Umat Nabi Muhammad (Kuliah Maghrib – 29.4.13)

image

Penceramah : Ustaz Masran Arsyad

Bismillah

Surah al baqarah ayat 143 :

(143) Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.

Umat Nabi Muhammad :

– umat yg paling ramai, sehingga Nabi ada menyebut: sesungguhnya aku berbangga2 dgn ramainya umatku. Nabi pesan suruh nikahi wanita yg boleh lahirkan ramai anak – dilihat melalui keturunannya.

– Umat yg terawal masuk syurga

– Umat yg boleh membezakan yg baik & yg xbaik

– umat pertengahan – umat yg duduk di tengah, dan Nabi juga duduk di tengah2 masyarakat, khususnya yg miskin. Umat yg boleh menimbang.

– akan sentiasa ada umat nabi yg membawa kebenaran, boleh membuat keputusan dgn adil.

Wallahu’alam

Perkara cabang dalam agama (Kuliah Maghrib – 28.4.13)

image

Penceramah : Ustaz Nizam Abdul Kadir

Bismillah

Antara perkara cabang yg dibincangkan :

– Mati dgn ajal / mati sebab dibunuh (tembak)

Seorang sahabat bertemu dgn Nabi utk bertanyakan apa tanggungjawabnya sbgai seorang muslim. Nabi menjawab : Kamu menyembah Allah dan tidak mensyirikkan Allah, Laksanakan solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan dan tunaikan zakat.

Antara mukjizat Nabi Isa – boleh tahu apa yg pengikutnya makan dan apa makanan yg disimpan di rumah pengikutnya. Jika ada manusia yg boleh mengetahui lebih dari itu, dia lebih “hebat” dai Nabi Isa, dan rosak akidahnya.

Rasulullah suruh tekankan berkenaan akidah, kemudian baru disertai tentang solat, dan seterusnya. Jika aqidah dah difahami, boleh mulakan dgn solat. Jika xtahu baca apa2, cukup sekadar perbuatan / gerak geri dalam solat tanpa sebarang bacaan. Kemudian barulah pelajari bacaan2 yg wajib.

Wallahu’alam

Masalah Manusia (Kuliah Subuh – 28.4.13)

image

Penceramah : Ustaz Rosli Mokhtar

Bismillah

Kata2 ulama, Imam Al Jahiz (antara pembawa mazhab hanafi yg tersohor) – masalah manusia ada 3 perkara :

1) pemikiran org kebanyakan – ada byk faktor.
– org yg xreti nak beza benda yg betul dan benda yg salah
– org yg xpandai menganalisis peristiwa yg berlaku dgn sebab musabab
– tidak tahu utk mendalami sesuatu perkara

2) memiliki tabiat haiwan yg hidup dlm kumpulan
– buat kerja ikut org. Contohnya unta yg dalam kumpulan, jika nak suruh mereka duduk, hanya perlu dudukkan yg plg depan, maka semua akan duduk. Jika nak suruh berdiri, hanya perlu suruh yg plg depan sekali utk berdiri.
– manusia menjadi tunggangan pelabur, seperti kuda yg ditunggang

3) mempunyai jiwa hamba abdi
– tiada harga diri, jadi seperti barang, yg dijual beli di pasar
– xboleh buat keputusan
– tiada keyakinan diri
– ramai ulama2 berasal dari golongan hamba yg telah dibebaskan.

Wallahu’alam

Tafsir surah An-Nasr (Kuliah Maghrib – 27.4.13)

Penceramah : Ustaz Izwan Yusof

Bismillah

سورة النصر

﴿١﴾ إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
(1) Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
﴿٢﴾ وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًا
(2) dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
﴿٣﴾ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا
(3) maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Mengikut jumhur ulama’ – Surah madaniyyah

Dinamakan surah an nasr kerana dlm ayat pertama menceritakan pertolongan dari Allah

Juga dinamakan surah al fath & surah at taudi’.

Nabi diangkat menjadi rasul ketika umur 40 tahun, berhijrah ke yathrib, madinah ketika berumur 53 tahun.

Nabi mengenangkan kampung halamannya dan berhasrat utk membebaskan kota mekah dari cengkaman arab jahiliyah.

Kelebihan surah an nasr ini – sekali baca ibarat baca 1/4 al quran.

Ayat “kemenangan yg dekat” – jaraknya 8 tahun hingga berlakunya kemenangan tersebut, iaitu pembukaan kota mekah.

Kemenangan akan muncul hanya dgn izin Allah

Pengajaran dalam perang :
Perang badar – menang atas bantuan dari Allah
Perang uhud – pengajaran, jgn abaikan arahan ketua
Perang hunain – jgn letak harapan pada kuantiti tentera yg ramai, letak keyakinan kpd Allah.

Rugi dan malang bagi org yg hidup atas tujuan dunia sahaja.

Bila surah ini turun, nabi tahu itu adalah petanda takziah awal baginya, mengetahui dirinya akan dijemput oleh Allah.

Setelah 23 tahun, akhirnya nabi berjaya membuka kota mekah dan memusnahkan 360 buah berhala dlm kota mekah..

5 ubat penyakit hati :
1) Tilawatil quran & tadabbur
2) Sedikit makan
3) Qiamullail
4) Berdamping dgn org saleh
5) Rasa rendah diri kpd Allah khususnya pd waktu subuh

Wallahu’alam

Bab menyapu di atas khuf (Kuliah Subuh – 27.4.13)

image

Penceramah : Ustaz Adli Saad

Bismillah

Dalam Islam, kita tidak disuruh utk mencari benda yg xnampak (najis).

Bila dijamu makan di rmh kenalan, jgn tanya ayam sembelih atau x, beras dari mana, guna duit dari mana beli makanan itu…

Bab berkenaan menyapu di atas dua khuf :

Hadis Jarir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Hammam r.a katanya: Pernah berlaku pada suatu ketika Jarir kencing kemudian berwuduk dengan menyapu sepasang khufnya. Seterusnya Jarir ditegur: Adakah kamu melakukannya begitu? Beliau menjawab: Ya, aku pernah melihat Rasulullah s.a.w kencing, kemudian berwuduk dengan menyapu sepasang khuf baginda.

Khuf merupakan sejenis stokin yang diperbuat dari kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. Menyapu khuf bermaksud melalukan tangan yang basah di atas khuf sebagai ganti kepada membasuh kaki semasa berwudu`. Sabitnya hukum menyapu khuf berdasarkan kepada hadis yang mencapai ke tahap mutawatir dan para ulama telah ijma’ akan keharusannya melainkan golongan Shi’ah yang menafikannya dengan sekeras-kerasnya.

Sahabat-sahabat yang meriwayatkan hadis menyapu khuf ialah al-Mughirah bin Shu’bah, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Ali bin Abi Talib, Sa’d bin Abi Waqqas, Bilal, Buraydah, Jarir al-Bajali, Huzayfah, ‘Amr bin ‘Umayyah al-Damri, Abay bin ‘Umarah, Aws bin Abi Aws al-Thaqafi, Khuzaymah bin Thabit, Safwan bin ‘Assal, Jabir bi n’Abdullah, Abu Bakrah, Anas bin Malik, Sahl bin Sa’d al-Sa’idi, ‘Awf bin Malik al-Ashja’i, ‘A`ishah, Maymunah, Thawban, Abu Ayyub al-Ansari, Abu Hurayrah, Usamah bin Zayd, usamah bin Sharik, Jabir bin Samurah, rabi’ah bin Ka’b al-Aslami, Sharid, ‘Ubadah bin al-Samit, ‘Abdullah bin Rawahah, Ibn ‘Abbas, Ibn Mas’ud, ‘Abdul Rahman bin Hasanah, ‘ismah, ‘Amr bin Hazm, Muslim, Ma’qil bin Yasar, Ya’la bin Murrah, Abu Umamah al-Bahili, Ibn Barazah al-Aslami, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Talhah, Shabib bin Ghalib, Zayd bin Kuraym dan ramai lagi sahabat yang meriwayatkannya.

Ayat al quran berkenaan wuduk : surah al Maidah, ayat 6

Wallahu’alam

Golongan ahli ibadah yg terpedaya (Kuliah Maghrib – 21.4.13)

image

Penceramah : Ustaz Muhaimin Sahar

Bismillah

Golongan ahli ibadah yg terpedaya :

1) Org yg beribadah itu menyukarkan dirinya sendiri – contohnya ketika wuduk terasa was2, xcukup2 utk mencuci anggota wuduk…

2) Perasaan was2 ketika niat nak sembahyang

3) manusia yg was2 ketika mengeluarkan huruf2 sewaktu membaca surah al fatihah

4) golongan yg membaca quran terburu-buru – ibarat org sakit yg menghafal senarai nama ubat yg diberikan doktor

5) golongan yg berpuasa, tp lupa perkara yg merosakkan puasa spt mengumpat, mencaci, dll… Ada juga yg berpuasa tapi mengabaikan perkara wajib spt solat…

6) golongan yg mensia2kan masa ketika berada di Mekah, duduk berbelas2 tahun tapi tidak alim

7) org yg zuhud tapi menunjuk dan merasa bangga thdp pujian2 yg diberikan pdnya.

8) org yg terlalu menjaga amalan sunat sehinggakan tidak memberatkan amalan wajib / fardhu.

Tanda tadabbur – iman meningkat

Wallahu’alam

Ahli Sunnah Wal Jamaah (Kuliah Subuh – 21.4.13)

image

Penceramah : Ustaz Adli Saad

Bismillah

Ahli sunnah –

Wal jamaah – merujuk kpd perbuatan hassan bin ali bin abi talib menyatukan semula umat Islam setelah menyerahkan jawatan kpd muawiyah

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Ciri2 ahli sunnah wal jamaah :
1) dlm dirinya bersifat mengagungkan nas2 – ayat quran dan hadis
2) perlu ada dlm dirinya utk mengesahkan nas
3) fahami nas

Surah Az Zumar, ayat 54 : (54) (Dan kembalilah kalian) bertobatlah kalian (kepada Rabb kalian, dan berserah dirilah) ikhlaskanlah di dalam beramal (kepada-Nya sebelum datang kepada kalian azab kemudian kalian tidak dapat ditolong lagi) yakni azab itu tidak dapat dicegah jika kalian tidak bertobat kepada-Nya.

Surah al hujurat, ayat 1 : (1) (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendahului) berasal dari lafal Qadima yang maknanya sama dengan lafal Taqaddama artinya, janganlah kalian mendahului baik melalui perkataan atau perbuatan kalian (di hadapan Allah dan Rasul-Nya) yang menyampaikan wahyu dari-Nya, makna yang dimaksud ialah janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya tanpa izin dari keduanya (dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar) semua perkataan kalian (lagi Maha Mengetahui) semua perbuatan kalian. Ayat ini diturunkan berkenaan dengan perdebatan antara Abu Bakar r.a., dan sahabat Umar r.a. Mereka berdua melakukan perdebatan di hadapan Nabi saw. mengenai pengangkatan Aqra’ bin Habis atau Qa’qa’ bin Ma’bad. Ayat selanjutnya diturunkan berkenaan dengan orang yang mengangkat suaranya keras-keras di hadapan Nabi saw. yaitu firman-Nya:

Surah al ahzab, ayat 36 : (36) (Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada) Yakuuna dapat dibaca Takuuna (bagi mereka pilihan yang lain) (tentang urusan mereka) yang berbeda dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Abdullah bin Jahsy beserta saudara perempuannya yang bernama Zainab; Nabi saw. melamarnya untuk dikawinkan kepada Zaid bin Haritsah, lalu keduanya tidak menyukai hal tersebut ketika keduanya mengetahui bahwa Nabi melamar saudara perempuannya bukanlah untuk dirinya sendiri, melainkan untuk anak angkatnya yaitu Zaid bin Haritsah. Akan tetapi setelah turun ayat ini keduanya menjadi rela. (Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata) nyata sesatnya. Kemudian Nabi mengawinkan Zainab binti Jahsy dengan Zaid. Akan tetapi sesudah beberapa waktu dalam diri Zaid timbul rasa tidak senang terhadap istrinya itu, lalu ia berkata kepada Nabi saw. bahwa ia bermaksud untuk menalaknya. Maka Nabi saw. menjawab, “Peganglah istrimu itu di dalam pemeliharaanmu” sebagaimana yang disitir oleh firman selanjutnya.

Org yg beramal dgn hadis dhaif, kena i’ tikad dlm dirinya hadis itu tidak soheh.

Dlm memahami nas yg soheh, kena ada 4 perkara
1) Faham nas mcm para sahabat faham
2) kena tahu bhs arab
3) Perlu kumpul semua dalil yg berkenaan dgn perkara tersebut dan berdiskusi
4) Memahami maqasid syariah

Wallahu’alam