Isu Kemanusiaan Rohingya (Taklimat Khas – 31 Ogos 2012)

Penceramah : Ustaz Jaber (Pegawai Majlis Ulama’ Rohingya / Arakan, Myanmar)

Tajuk : Isu Kemanusiaan Rohingya

Bismillah

PENJELASAN TENTANG DASAR PENGHAPUSAN ETNIK TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA DI MYANMAR

  1. 1.             LATARBELAKANG

1.1          Myanmar sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya ( (terdapat 137 etnik). Jumlah Penduduk: 57 juta.

Latar Belakang Arakan, Burma

1.2          Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.

1.3          Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktirafan warganegara dan disokong pemerintah Myanmar – tidak disisihkan seperti Rohingya.

1.4          Masyarakat Rakhine dan penganut Buddhist serta pemerintah Myanmar tidak pernah menerima kehadiran Rohingya – sedangkan Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah.

1.5            Persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa  Rohingya adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di Bangladesh!

(Catatan:  The United Nations describes Rohingyas as people who have descended from Arabs, Moors, Turks, Persians, Mughals and Pathans, in all likelihood, given their skin colour, language and lifestyle, the likelihood of them having descended from people who now constitute Bangladesh is fairly high. However, given the history of that part of the country — Chittagong was once part of the Arakan Kingdom — and while British rule in the subcontinent meant that people from Bengal travelled freely into what is now Myanmar and vice versa, such retracing of racial and geographical connection along the new maps of the world is rather futile. Rohingyas, like most other peoples and races of the world, are people who travelled to the Rakhine state hundred years ago for better livelihood and have since settled there.”

1.5          Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak 1942 dan etnik-etnik yang beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.

1.6          Pada 1982 pemerintah junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan ‘CITIZENSHIP LAW (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap etnik Rohingya – Cuma 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara.

1.7          Selama 50 tahun (sejak 1962) di bawah pemerintahan militari junta – Rohingya mengalami penyisihan – tidak dilayan dengan adil dan tindakan-tindakan terhadap Rohingya tidak berperikemanusiaan.

1.8            Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan.             Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-

–       Pergerakan dari bandar ke bandar disekat

–       Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada  pihak tentera yang perlu dibayar

–       Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah dsbnya)

–       Cukai dikenakan secara arbitrari

–       Tangkapan dibuat ikut suka hati

–       Peras ugut

–       Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)

–       Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)

–       Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan

–       Rohingya tidak dibenar menjadi guru

–       Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi

–       Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh melaungkan azan, penyembelihan binatang korban

–       Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah – termasuk subjek yang diajar di sekolah

1.9          Akibatnya, masyarakat Rohingya menjadi tidak bernegara (stateless people) – tidak ada sebarang bentuk dokumentasi pengenalan diri seperti sijil kelahiran dan kad pengenalan diberikan kepada masyarakat Rohingya.

1.10      Tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan lebih 1.5 juta masyarakat Rohingya telah meninggalkan tanah air untuk menjadi masyarakat pelarian di negara-negara jiran (termasuk Saudi Arabia, Australia dan Malaysia).

1.11            Pelarian yang paling ramai tinggal di Bangladesh, dianggarkan 1 juta Rohingya  di kem-kem pelarian yang disediakan oleh UNHCR dan organisasi-organisasi antarabangsa – dianggarkan lebih 100,000 ribu  pelarian yang terbiar tidak di bawah jagaan agensi antarabangsa.

1.11      Di Malaysia, pelarian Rohingya mula tiba pada tahun 1989 dan jumlahnya kini dianggarkan seramai 30,000.

1.12      Rohingya secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan daif. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa etnik Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk di tindas di dunia berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain.

 

2.            Rusuhan terhadap masyarakat Rohingya

2.1            Punca rusuhan kaum ini amat kompleks dan pelbagai – telah berakarumbi dalam dasar diskriminasi dan institusi perkauman di Myanmar yang dikenakan terhadap masyarakat Rohingya di Arakan oleh pemerintah sejak 1942.

2.2            Rusuhan yang bermula pada 3 Jun 2012 bukan kali pertama.  Rusuhan yang besar terhadap orang Islam berlaku pada tahun 1942, 1962, 1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir pada 3 Jun 2012.  Sejak 1942 hingga sekarang beratus-ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.

2.3            Pemerintah merahsiakan jumlah korban dan maklumat tentang keadaan diskriminasi dikawal rapi dan diputarbelitkan oleh media pemerintah. Lazimnya pihak media dan kerajaan melaporkan bahawa masyarakat Rakhine yang ramai jadi mangsa, walhal keadaan sebenar adalah berbeza.

2.4            Rusuhan dirancang begitu sistematik bertujuan menghapuskan etnik Rohingya dari wilayah Rakhine dan juga mendiskriminasi agama Islam. Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan (hlooh tien) dan tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist.

2.5            Malah kerajaan pro demokrasi yang baru dibentuk 15 bulan yang lalu  (pimpinan Thien Sin) dan Pemenang Anugerah Nobel Aung San Su Kyi juga tidak berani untuk mengecam tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi keadilan kepada masyarakat Rohingya.  Mereka turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah terdahulu atas kepentingan politik dan keselamatan nasional.

2.6          Wakil media antarabangsa sentiasa dikawal dan tidak dapat maklumat sebenar. Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran television dan surat khabar pemerintah.

3.            RUSUHAN BULAN JUN 2012

3.1          Pada 3 Jun sepuluh (10) Muslim Myanmar (bukan Rohingya) diserang dan dibunuh oleh 200 pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar dari satu upacara keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar Taungup, selatan Arakan.

10 orang pendakwah Islam dibunuh kejam

3.2          Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya!

3.3          Bagi menjustifikasikan juga jenayah itu perbuatan orang Rohingya pihak berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang tersalah tuduh itu.

3.4          Puak ekstrimis Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya di Bandar-bandar Sittwe (Akyab), Buthidong dan Maungdaw. Kemudian merebak ke kampong-kampung – membakar rumah dan merompak harta benda.  Ada juga berita yang menyebut penghuni tidak sempat melarikan diri dan dibakar hidup-hidup.

 

rumah2 dibakar

3.5          Mayat mangsa segera dibakar/ditanam untuk mengelakkan angka sebenar diketahui oleh dunia luar.

3.6          Pelbagai tektik digunakan – ada mayat Rohingya dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh sami-sami itu.

Dibunuh, dibotakkan & dipakaikan seperti sami

3.7          Peristiwa itu menjadikan penduduk Rohingya lari ke kampong di bahagian pendalaman.  Beribu-ribu cuba memasuki Bangladesh tetapi malangnya pengawal keselamatan Bangladesh tidak membenarkan mereka masuk dan mengusir balik ke Myanmar.

3.8          Pihak tentera Myanmar yang dihantar untuk mengawal dan menghentikan rusuhan bersifat berat sebelah. Curfews yang diadakan hanya melarang masyarakat Rohingya keluar dari kawasan mereka berlindung. Pada masa yang sama larang curfews tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine.  Keadaan sedemikian member kebebasan untuk pengganas Rakhine untuk membunuh, merompak dan membakar perkampungan Rohingya – yang dibantu secara aktif oleh anggota tentera dan polis tempatan – yang kesemuanya berbangsa Rakhine.

Pemerintahan yang berat sebelah

3.9          Media kerajaan memaparkan berita mangsa di pihak Rakhine sahaja dan menuduh Rohingya sebagai pengganas dan masyarakat Rakhine menjadi mangsa – terpaksa berlindung di kuil-kuil dan sekolah-sekolah.

3.10      Media antarabangsa juga disekat untuk mendapatkan berita sebenarnya. Pada mulanya agensi berita antarabangsa cuma memetik dan mengesahkan apa yang dipaparkan melalui television dan suratkhabar kerajaan (akhir-akhir ini barulah agensi berita antarabangsa menyiarkan berita yang berwibawa)

 

4.            KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN.

4.1            Bantuan kemanusiaan seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan, khemah dan keperluan hidup sudah mula masuk ke Myanmar oleh agensi kemanusiaan antarabangsa seperti Agensi Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu, Palang Merah tempatan dan sebagainya.

4.2            Dari laporan yang diterima, pegawai dan sukarelawan agensi antarabangsa tidak dapat mengagihkan terus bantuan kepada mangsa dari masyarakat Rohingya.  Disebaliknya, mereka terpaksa diiringi oleh pihak tentera yang membawa mereka terus ke kem-kem perlindungan masyarakat Rakhine.

4.3            Bantuan kepada mangsa Rohingya hanya selamat sampai jika dilakukan melalui wakil dari kalangan tokoh berwibawa masyarakat Rohingya yang menetap di Rangon – yang berdaftar dengan pihak pemerintah.

4.4            Barisan kepimpinan Majlis Ulama Rohingya (MUR) bersedia membantu menyelaraskan penerimaan derma dari penderma masyarakat Malaysia dan menghantar kepada beberapa wakil (agensi) Muslim di Bandar Rangon.

5.            SKIM PENGHAPUSAN ETNIK

Rusuhan, pengusiran, pelbagai diskriminasi dan sekatan hidup terhadap masyarakat Rohingya seperti yang berlaku sejak 70 tahun yang lalu adalah satu skim kerajaan yang terancang dan sistematik untuk menghalau Rohingya dari bumi Rakhine yang diterajui oleh ‘state terrorists’.

 

6.            PENYELESAIAN KONFLI

6.1            Kerajaan Myanmar sejak dari dahulu tidak adil, tidak ikhlas dan tidak bersungguh mahu menyelesaikan konflik ini.

6.2            Pemerintah sentiasa mencetus pelbagai cara bersistematik untuk melaksanakan dasar pembersihan etnik (ethnic cleansing)

6.3            PBB, ASEAN, European Union (EU)  perlu campur tangan untuk menghentikan Pembunuhan Etnik (Ethnic Cleansing)  dan Keganasan Agama (Religious Violence) terhadap orang Rohingya.

6.4            Krisis di Rakhine ini memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan daripada kerajaan baru Myanmar bagi mencari punca sebenar, seterusnya menyelesaikannya segera dan untuk selama-lamanya.

6.5            Isu utama – Citizenship Law (1982) perlu dimansuhkan – masyarakat Rohingya mesti diiktiraf sebagai warganegara.

Penafian kewarganegaraan

6.6            Aung San Su Kyi perlu mainkan peranan yang lebih tulus dan komited untuk menekan masyarakat antarabangsa serta pihak kerajaan di Rangon sepadan dengan anugerah Hadiah Nobel yang melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia menentang kerajaan Myanmar yang zalim.

6.7            NGO-NGO Islam perlu mengatur banyak persidangan samada di peringkat serantau atau antarabangsa untuk membincangkan isu pelarian dan pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta  mencari resolusi konflik penyelesaian.

6.8            Dialog peradaban (civilizational dialogue) antara tokoh-tokoh agamawan dan ilmuan tersohor kedua agama (Islam dan Buddhist) dengan membawa sekali tokoh-tokoh terkemuka agama Buddhist di Myanmar perlu diadakan untuk mendidik masyarakat Buddhist di Myanmar khususnya menghormati satu sama lain dan menghentikan kezaliman seperti mana yang didokong dalam ajaran agama mereka.

6.9            NGO-NGO Muslim di seluruh dunia perlu menggerakkan  kempen serta melobi di peringkat ASEAN, European Union (EU) dan PBB supaya menekan junta Myanmar menghormati Human Rights serta mengiktiraf Rohingya sebagai rakyat Myanmar yang sah.

Gambar-gambar yang berkenaan :

_____________________________________________________________________________________________

Sumbangan ikhlas anda diperlukan :

No akaun AGRO BANK : 2007 0210 0002 9939 (MAJLIS ULAMA ROHINGYA)

No tel : 03 – 2731 1600

No fax : 03 – 2691 4599

Ustaz Jaber : 017 – 354 9311

Advertisements

Harta (Kuliah Subuh – 31 Ogos 2012)

Penceramah : Ustaz Nik Abd Rahim (Pensyarah UKM / Bangi)

Tajuk : Harta

Bismillah

Secara semulajadinya manusia suka pada harta, dan harta adalah sesuatu yang baik. Cuma yang sering berlaku adalah seperti pepatah Melayu, “Diberi betis, nak paha”.

Hadis ; sekiranya seseorang anak Adam ada dua lembah emas, nescaya dia ingin cari yang ke-3.

Kumpul harta banyak mana sekalipun, suatu hari nanti kita pasti akan mati & tinggalkan harta.

Islam adalah agama yang komprehensif meliputi segala bentuk hal. Sekalipun bekerja sebagai petani, kerja2 pertanian boleh dijadikan ibadah untuk mencari keredhaan Allah.

Jangan jadi orang yang bodoh, seperti yang diungkapkan oleh Imam Nawawi – harta seperti seekor ular yang mempunyai penawar/racun.  Orang cerdik boleh bawa keluar racun untuk manfaatkannya, orang bodoh tidak boleh bawa keluar racun.

Tawakkal – berusaha & serah pada Allah

Tawakal – serah pada Allah tanpa berusaha

Bertawakkallah kepada Allah, nescaya Allah akan bagi rezeki seperti burung yang keluar dari sarangnya waktu pagi, balik petang dengan penuh mulutnya.

Maqasid Syariah – jaga agama, diri/nyawa, akal, maruah/keturunan, harta. Nak pergi haji, perlukan harta. Hukum HUDUD antara peranannya adalah untuk menjaga harta.  (nilai ¼ dinar atau lebih – utk jatuhkan hokum hudud dalam kes curi)

Kedudukan harta – boleh digunakan untuk ibadat – pergi haji, sedekah, cari ilmu, sambung belajar, semuanya perlukan duit/harta.

Ilmu tidak akan diperolehi melainkan dengan 6 perkara:

1)     Cerdik

2)     Keinginan

3)     Kesungguhan

4)     Bekalan (harta)

5)     Panjang masa

6)     Petunjuk dari guru

Seperti yang termaktub dalam surah Al-Anfal, harta & anak2 merupakan fitnah.

Firman Allah : Dihiasi kepada manusia syahawat :

1)     Perempuan

2)     Anak2

3)     Harta benda yang banyak bertimbun2 dari emas & perak

Kita perlu tahu bagaimana cara untuk mencari harta & menggunakan harta.  Perlu diketahui, pemilih harta yang sebenar ialah Allah.

3 perkara yang akan mengikut mayat ke kubur iaitu keluarga, harta & amal. Keluarga & harta akan balik, tinggallah amal bersama si mati.

Allah sudah tetapkan peraturan untuk harta, jika tidak mahu ikut, pulangkan harta pada Allah. Jangan jadi orang yang boros & kedekut.

Bagaimana untuk mencari harta? Carilah harta yang halal, ianya adalah kefardhuan selepas kefardhuan2 yang lain. Halal dari segi diri harta dan juga halal kaedah pencariannya. Keberkatan terletak dalam kejujuran, hilang keberkatan bila ada penipuan, jika ada kecacatan, perlu dijelaskan.

Bagaimana untuk guna harta? Qarun – asalnya kaum Nabi Musa, miliki harta yang sangat banyak. Kunci2 gudangnya pun tidak dapat dipikul oleh orang2 yang gagah, kekayaannya melampaui batas tetapi tidak beriman pada Allah. Kefakiran juga boleh menyebabkan seseorang itu lupa pada agama. Berbaliklah kepada agama dalam semua perkara.

Hadis daif : Hampir2 orang yang fakir itu kepada kekufuran.

Kena buat baik (ihsan) seperti mana Allah buat baik kepada kita. Berinfaqlah yang wajib (untuk diri sendiri, anak isteri, zakat) dan yang sunat (sedekah, wakaf).

Dalam surah Al-Furqan ada memberi panduan untuk menggunakan harta – berwasatiah iaitu bila berbelanja tidak kedekut dan tidak boros.

Wallahu’alam

Makanan Hati / Rohani (Kuliah Maghrib – 30 Ogos 2012)

Penceramah : Ustaz Abu Hassan Al-ASha’ari (Pensyarah Kolej Mara & Mantan Pegawai Jakim / Hulu Langat)

Tajuk : Makanan Hati / Rohani

Bismillah

Apapun masalah umat yang berlaku adalah berpunca dari kurangnya makanan rohani/hati, bukannya kurang makanan perut.

Makanan terbahagi kepada 3 iaitu makanan: PERUT (makanan yang kita makan setiap hari – nasi, roti, dll), OTAK (pelajaran/ilmu2 dunia), HATI (paling penting – ilmu keagamaan).  Para sahabat dahulu kebanyakannya tak cukup makanan perut tetapi cukup makanan hati. Bila cukup santapan rohani/hati, jika tiada duit pun akan rasa OK.

HATI pula terbahagi kepada 3 iaitu hati yang SUBUR (selalu ke kuliah, ceramah, forum agama), hati yang SAKIT (bermaksiat – perlukan rawatan untuk elak hati mati), dan hati yang MATI.

4 sebab hati mati mengikut Ulama’:

1)     Bila rasa ujub (rasa diri hebat)

2)     Bila terlampau sedih atas musibah yang menimpa (bersedih tidak mengapa, tapi jangan keterlaluan)

3)     Bila cinta dunia dan lupa mati

4)     Bila 40 hari 40 malam tidak mendengar ceramah2 agama

Hadis : Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan jalannya untuk ke syurga.

Hadis : Jika pergi ke mana2, terserempak dengan taman2 syurga, maka singgahlah. Apabila sahabat bertanya apakah taman2 syurga itu? Nabi menjawab, iaitu majlis2 ilmu.

Sedikit biodata mengenai Abu Hurairah r.a :

–        Digelar Bapa Kucing kerana kerap berdamping dengan kucing. Selalu memakai jubah yang ada poket untuk letak kucing. Sering membawa kucing bersama dengannya.

–        Sempat bersama dengan Nabi selama 7 tahun dan lebih banyak meriwayatkan hadis berbanding Aisyah. Berasal dari Yaman.

–        Ada 2 pendapat berkenaan sejarah pengislamannya. 1) Islam melalui dakwah oleh Muaz bin Jabal. 2) Melalui sahabat2 yang membuat umrah di Mekah & kembali ke Yaman dan berdakwah.

–        Nabi mengamanahkannya untuk memegang kunci baitulmal (pada zaman ini, baitulmal menjadi tempat simpanan gandum, kurma, dll makanan) & menjadi siak masjid.

–        Ketika Nabi memberi ceramah, Abu Hurairah akan memasang telinga untuk mendengar ceramah Nabi

–        Banyak berpuasa

–        Pernah menggelepar, mata terbeliak, berbuih mulut – disangkakan sawan, sebenarnya beliau sudah tidak tahan lapar. Walaupun memegang kunci Baitulmal, tidak ambil kesempatan untuk mengambil makanan di dalam Baitulmal selagi tidak menerima arahan Nabi.

–        Imam Bukhori, kebiasaannya akan solat 2 rakaat untuk mohon petunjuk apabila mendengar hadis baru, samaada terima atau tolak hadis tersebut. Akan tetapi apabila hadis tersebut dari Abu Hurairah, Imam Bukhori terus menerimanya tanpa melakukan solat 2 rakaat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah,  Nabi pernah bersabda : 3 perkara yang menyelamatkan seseorang, 3 perkara yang merosakkan diri, 3 perkara yang meninggikan darjat, 3 perkara yang menghapuskan dosa :

3 perkara yang menyelamatkan seseorang dari seksa:

1)     Takut pada Allah ketika terang2 atau sendirian

2)     Besederhana ketika kaya atau miskin

3)     Berlaku adil ketika marah atau tenang

3 perkara yang merosakkan diri:

1)     Amat kedekut

2)     Terlalu mengikut hawa nafsu

3)     Memandang diri dengan sempurna (sombong)

3 perkara yang meninggikan darjat:

1)     Suka bagi salam (ucapan salam, senyum, bersalaman – semuanya dapat pahala)

2)     Memberi makan

3)     Bangun qiamullail ketika orang lain tidur

 

Wallahu’alam

Dakwah (Kuliah Maghrib – 29 Ogos 2012)

Penceramah : Ustaz Mohd Syazwan (Pendakwah / Kuantan & Ampang)

Tajuk : Dakwah

Bismillah
Antara golongan yang akan mendapat perlindungan arasy Allah di akhirat kelak ialah golongan yang bertemu & berpisah kerana Allah.

Antara ibadah sunat/sunnah dalam bulan Syawal ialah puasa sunat 6 hari.

Perkara besar yang berlaku di bulan Syawal – Perang Uhud & Perang Ahzab

Agama Islam merupakan cara/landasan hidup, bukan sekadar agama untuk beribadat. Ia adalah agama yang syumul, terbaik.

Di Yaman ada seorang Ulama’ (As-Syaukani rahimahullah) yang ada ijtihad & mazhabnya sendiri. Beliau hanya belajar ilmu agama di Yaman.

Banyak negara bergolak masa ini ialah negara Arab / negara Islam. Puncanya ialah sebab jauh dari Allah.

Kita jadi Islam bukan sebab keturunan, tapi sebab beriman kepada Allah.

Iman – menyebut dengan lidah, membenarkan dengan hati & membuktikan dengan amal ibadah

Masuklah Islam dengan menyeluruh, jangan masuk sikit2.

Orang paling takut pada Allah ialah mereka yang belajar ilmu Allah.

Sebuah Universiti di Yaman, Jamiatul Iman University, membuat kajian selama 2 bulan untuk penuntutnya. Sebulan untuk hafal Quran, sebulan untuk hafal hadis sahih Bukhori.

Umat Islam zaman ini ramai yang guna Quran untuk mengubat santau, walhal ketika sihat jauh dari Quran, dan menentang isi Quran. Adakah Quran akan menjadi pelindung baginya?

Tanggungjawab dakwah terletak pada seluruh umat Islam. Dakwah kepada bukan Islam & juga kepada Islam yang jauh dari landasan agama.

Mati itu pasti. Jika mayat yang baik & hidupnya beramal soleh, akan diminta untuk disegerakan urusan. Jika mayat yang sebaliknya, akan menyesal atas kecelakaan yang akan menimpanya.
Wallahu’alam.

GEJALA FITNAH MERUNTUHKAN UMMAH (Khutbah Jumaat – 24 Ogos 2012)

Khatib : Tuan Haji Sulaiman (Imam SPAM)

Khutbah Jumaat 24 Ogos 2012: “Gejala Fitnah Meruntuhkan Ummah”
Jabatan Agama Islam Selangor

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan penuh ketaatan, keyakinan dan keikhlasan. Iaitu dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa seterusnya selamat dan berjaya di dunia serta di akhirat. Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Gejala Fitnah Meruntuhkan
Ummah”.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Fitnah bermaksud tuduhan sama ada berita, kisah dan sebagainya
yang diada-adakan bertujuan memburukkan atau memusnahkan
seseorang, sesebuah institusi atau kumpulan dan seumpamanya. Dalam
zaman serba moden dan era teknologi ini, penyebaran fitnah mudah
berlaku sama ada melalui siaran televisyen atau radio, khidmat pesanan
ringkas (SMS), e-mail, laman sesawang atau blog dan sebagainya.

Penyebaran berita fitnah tersebut berlaku dengan cepat, meluas dan
mudah diperolehi tanpa sebarang kewaspadaan untuk menyelidik
maklumat yang diterima seterusnya tanpa teragak-agak disampaikan
kepada yang lain. Sikap ini amat ditegah oleh Islam. Ini kerana Islam
menganjurkan umatnya agar setiap berita yang sampai terutamanya
melalui orang yang digolongkan sebagai fasik iaitu mereka yang tidak
mempedulikan perintah Allah SWT tanpa diselidiki terlebih dahulu
sebelum disebarkan kepada yang lain.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.
Berdasarkan ayat tersebut, wajib bagi setiap Muslim menghalusi
segala berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita
berunsur fitnah. Sebarang berita yang diterima terlebih dahulu perlu
dipastikan kebenarannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat
penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita
berunsur fitnah. Budaya menabur fitnah adalah sesuatu yang keji dan
amat dibenci oleh Islam sehingga ianya dikategorikan sebagai dosa besar
dalam Islam.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Menabur fitnah dengan mengumpat dan sebagainya berlaku sama
ada disedari atau tidak, termasuk dalam sikap buruk apabila seseorang
menyebut atau menceritakan keburukan seseorang biarpun tanpa
menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya. Penyebar berita biasanya menyebut “dengar khabar” atau
“khabar angin”. Bagaimanapun, apabila berita tersebut disampaikan
daripada seorang ke seorang, diulang-ulangkan, maklumat yang belum
sahih itu seolah-olah sudah menjadi fakta dan berita benar.
Antara ancaman dan dosa fitnah dan penabur fitnah yang
disebutkan oleh al-Quran dan al-Sunnah ialah:

Pertama : Penabur fitnah dan pengumpat disifatkan sebagai sekejikeji
manusia.
Hadis daripada Abdul Rahman Al-Ghanmi R.A
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sekeji-keji manusia ialah mereka yang berjalan
menabur fitnah, mereka yang melaga-lagakan di antara
insan yang berkasih sayang dan mereka yang mencaricari
kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah”.
(Riwayat Imam Ahmad)
Kedua : Menabur fitnah dan mengumpat diumpamakan seperti
memakan daging saudara seagama. Sesungguhnya
manusia yang waras tidak sanggup memakan daging
manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan
daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian
daripada sangkaan itu adalah berdosa; janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada
kamu suka memakan daging saudaranya yang telah
mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan
yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang”.

Ketiga : Penabur fitnah dan pengumpat disiksa di dalam kubur.
Hadis daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya mereka berdua diazab dan
tidaklah mereka berdua diazab disebabkan dosa-dosa
besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah
seorang mereka tidak dapat mengetuskan air
kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan
masyarakat dengan berjalan menabur fitnah”.
(Riwayat Imam Al-Bukhari)

Keempat : Nabi s.a.w. menyebutkan bahawa penabur fitnah tidak
masuk Syurga.
Hadis daripada Huzaifah R.A bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda:

“Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur
fitnah”. (Riwayat Imam Al-Bukhari)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Selain ancaman dan dosa fitnah dan penabur fitnah sebagaimana
yang disebutkan oleh syarak, fitnah juga turut membawa keburukan dalam
kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah:

Pertama : Dosa pembuat dan penyebar fitnah disifatkan sebagai
dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan diampunkan
kecuali orang yang difitnah memaafkan perbuatan
tersebut. Mungkin ramai menyangka perbuatan
menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil.
Kerana itu mereka mudah menyebarkan berita tanpa
usul periksa.

Kedua : Fitnah memecahbelahkan rumahtangga dan merosakkan
masyarakat. Kerana fitnah, hubungan adik beradik,
suami isteri, jiran tetangga dan sebagainya akan hancur
dan membawa kepada permusuhan yang berkekalan.
Bahkan perbuatan menyebar fitnah diumpamakan
sebagai api yang membakar ranting kering kerana ia
cepat merebak sehingga akhirnya menjadi abu.

Ketiga : Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan
individu atau kumpulan. Sikap seperti ini bertujuan
menonjolkan diri dan menganggap dirinya lebih baik atau
lebih layak berbanding orang yang diburukkan. Banyak
pihak yang terbabit dengan penyebaran fitnah ini
terkadang tidak mempunyai sebarang kepentingan pun.
Tetapi, disebabkan amalan tersebut sudah menjadi
kebiasaan, walaupun ianya hina namun dapat memberi
satu kepuasan kepada pelakunya.

Keempat : Budaya menabur fitnah boleh menganggu gugat
kestabilan dan keamanan Negara. Oleh itu, usah biarkan
diri, keluarga dan masyarakat sekeliling sebagai mereka
yang mencemarkan negara ini dengan menimbulkan
huru-hara kesan daripada fitnah-fitnah yang dibuat dan
disebarkan.

Kelima : Fitnah boleh mengakibatkan jatuhnya maruah seseorang
individu dan perkumpulan, begitu juga ia boleh
menyebabkan kerugian dari segi kewangan. Ini kerana
saman malu boleh dibuat terhadap penyebar fitnah dan
bakal mengakibatkan kerugian yang besar dari sudut
kewangan, emosi dan sebagainya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kesimpulan khutbah yang dapat disampaikan pada hari ini ialah:

Pertama : Membuat dan menyebarkan fitnah merupakan salah satu
daripada dosa-dosa besar yang dikutuk oleh syarak.

Kedua : Beratnya ancaman dan siksaaan terhadap dosa fitnah
dan penabur fitnah sebagaimana yang tercatat di dalam
ayat al-Quran dan hadis-hadis yang banyak.

Ketiga : Wajib bagi setiap individu Muslim untuk menghalusi
setiap berita yang diterima terutamanya khabar atau
berita yang dilabel sebagai “khabar angin” atau “dengar
khabar” supaya tidak terbabit dalam kancah berita
berunsur fitnah.

Keempat : Budaya menabur fitnah adalah sikap yang amat keji
kerana ianya bakal memecahbelahkan kesatuan
rumahtangga, merosakkan masyarakat dan menganggu
gugat kestabilan serta keamanan Negara.

Kelima : Segala persengketaan atau kekeliruan tidak akan dapat
diselesaikan melalui budaya menabur fitnah. Sebaliknya,
segala permasalahan akan selesai apabila wujudnya
sikap merendah diri, bertolak ansur dan saling
memaafkan.

“Sesiapa yang mengganggu serta menyakiti lelaki yang beriman dan
wanita yang beriman (dengan perkataan atau perbuatan) yang tidak
menepati kesalahan yang dilakukan oleh mereka, maka sesungguhnya
mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat
dosa yang amat nyata”.
(Al-Ahzab: 58)
Wallahu’alam.

Istiqamah – Berpegang teguh pada Sunnah Nabi (Kuliah Subuh – 18 Ogos 2012)

Penceramah : Ustaz Idrus Ali (Pendakwah & Eksekutif Sirim Bhd / Klang)

Tajuk : Istiqamah – Berpegang teguh pada Sunnah Nabi

Bismillah

Al-Ahqaf, ayat13-14 yang bermaksud: “‪[13]Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.‬

‪
[14]Merekalah ahli Syurga, tetap kekalah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.‬”

Hadith:

Seorang sahabat datang berjumpa Nabi dan meminta Nabi memberitahunya perkara yang tidak perlu ditanya kepada orang lain. Lalu Nabi menjawab : Katakanlah, aku beriman kepada Allah dan istiqamah

Hadith:

Ramai yang keluar masuk Ramadhan, tetapi hanya dapat lapar dan dahaga.

Celakalah bagi mereka yang tidak mendapat pengampunan setelah Ramadhan berlalu.

Bagaimana kita hendak tahu adakah kita telah mencapai darjat taqwa? Lihat 11 bulan selepas itu.

ISTIQAMAH

–       Ramai yang ingin menuju ke makan karamah (kemuliaan)

–       Istiqamah itu adalah lebih penting

–       Sebesar2 karamah ialah darjat istiqamah

–       Di bulan Ramadhan, siang berpuasa, malam tarawikh – sepatutnya boleh menjadi tabiat

–       Contoh terbaik dalam istiqamah – para sahabat

–       Isteri Yassir – wanita pertama yang syahid kerana teguh dengan aqidahnya

Ramadhan mengajar kita 3 aspek penting :

1. Mengubah secara berfikir – kalau boleh melakukan ibadat di bulan Ramadhan, di bulan lain pun boleh buat

2. Sikap yg berubah – Bila sikap berubah, tingkah laku juga akan berubah.

3. Tindakan

Untuk mendapat ketaqwaan:

1. Secara lisan – pengakuan keimanan

2. Tasdiq – berpegang teguh dengan ajaran Islam

3. Buktikan dengan amal perbuatan

Iman manusia turun naik – Naik dengan pengibadatan, turun dengan kemaksiatan.

Antara bentuk kasih sayang Allah – buka pintu hati hambanya untuk beribadat dan beramal kepadaNya

Jika Allah benci pada hambanya – akan disibukkan hambanya dengan hal2 dunia

Firman Allah : Semua harta kamu adalah milik Allah.

Kegelisahan org bertaqwa ialah kedudukannya disisi Allah & yakin pergantungan 100% pada Allah. Dia tidak gelisah akan kesibukan dunia, kerana urusan dunia terlalu mudah baginya.

Firman Allah : Sekiranya kamu berjihad bersungguh2, melawan hawa nafsu, Allah akan bagi petunjuk untuk ke syurga.

Kita hendaklah meminta untuk terus masuk ke syurga (Syurga Firdaus – paling atas) tanpa masuk neraka – siksaan neraka paling ringan – menggelegak otaknya.

Mencontohi Nabi itu penting

Al-Imran, ayat 31 bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

–       ayat ujian bagi umat Islam

–       ikut nabi sekecil2 atau sebesar2 perkara

Hadith:

–       Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (Riwayat Bukhari)

Dalam Islam hanya ada 5 perayaan, selebihnya ialah ikut2tan:

1- Eid Fitri

2- Eid Adha

3- Hari Arafah

4- Hari Tashriq

5- Hari Jumaat setiap minggu

Sunnah Eid Fitr (buat dengan niat untuk mengikut Nabi):

1. Mandi dan berhias diri utk Eid. Mandi sunat hari raya – Sama seperti mandi wajib.

Ali bertanya kepada Nabi, adakah mandi perlu dilakukan setiap hari? Nabi menjawab, tidak diharuskan. Mandi yg disunatkan: pada hari Arafah, mandi Eid Fitr/Eid Adha

2. Memakai pakaian terbaik. Tak semestinya pakaian yg baru. Nabi ada pakaian khusus utk Eid. Bagi wanita, dilarang memakai pakaian yg menarik perhatian lelaki. Jangan pakai pakaian yg banyak corak. Juga dilarang memakai wangi2an –  boleh menjadi pintu kemaksiatan.

3. Makan sebelum solat Eid Fitr. Dari Anas: Nabi tidak keluar hari Eid sehingga memakan beberapa biji tamar. Kalau Eid Adha, Nabi tidak makan sebelum solat.

4. Bersegera untuk ke tempat solat – pergi & balik ikut jalan yg berbeza. Kita akan berjumpa orang berbeza dan memberi salam pada org yg berbeza. “Untuk menjadi orang yang kreatif, buatkan perkara yg berbeza2. Ia membuat otak kita menjadi kreatif”

5. Bersegera bertakbir bila masa kemasjid

– keluar dari rumah terus bertakbir dengan suara yang lantang (bagi orang lelaki).

– Tatacara takbir berbeza2 antara para sahabat – cukup sekadar Allahuakbar

– Perlu dihayati untuk membesarkan Allah

– Nabi bertakbir ketika berdakwah

6. Semua ketempat solat termasuk isteri yg haid / warga tua / gadis. Kalau tidak pergi ia adalah kerugian yg besar.

Sesetegah Ulama’ yang rojih mengatakan hukum solat Eid adalah wajib. Dalil wajib:

-Nabi tak pernah tinggal seumur hidup.

-Ia berbeza kerana Nabi menyuruh kesemua ahli keluarga pergi. Termasuk wanita haid.

-solat Eid boleh menggugurkan kewajipan solat Jumaat

(Kalau terlepas solatnya, kena solat sendirian)

-kalau tiada jilbab, Nabi berkata, suruh saudaranya meminjamkan kepadanya untuk membolehkannya turut serta bersolat.

7.  Solat dikawasan lapang.

– Nabi tak buat didalam masjidnya. Ia dibuat dilapangan.

– Khutbahnya hanya satu sahaja.

– Memulakan khutbah dengan ucapan hamdallah (Alhamdulillah)

– Nabi tidak berkhutbah diatas mimbar, baginda berdiri di atas permukaan yang sama dengan makmum.

– Nabi memasakkan/cacak tombak dihadapannya sebagai sutrah – perlu ada sutrah didepan kita masa kita solat, haram lalu depan orang yang sedang solat (dalam masjid/surau, garisan karpet tidak berfungsi sebagai sutrah. Manusia yang duduk dalam saf boleh dijadikan sutrah. Rehal mengaji boleh dijadikan sutrah – ketinggian sutrah sekurang2nya 1 hasta (hujung jari hingga siku)

Note: Imam Syafie berkata, kalau ada dalil hadith yg sahih datang bertentangan dgn hukum ku, maka balinglah hukum ku itu ke dinding.

Org yg zuhud dan tawaduq tidak akan menerima utk menjadi ketua – 4 Imam mazhab tidak terima perantikan untuk menjadi pemimpin. Berbeza dengan zaman sekarang, ramai berlumba2 untuk menjadi pemimpin.

Tiada dalil yang mengatakan pergerakan 3 kali berturut2 (bersebab) ketika solat boleh membatalkan solat seseorang.

– Nabi pernah bersabda: bila ada binatang berbisa ketika sedang solat, boleh bunuh binatang tersebut dan kemudian sambung solat.

– Pernah suatu ketika, sedang Nabi solat, Aisyah hendak masuk ke dalam bilik. Nabi buka pintu dan sambung solat.

– Boleh off handphone kalau ia berbunyi dan kemudian solat semula.

Ziarah kubur bukan sunnah Nabi kerana Eid Fitr ialah hari kegembiraan bukan hari kesedihan.

Wallahu’alam

Kehadiran Syawal Suatu Kemenangan (Kuliah Subuh – 17 Ogos 2012)

Penceramah : Ustaz Fairooz (Pengerusi SPAM & Penceramah KUIS / Shah Alam)

Tajuk : Kehadiran Syawal Suatu Kemenangan

Bismillah

Ramadhan yang berlalu sepatutnya akan membawa perubahan kepada diri kita. Istimewaya Ramadhan kerana adanya malam Lailatul Qadr. Harapan kita agar amalan yang kita lakukan ditaufiqkan pada malam Lailatul Qadr, & mengajar kita memohon keamapunan.

Eidulfitri – “Eid” – Hari perayaan, “fitri” – kembali kepada fitrah / berbuka. Di dalam feqah, diharamkan kita berpuasa pada 1 Syawal. Firman Allah – agar kita sempurnakan puasa & bertakbir (sebagai tanda syukur).

Bulan Ramadhan – untuk meraih TAQWA

Bulan Syawal – untuk menzahirkan rasa SYUKUR

Takbir, selain dilaungkan pada hari raya, ia juga dilaungkan ketika di medan peperangan sebagai penaik semangat, ketika mendapat berita gembira (membezakan Islam dengan agama2 lain – agama lain ada yang bertepuk tangan), ketika menghantar jemaah haji & ketika berlaku kebakaran. Rasulullah & para sahabat bertakbir di lorong2 rumah pada pagi eidulfitri.

Jangan dilupa pada saudara, sahabat atau jiran yang sakit – ziarahilah mereka dan doakan agar diberi kesembuhan.

Hukum hakam yang perlu dijaga di pagi Syawal:

–       Mandi sunat eidulfitri – agar dapat berkumpul dalam suasana yang menyenangkan, pakai wangi2an.

–       Memakai pakaian yang cantik / baru untuk zahir rasa syukur

–       Makan sedikit sebelum solat – Hadis : Pada pagi eidulfitri, Nabi keluar rumah setelah makan (kurma), pada raya Qurban, Nabi tidak makan kecuali selepas ibadah qurban

–       Berjalan kaki ke surau/masjid – agar bertemu sahabat/jiran. Pergi ikut jalan lain, balik ikut jalan lain. Ketika bertemu sapa, ucap “taqobbalallahu minna waminkum”

–       Laung takbir bila sudah tiba di surau / masjid

–       Ziarah kubur – digalakkan sebelum raya, agar mengingatkan kita tentang kematian.

–       Berhibur – yang tidak membatasi syarak. Abu Bakar pernah menegur 1 kumpulan/kaum yang sedang berhibur. Kemudian Nabi berpesan padanya agar tinggalkan mereka yang sedang berhibur itu kerana setiap kaum itu ada perayaan mereka sendiri.

Antara sifat solat Eidulfitri:

–       2 rakaat – rakaat pertama 7x takbir, rakaat kedua 5x takbir

–       ada riwayat mengatakan, sunat membaca surah al-A’la & al-Ghasyiah

–       khutbah raya mengandungi unsur2 nasihat & pesanan

–       dibolehkan kaum wanita untuk menunaikan solat eidulfitri

Jangan kita lupa kepada tarbiyyah Ramadhan

–       perlu muhasabah diri

–       bawa bersama roh Ramadhan

–       berpuasa sunat selama 6 hari di bulan Syawal

–       sambut Syawal dengan semangat Rabbani

–       meneruskan amalan solat2 sunat, bacaan quran, bersedekah

Imam2 yang ikhlas, akan menghasilkan aura untuk menarik lebih ramai jemaah.

Wallahu’alam