelbagai perlakuan
maksiat dan perzinaan.
Sempena sambutan Hari Kekasih, sambutan 31 Ogos dan sambutan
Tahun Baru setiap tahun, Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk
meneruskan program-program yang membawa masyarakat kepada
kebaikan serta menjauhi kemungkaran. Setiap tahun setiap kali sambutan
diadakan, kedengaran pelbagai isu terutama yang melibatkan gejala sosial
dalam masyarakat oleh sebahagian masyarakat semua lapisan seperti
pergaulan bebas yang menyebabkan pelbagai gejala tidak baik seperti
zina, hubungan seks bebas dan sebagainya atas alasan kerana
menyambut kedatangan perayaan tersebut. Dalam hubungan ini JAIS
melalui pendekatan dakwah, melancarkan Gerakan Anti Zina dan
Kaunseling yang bertujuan untuk membendung dan mencegah dari
berleluasanya budaya songsang yang akan melenyapkan tamadun
ummah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Fenomena yang berlaku itu, perlulah kita sama-sama menyedari dan
menginsafi akan kesan yang akan membawa kerosakan kepada
keturunan institusi keluarga dan boleh memporak-perandakan masyarakat
dan melenyapkan tamadun manusia.

Antara langkah-langkah yang dapat kita lakukan segera oleh umat Islam ialah:

Pertama : Carilah altenatif di setiap sambutan yang dirayakan itu
dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan
membaca Al-Quran dan menghidupkan budaya ilmu di
kalangan umat Islam. Peranan institusi keluarga
mentarbiyah dan mengawasi pergerakan anak-anak
mestilah dipertingkatkan dan memastikan hanya Islam
sebagai asas pembinaan keluarga ke arah pembinaan”
Baiti Jannati ” iaitu (Rumahku Syurgaku).

Kedua : Pembentukan insan soleh oleh institusi pendidikan
hendaklah ditingkatkan, bukan hanya menyampaikan
ilmu tetapi melahirkan kesedaran dan kefahaman yang
boleh memandu generasi pelajar dan muda mudi ke arah
mencapai kehidupan yang berlandaskan agama. Forumforum
dan pengajian agama di masjid dan surau
hendaklah dihadiri demi membentuk jatidiri insan yang
mulia disisi Allah.

Ketiga : Setiap individu hendaklah berperanan membendung
gejala pergaulan bebas di kalangan remaja dan semua
peringkat umur. Penyusunan aktiviti dan program
hendaklah dilaksanakan bagi membendung gejala-gejala
ini. Peranan Masjid, Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung dan ahli masyarakat termasuk Ngo
hendaklah proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab
yang telah ditetapkan.
Keempat : Pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang
berlandaskan Islam dan kerjasama yang bersepadu
melibatkan semua pihak untuk membanteras kegiatan
pelacuran dan segala bentuk jenayah syariah akan terus
dipertingkatkan dari masa ke masa. Seharusnya semua
pihak hendaklah menyokong usaha itu dan bukannya
mencela atau mempersoalkannya di media-media.

Kelima : Mengamalkan cara hidup Islam dengan menggalakkan
pasangan belia yang telah cukup syarat untuk berkahwin
kerana hanya sistem perkahwinan dapat membendung
pelakuan zina, homoseks dan lesbian. Dengan cara
inilah mereka akan mendapat nikmat perhubungan
suami isteri yang sah dan zuriat yang suci untuk
menyambung keturunan mereka.

Keenam : Meyakini dengan pendekatan Islam sahajalah yang
mampu menyelesaikan masalah ini. Pihak berkuasa pula
hendaklah memainkan peranan yang amat penting bagi
melaksanakan hukum Islam dalam usaha menegakkan
yang ma’aruf dan mencegah yang mungkar. Kita hanya
meyakini sekiranya Islam ditegakkan baharulah
masalah-masalah ini akan selesai.

Ketujuh : Media cetak dan elektronik hendaklah menghindari
daripada menyiarkan unsur-unsur yang menimbulkan
kelucahan dan merangsang nafsu syahwat. Alangkah
malangnya sekiranya media-media yang dimiliki oleh
orang Islam juga turut menyumbangkan ke arah unsurunsur
kelucahan tersebut.

Faktor buta agama (Kuliah Maghrib – 19 Oktober 2012)

Penceramah : Ustaz Mohd Rafizal

Tajuk : Faktor buta agama

Bismillah

Salah satu dari halangan perlaksanaan syariat Islam di Malaysia ialah BUTA AGAMA.

Faktor2 buta agama:

1) Metodologi pendidikan

– pelajaran agama tidak dijadikan subjek utama / syarat wajib lulus

– tiada pengkhususan topik

2) Media massa yang tidak ambil peranan

– program agama yang sedikit disiarkan

– pencampuran yang haq & bathil

– lebih banyak program yang bathil / melalaikan

3) Ulama yang digantung lidahnya

– digantung dengan ancaman2 seperti penukaran tempat kerja, jawatan, gaji

4) Mengamalkan prinsip muktazilah – mendahulukan aqal dari naql (nas)

Wallahu’alam

Mengumumkan Pernikahan (Kuliah Maghrib – 18 Oktober 2012)

Penceramah : Ustaz Yob Hamid Ismail

Tajuk : Mengumumkan Pernikahan

Bismillah

Mengumumkan pernikahan adaah sesuatu yang dituntut. Ia boleh diiring dengan pukulan rebana & nyanyian (yang tidak melanggar syarak). Rasulullah bersabda: “umumkan perkahwinan dan langsungkanlah di masjid dan pukul lah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”

Tujuan :
1) Untuk mengkhabarkan kepada umum bahawa kita sudah beramal dengan sunnah Nabi
2) Untuk elak tuduhan / fitnah dari masyarakat
3) Menjadi dorongan kepada orang lain untuk ikut sunnah Nabi

 

Nikah Sirri (Nikah Rahsia)
– Dilarang oleh syarak
– Apabila wali & saksi senyap / sorok sesuatu perkahwinan – dikira mengkhianati agama
– Orang yang menuduh orang yang nikah rahsia – tidak dikenakan qazaf
– Nikah sah tetapi haram sebab disembunyikan / disorok

 

Penyakit besar kepada ibadah ialah tambahan2 (bidaah). Menurut Hamka, bidaah orang Melayu paling ketara pada :
1) Bila berlaku kelahiran
2) Bila berlaku pernikahan (contohnya sarung cincin depan imam)
3) Bila berlaku kematian

 

Bernyanyi2 ketika majlis pernikahan adalah dibolehkan, tetapi apa yang perlu dielakkan :
– elak percampuran lelaki & perempuan
– elak perkataan keji
– hormati seruan azan, bila masuk waktu laksanakan solat terlebih dahulu

Antara sunnah selepas majlis pernikahan – memberi nasihat kepada pengantin

Cemburu – kunci penceraian jika ia mengatasi perkara lain. Dan jangan suka mencela.

Pemakaian celak adalah sebaik2 perhiasan

Mandi adalah sebaik2 wangian

Untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga, jaga 10 perkara ini :
1) Tenang
2) Terima seadanya
3) Menjaga mata suami
4) Menjaga hidung suami
5) Jaga waktu tidur
6) Jaga waktu makan
7) Jaga harta (perbelanjaan)
8) Memperhatikan keluarganya
9) Jangan derhaka perintahnya
10) Jangan buka rahsianya

Jangan bergembira ketika dia berduka & jangan berduka ketika dia bergembira.

Wallahu’alam

Ancaman orang kafir (Ziarah & Bayan – 16 Oktober 2012)

Penceramah : Ustaz Abdul Razak

Tajuk : Ancaman orang kafir

Bismillah

Cara menangani orang kafir – tunjuk akhlak yang mulia

Peristiwa di Thaif – Malaikat tawar kepada Nabi untuk menghancurkan penduduk Thaif dengan menghempap gunung keatas mereka – Nabi kata tak perlu. Jika mereka tidak beriman, harapnya generasi2 mereka yang akan datang akan beriman kepada Allah.

Letup & bakar kedutaan – bukanlah cara Nabi

Allah menjaga para Nabi & Rasul – tak perlu kita membalas ancaman orang kafir dengan kekerasan

Benda yang paling kecil pun kena minta pada Allah – walaupun sekecil tali kasut putus

Nak turunkan harga barang – kena tingkatkan nilai amal

Wallahu’alam

Dakwah (Kuliah Maghrib – 15 Oktober 2012)

Penceramah : Ustaz Shazly Abdullah

Tajuk : Dakwah

Bismillah

Rukun Dakwah :
1 – Manhaj (Pengisian)
2 – Daie (pendakwah)
3 – Mad’u (orang yang didakwah)
4 – Uslub (medium / pendekatan)

 

Hukum berdakwah ( ada 2 pendapat) :
1 – Fardhu kifayah
2 – Wajib – menurut Ibnu Abbas. Wajib bagi yang cukup syarat dan berdasarkan kemampuan masing2.

Dalil yang mewajibkan : Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu anhu, dia berkata : Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya), jika dia tak mampu, maka dengan lidahnya (menasihatinya), dan jika tak mampu juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”

Dakwah itu mudah, tapi kadang2 kita lalai.

Wallahu’alam