Hak / Tanggungjawab suami & isteri (Kuliah Maghrib – 28.2.13)

image

Penceramah : Ustaz Yob Hamid Ismail

Bismillah

Tanggungjawab suami :
– Memastikan isteri dan anak2 selamat dari azab api neraka (yg plg utama)
– Memberi makan
– Memberi perlindungan & lain2

Jika xdpt laksanakan tanggungjawab, sila lepaskan tanggungjawab dgn perpisahan. Tanggungjawab ini ialah janji, akan dipersoal di akhirat kelak.

Tanggungjawab isteri :
– Taat pada Allah
– Taat pada Rasul
– Taat pada suami

Hadis : Kalaulah seorang itu boleh diperintahkan utk sujud kpd org lain, akan diwajibkan isteri utk sujud kpd suaminya.

Isteri kena patuh, taat, selagi mana suami xsuruh buat maksiat. Selagi ianya baik dah dibenarkan syarat, isteri wajib buat.

Sabda Rasulullah: hak suami ke atas isteri ialah sekiranya ada pada suami kudis maka isteri menjilatnya, ataupun keluar darah atau nanah dari lubang hidungnya kemudian perempuan itu menelannya, belumlah ia menunaikan hak suaminya.

Hadis : “apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya, tetapi isterinya enggan, sehingga suaminya bermalam dalam keadaan marah, para malaikat melaknatnya sehingga pagi.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis : “Tiga golongan yang solat mereka tidak diangkat walaupun sejengkal dari kepala mereka: seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka tidak suka kepadanya; seorang perempuan yang bermalam sedangkan suaminya merasa marah kepadanya; dua orang saudara yang bersengketa.” (Ibnu Majah, hasan)

Isteri dilarang mengeluarkan atau membelanjakan harta suaminya melainkan dgn izin suaminya. Suami pula, jgn lokek.

Isteri hendaklah memaklumkan pd suaminya jika hendak membelanjakan hartanya sendiri.

Isteri dilarang membenarkan org luar masuk ke dlm rumah tanpa izin suaminya.

Isteri perlu minta izin suami jika hendak berpuasa sunat.

Suami disuruh untuk membantu isteri di rumah. Nabi selalu membantu Isterinya dalam kerja2 rumah. Bila masuk waktu solat, pergi solat berjemaah. Antara sunnah nabi ialah bersembang dgn isteri, lebih2 lagi sebelum masuk waktu subuh.

Isteri hendaklah mensyukuri suaminya, tidak mengkufurinya.

Haram menuntut talak dari suami tanpa sbrg alasan.

Hak bersama :
– menjaga maruah keluarga
– dilarang membongkar rahsia di ranjang

Hadis : sesungguhnya manusia yg plg buruk kedudukannya di hari akhirat ialah suami yg menggauli isterinya dan menceritakan kpd org lain

Isteri yg kematian suami, wajib berkabung – 4 bulan 10 hari.
– dilarang bersolek
– dilarang keluar melainkan urusan yg sgt perlu
– dilarang menunaikan umrah/haji ketika waktu berkabung

Wallahu’alam

Beriman kepada kitab (Kuliah Maghrib – 25.2.13)

image

Penceramah : Ustaz Zainal Ariffin

Bismillah

1) Kepada siapakah kitab2 Ilahi diturunkan?

Surah Al-Baqarah, ayat 213 :

(213) Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

2) Adakah semua kitab ini ditulis dan dibukukan hingga ke hari ini?

Kitab2 yg telah dibukukan adalah : Helaian (suhuf) Nabi Ibrahim, Taurat Nabi Musa, Zabur Nabi Daud, Injil Nabi Isa, dan al Quran utk Nabi Muhammad.

3. Adakah semua kitab Ilahi yg dibukukan ini masih kekal sepertimana ketika ia diturunkan?

Tidak. Ia telah diubah dan ditokok tambah kecuali al Quran.

Taurat yg diguna oleh yahudi adalah berbeza dgn taurat yg diguna oleh nasrani.

Surah Al Maidah ayat 48 :

(48) Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,

Wallahu’alam

Niat yg ikhlas dan riak (Kuliah Maghrib – 24.2.13)

image

Penceramah : Ustaz Wan Nasyruddin

Bismillah

Sesorang akan diberikan kadar berdasarkan niatnya kpd Allah

Hadis : sesuatu kaum/puak yg berada di rumah Allah membaca quran, akan diberikan ketenangan jiwa.

Ketenangan jiwa ini tidak diperolehi di tempat lain. Lepas bacadoa masuk masjid, niat iktikaf. Malaikat akan melindungi kita. Ada 2 kategori malaikat, 1 malaikat nazir/pelawat, 1 kategori lg malaikat yg memenuhi rumah Allah sehingga ke langit.

Allah akan campak rahmat kpd org yg menghadiri majlis ilmu. Samaada dia TERdatang, atau mmg dtg niat kerana Allah. Allah akan kata kpd penghuni langit, memuji org2 yg dtg kerumahNya.

Kita kena sentiasa bersangka baik kpd Allah.

Meninggalkan sesuatu kerja yg baik kerana xnak manusia tahu ialah RIAK. Buat suatu amalan kerana manusia ialah SYIRIK.

Kita kena perbetulkan atau didik hati kita, buat sesuatu kerja kerana Allah.

Makin tinggi makan sesorang di sisi Allah, makin tinggi ujian diberikan padanya.

IKHLAS ialah tidak buat sesuatu kerana manusia dan tidak tinggal sesuatu kerana manusia, iaitu TIDAK RIAK dan TIDAK SYIRIK.

Jika hadir perasaan riak ketika membuat siatu ibadat, kita teruskan juga, jgn tinggalkan. Perbanyakkan istighfar.

Apa shj ibadah yg bila sudah sampai masanya, kena buat. Jika kita tinggalkan, dan ganti ke waktu lain, fadhilatnya tidak sama.

Seorang ulama berkata : org yg menang ialah org yg xpeduli apa sahaja tanggapan, persepsi, pandangan, seluruh makluk lain, dgn tujuan utk memperbetulkan hati.

Imam Malik : semua manusia, org akan ambik atau tolak kata2nya, melainkan Nabi Muhammad.

Akhir zaman,akan wujud golongan ygbuat maksiatpd waktu malam, dan di siang harinya menghebohkan perbuatannya itu. Kata Nabi, itulah org yg celaka di dunia dan akhirat.

Masjid2 ini hak Allah, jgn halang mana2 umat Islam utk beribadah dalamnya, sekalipun menumpang tandas masjid.

Ikhlas – org yg buat baik, sama ada di hadapan manusia atau di belakang manusia, tidak hipokrit. Jika di belakang manusia berperangai jahat, berusahalah utk berubah.

Wallahu’alam.

Kematian (Kuliah Subuh – 24.2.13)

image

Penceramah : Ustaz Kamaruddin Hamid

Bismillah

Berakhirnya kewajipan seorang makhluk kpd Pencipta ialah setelah dicabutnya roh dari jasad.

Mati – berpindah alam

Surah An-Najm ayat 39-41 ;

(39) dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,

(40) dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).

(41) Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna,

Siapa yg diunjuki amalan catatan di sebelah kanan, akan dihisab dgn mudah. Yang diunjuki di sebelah kiri, akan menerima azab.

Surah Al-Kahfi ayat 49 :

(49) Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun”.

Bila tiba pilihanraya, timbul lebih byk cercaan, fitnah, kata mengata, kutukan, dan mcm2 lagi. Walhal seagama, yg mendirikan solat, dll.

Hadis : tahukah kamu wahai manusia, manusia disembamkan mukanya di neraka kerana kejahatan lisan2 mereka.

Nabi pernah melewati 2 kubur dan baginda berhenti melihat kedua2 kubur tersebut. Ada 2 riwayat : nabi minta para sahabat dapatkan pelepah tamar yg masih basah utk dicacakkan keatas kubur tersebut. Riwayat kedua mengatakan nabi mencari sendiri pelepah tamar. Mudah2an air pelepah yg masih menitis, membawa rahmat kpd jasad yg ada di dalam kubur.

– nabi jelaskan kpd para sahabat : kedua2nya sedang diazab oleh Allah dgn azab yg keras. Tidak diazab kedua2nya sebab dosa besar. Salah satunya, selepas buang air kecil, tidak bersuci dgn betul, menyebabkan solatnya tidak diterima Allah. Yang kedua, org itu berjalan di atas bumi Allah, tapi mengumpat/memfitnah

Surah An-Nur, ayat 19 ;

(19) Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui.

Hadis : seorang muslim itu dia akan mensejahterakan org islam yg lain, mulut dan tangannya.

Wallahu’alam

Status bekas yg diguna oleh anjing (Kuliah Subuh – 23.2.13)

Penceramah : Ustaz Adli Saad

Kitab : Sahih Sunan Tirmizi

Bismillah

Bab 68 – Apa yg datang mengenai air liur / sisa

Hadis : Dibasuh bekas yg sudah dijilat anjing, atau menggerakkan lidahnya dalam bekas itu, tidak kira minum atau tak minum, basuh bekas berkenaan 7 kali, awalnya atau akhirnya dengan tanah.

Abu Hanifah : basuh 3 kali sahaja (menurut ilmu yg ada padanya)

Dalil yg jelas kena basuh 7 kali, wajib diikut basuh 7 kali, dimulai dgn tanah.

Anjing dibenarkan bela utk 3 perkara :
Bukan kerana ternakan
Bukan kerana tanaman
Bukan kerana perburuan

Hukum memelihara anjing tanpa ada sebab adalah HARAM – Hadith Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang memlihara anjing bukan untuk menjaga gembalaan atau berburu, maka amalannya akan dikurangkan setiap hari satu qirath (4/6 dinar).” (HR. Bukhari)

Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar/ patung.

Bila kucing menjilatnya, dibasuh bekas itu hanya sekali (lafaz yg mudraj – datang dari perawi, bukan hadis)

Jika pindah rumah yg pernah diduduki non-muslim, TIDAK PERLU samak rumah – benda yg tak nampak, jangan dicari.

Wallahu’alam

175 Jalan Menuju Syurga (Kuliah Maghrib – 22.2.13)

Penceramah : Ustaz Idrus Ali

Bismillah

138. Keresahan dan kegelisahan termasuk di antara perkara2 yg dapat menghapuskan dosa2

Hadis : Tidaklah menimpa seorang muslim dari keletihan, kepayahan, keresahan, kesedihan, gangguan dakegelisahan sampai duri yg menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 kerananya.

Hadis : sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allah mencintai sesuatu kaum, Allah akan menguji mereka. Maka barangsiapa yg redha, maka dia akan mendapatkan keredhaan. Barangsiapa yg murka, maka dia akan mendapatkan kemurkaan.

Hadis : Ujian akan terus menmpa seorang mukmin atau mukminah, baik yg menimpa tubuhnya, hartanya maupun anaknya, sampai dia berjumpa dgn Allah dan dia tidak menanggung satu dosa pun.

3 perkara yg sgt penting ketika ditimpa musibah ;
– Sabar
– Syukur
– Redha

139. Keutamaan org yg kehilangan indera penglihatannya lalu dia bersabar

Hadis : sesungguhnya Allah berfirman : apabila Aku menguji hambaku dgn kehilangan penglihatan kedua matanya lalu dia bersabar, nescaya Aku akan menggantikan kedua2nya dgn syurga.

4 masa yg disesali manusia :

– Ketika nak dicabut nyawa
– Ketika di alam barzakh
– Ketika dibangkitkan utk dihisab
– Ketika dihumbankan ke dalam neraka

Kata2 Ulama’ : jgn mengeluh jika suatu hari engkau kesusahan kerana engkau telah merasakan kesenangan dlm waktu yg sgt panjang.

Wallahu’alam

Surah Al-Kauthar (Kuliah Maghrib – 18.2.13)

image

Penceramah : Ustaz Firdaus Saad

Bismillah

Muaz bin Jabal, seorang sahabat Nabi, suka pd seseorang, kemudian dia mendapati nabi utk bertanya pendapat. Nabi suruh muaz meluahkan perasaannya itu kepada org yg disukainya, kerana Allah.

Ada 7 golongan yg akan menerima lindungan oleh Allah di akhirat kelak, salah satunya ialah dua org yg cinta mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah.

Untuk mewujudkan rasa kasih sayang, nabi pesan utk sentiasa memberi hadiah. Selain itu, boleh meminta maaf, lemparkan senyuman, kerana senyuman itu merupakan satu sedekah.

Surah Al-Kauthar (nikmat yg banyak) :

(1) Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

(2) Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah.

(3) Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

Hadis : Allah menjadikan untukku tanah, bumi Allah sebagai tempat solat. Walhal nabi2 sebelum ini tidak solat di atas tanah. Dan juga Allah jadikan tanah sebagai alat utk bersuci, manakala nabi2 sebelum ini tidak diberikan kelebihan itu.

Ketika ummu salamah ketika bertanya kpd nabi tentang jubahnya yg terlalu panjang : ya rasulullah, tanah ini mengotorkan jubahku. Nabi menjawab, najis2 yg melekat pd kain itu, akan dibersihkan oleh tanah selepas itu.

Sujud di atas tanah adalah dibolehkan, jika tidak ada pelapik/sejadah. Tanah itu suci, boleh digunakan utk bersuci bagi menggantikan air.

Khusyuk adalah wajib dlm solat, tapi ia bukan rukun solat.

Nabi dikurniakan syafaat – syafaat yg boleh diberi kpd umatnya.

Ketika rasulullah duduk bersama para sahabatnya dlm mkeadaan diam, tiba2 rasulullah mengangkat muka dan tersenyum. Tapi para sahabat bertanya, apa yg menyebabkan kau ketawa? Rasulullah menjawab, diturunkan kpdnya satu surah, yakni surah al-kauthar. Nabi tanya pd para sahabat, tahukah apa itu kauthar? Para sahabat jawab, Allah dan rasul lebih mengetahui.

Kauthar ialah sebatang sungai dari syurga, yg diberikan kpd rasulullah. Lebarnya satu bulan perjalanan, beitu juga panjangnya. Airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu. Tepi2 sungai dibuat dari hiasan yg indah dan cantik. Dari sungai itu ada 2 saluran keluar, satu paipnya besar dibuat dari emas, satu lagi dari perak. (Jgn kita bandingkan dgn emas dan perak yg ada di dunia, begitu juga dgn kemanisan madu dunia). 2 saluran tersebut keluar ke pdg mahsyar, dan membentuk kolam/telaga. Sesiapa yg minum airnya, tidak akan dahaga selepas itu, insyaAllah akan menjadi ahli syurga. Di tepi2 kolam ada cawan2 yg banyak utk digunapakai meminum airnya.

Hadis : Saya mendahului kalian di telaga kauthar, siapa yg lalu dekat telaga itu mesti akan minum, siapa yg minum, xkan dahaga lagi selepas itu. Dan ada satu kumpulan manusia yg mereka kenal saya dan saya kenal mereka, tapi xboleh minum dari telaga kauthar. Mereka dihalang dari bertemu saya. Nabi tanya Allah kenapa dihalangi mereka itu? Allah menjawab : kamu xtahu apa yg mereka buat selepas kamu wafat.

Menurut para ulama’ (imam qurtubi) – siapa yg buat perkara baru dlm agama Allah, yg xdiredhai, merekalah yg akan ditolak dari telaga kauthar. Yg paling kuat ditolak ialah org yg meninggalkan jemaah. Selain itu, penguasa yg zalim, org yg ubahsuai haq kpd bathil, yg pamerkan maksiat, jemaah yg sesat, ahli bidaah.

Semua nikmat diberikan kpd nabi sebelum baginda wafat. Solatlah dgn ikhlas kpd Allah, sebagai tanda kesyukuran.

Bersyukurlah dgn amalan, amalan plg besar ialah solat. Nabi menjadikan solat sbgai sesuatu yg disukainya, hobinya.

An-nahr, specific kpd sembelih unta, iaitu di bahagian leher unta yg paling bawah.

Org yg benci Rasulullah, keluar dari Islam, terputus rahmat dari Allah. Rasulullah bukan shj mengajar ibadah, tetapi juga akhlak, membantu org, berbuat baik, etc. adakah ini yg membuatkan org marah kpd nabi? Tak logik!

Wallahu’alam.