Rahsia panjang umur (Kuliah Maghrib – 9.1.13)

Penceramah : Ustaz Firdaus Saad
Bismillah
Umur adalah sesuatu yg telah ditetapkan, cuma tidak tahu berapa lama usia umur itu.
Hadis : umur umat muhammad hanya antara 60-70 tahun
1/3 masa dihabiskan utk tidur – lebih kurang 20 tahun
Lalai – lebih kurang 20 tahun
Bila mendoakan seseorang panjang umur, sertakan sekali dgn keberkatan. – semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan
Suatu ketika seorang perempuan datang bertemu nabi membawa anak saudaranya. Nabi mendoakan anak saudaranya agar mendapat keberkatan.
Hadis : barangsiapa yg suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia hubungkan tali silaturrahimnya.
Yang dimaksudkan dipanjangkaumurnya :
1 – Ada pendapat : hidup 20 tahun, keberkatan 40 tahun = 60 tahun
2 – Allah betul2 pjgkan umurnya, disebabkan permintaannya atau sebab2 yg lain atas kehendak Allah.
3 – disebut2, dipuji2 namanya selepas dia meninggal – seoalah2 dia masih hidup di kalangan masyarakat
Adakah boleh utk kita doa minta panjang umur? Boleh… Menurut nabi, tidak ada apa yg boleh mengubah takdir melainkan doa. Antara sahabat yg dipanjangkan umur ialah Anas bin Malik.
Doa Nabi kepada Anas ;
– Byk rezeki
– Panjang umur
– Ramai zuriat
Ini menunjukkan mmg boleh doa utk pjg umur.
Rahsia pertama : silaturrahim – eratkan hubungan kekeluargaan, sesama islam. Sayangnya ramai yg lebih menziarah kawan2 berbanding keluarga.
Amalkan ziarah, saling mengunjungi saudara.
Rahsia kedua : berakhlak mulia – Muka ceria, memberi bantuan tanpa diminta (sebaik2 org ialah org yg berguna kpd orang lain). Abu bakar as siddiq mengikuti sunnah nabi, selalu membantu nabi, salah satunya ialah memerah susu. Ketika dilantik menjadi khalifah, org yg selalu dibantu abu bakar, menyangka abu bakar tidak akan membantu mereka lg. tetapi tidak, abu bakar tetap teruskan kerjanya memerah susu itu, sekalipun telah dilantik menjadi khalifah. Jaga diri kita dari mengganggu org lain, menyakiti org lain, bukan hanya dengan perkataan, tetapi dgn sikap.
Seorang mukmin yg berakhlak mulia akan mencapai darjat seperti org2 yg berpuasa dan solat malam.
Rahsia ketiga : memuliakan jiran tetangga. Hadis : jibril sentiasa dtg kepadaku memberi wasiat agar selalu berbuat baik kpd jiran. Hadis : siapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirAt maka hendaklah dia memuliakan jiran, x menyakiti hati, xganggu mereka.
Ada beberapa amalan yg boleh memanjangkan umur ;
1) solat. Solat di masjidil haram dan masjid nabi. Solat di masjidil haram 100000 ganda kebaikan berbandin solat di tempat lain. Solat di masjid nabawai, 1000 kali ganda. Jaga solat2 sunat rawatib
Jika nak capai 200000 rakaat solat sunat perlu solat selama 46 tahun (1 hari 12 rakaat). Ambil peluang ketika berada di masjidil haram utk solat sunat. 10 rakaat, ibarat 1,000,000 rakaat di tempat lain – 230 tahun!
Jaga solat jemaah di masjid. Solat bersama imam di masjid, lebih afdhal 25 atau 27 ganda berbanding solat sendirian.
Org yg solat sendirian selama 25 atau 27 tahun, bersamaan dgn solat setahun bersama imam di masjid. Seorang perempuan dtg bertemu nabi, bgtau dia suka solat dgn nabi. Nabi ckp, solat kamu lebih baik di bilik kamu, lebih tersembunyi, lebih tersorok.
Lakukan juga solat sunat di rumah. Hadis : jgn jadikan rumah kamu seperti kubur, solat,ah di rumah kamu (solat sunat).
Hadis : solat sunat sesorang di rumahnya, xda sorg pun yg nampak, 25 ganda berbamding solat sunat di masjid.
Sediakan tempat yg khas utk solat sunat di rumah.
Rahsia keempat : jaga adab2 solat jumaat. Hadis : siapa yg memandikan dan mandi, kemudian bersegera ke masjid dan dia berjalan, dan duduk berhampiran dgn imam, mendengar suara khatib. Setiap amalan, satu langkah ke masjid, dihitung amaln satu tahun puasanya dan berdiri di malam hari.

Image

Ucapan khas oleh ; Puan Rasya Soleh Al-Adlouni (Ketua Muslimat Hamas, Gaza, balu as syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi)

Image
Ucapan khas oleh ; Puan Rasya Soleh Al-Adlouni (Ketua Muslimat Hamas, Gaza, balu as syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi)

Dan aku berbangga dpt berjumpa dgn bilangan yg ramai begini di kalangan org islam, moga pertemuan ini dijadikan pertemuan yg baik, dan juga moga2 dpt bertemu di masjidil aqsa, tempat yg berkat.

Aku dtg dr bumi gaza dan bumi palestin, bumi yg dibebaskan atau bumi yg bebas peringkat antarabangsa ini, aku dtg dari bumi yg disana ada kesungguhan, ada keteguhan, istiqamah dlm memperjuangkan agama Allah, moga Allah membantu lg utk membebaskan bumi palestin ini dgn adanya umat2 islam dari malaysia dan sebagainya.
Aku dtg dr bumi gaza, utk menyebut kpd kamu semua, dan memberitahu kamu semua bhw kami di gaza terus berjuang dan bukanlah perjuangan kami di gaza itu bermakna kami tidak pedulikan bumi lain, tp perjuangan di gaza sgt penting kerana perjuangan di gaza akan membuka masjidil aqsa.
Bila aku bercakap ttg gaza, maka apa yg berlaku di sana adalah kemenangan, peluang2 kemenangautk umat islam dan kemenangan itu sudah tentu dgn sbb2, kerana kami tetap ada di sana, kami tidak lari dari bumi gaza, bumi palestin, sehingga saya selalu mengidamkan bila bangaun dai tidur, alangkah bagusnya bumi gaza ini, waktu itu hampir org2 yahudi akan terus diserang, dikalahkan oleh tentera qassam, mereka merangkak dibawah peluru2, maju kehadapan dan tidak meninggalkan bumi gaza.
Allah telah memuliakan kami dgn kami berada di bumi ribat, demi menunggu jihad, yg mana bumi itu diberkati Allah sekelilingnya, bumi yg nantinya akan menolak segala kerosakan, yg akan menjadi tempat perhimpunan,  bumi yg dahulunya bumi para nabi, dan bumi yg mana tempat nabi naik ketika israk mikraj.
Allah telah memuliakan kami dgn memberikan kami semangat utk terus berkorban di bumi palestin, utk meninggikan kalimah Allah, oleh sebab itu xmenjadi perkara yg pelik bila seorang yg lumpuh, lemah, iaitu sheikh Ahmad Yassin, walaupun dlm keadaan lemah, beliau mampu memimpin rakyat palestin, dari ketakutan kpd keberanian, lemah kpd kuat, xpeduli kpd peduli, inilah seorang yg sgt hebat, sheikh ahamd yassin rahimahullah.
Bukan pelik juga, bila seorang yg lumpuh spt sheikh ahmad yassin, beliau juga telah menyertai bdn kebajikan, sekolah2, pemuda2, tempat kerja, untuk memberi semangat, dorongan, utk terus berjihad di palestin, walaupun pada awalnya ada pahaman sekular yg xpercaya pd Tuhan, tp berkat usahanya dgn izin Allah telah berjaya merubah pahaman sekularisma itu kpd pahaman Islam.
Dgn tarbiyyah sheikh ahmad yassin, juga akhirnya mereka sanggup melibatkan diri dlm operasi berani mati, sehinggalah sanggup melakukan operasi ini dari kalangan perempuan yg sanggup melakukan isytihadiah ini dgn meletupkan diri. Ini semua tarbiyyah dari sheikh ahmad yassin, damereka redha dgn kerja ini, dan para ibu sanggup berebut menghantar anak2 mereka utk amal isytihadiah ini
Kalau begitu, maka kami bersyukur sgt2 kpd muslimat mujahidat, para ibu yg berjuang fi sabilillah ini, dan kami katakan kpd mereka khususnya para ibu ; ada dari kalangan org yg beriman, mereka itu benar, ada yg telah gugur, dan ada yg tgh menunggu2.
Dan bila kita berbincang tntg ayat td, Allah menyebut ada dikalanagn mereka yg masih menunggu2, iaitu anak2 mujahidin yg tidak tukar janji mereka dgn Allah, mereka terus bergerak berjuang di dalam pertubuhan, pergerakan dan juga di kalangan mereka, berjuang hasil dr tarbiyyah sheikh ahmad yassin, kerana mereka telah berjanji dgn Allah dan berjanji kpd sheikh mereka.
Mereka ini, yg hebat2 dgn kerja mereka itu kerana tarbiyyah oleh sheikh ahmad yassin, hingga akhirnya mereka jd berilmu dan kuat dan tidak berundur dari hak mereka di bumi palestin, terus berjihad walaupun ada kemusnahan, sehingga skrg ini mereka telah melakukan kemajuan mencipta peluru berpandu yg boleh sampai ke Quds, yg menakutkan musuh Allah, hingga akhirnya nanti mereka akan terusir.
Perkara positif yg baik hasil dari tarbiyyah sheikh iaitu daripada lelaki dan ppuan yg mana mereka tidak duduk2 shj, melainkan melakukan kerja jihad. Maka pertamanya aku ingin berpesan kpd kamu semua, bhw rakyat palestin, mereka redha dibunuh, dipotong, dikerat, diperlakukan kerana mereka mengharapkan sesuatu, iaitu agama yg dibawa rasulullah boleh ditegakkan, diamalkan di bumi palestin.
Semua ini mereka redha dgn apa yg berlaku tetapi palestin tidak akan bebas hanya dgn perjuangan rakyat palestin melainkan umat islam yg lain juga harus melibatkan diri utk bebaskan palestin, iaitu mereka mestilah kembali kpd quran dan sunnah dan umar ibn khattab pernah menyebut ttg kembalinya kpd quran dan sunnah ini, sehingga pesan umar perkara yg kecil, dosa yg kecil pun jgn dilakukan, umar yg pernah bebaskan masjidil aqsa, begitu juga dgn salahuddin al ayyubi membebaskan masjidil aqsa dlm Masa 40 thn, walaupun ketika perang, beliau memeriksa tenteranya. Sehinggakan ada yg jumpa tentera yg tidak bangun malam, yg boleh menjadikan punca kekalahan/kelemahan. Oleh sebab itu, dgn islam, dgn taqwa barulah dtg kemenangan, spt firman Allah, jika kamu tlg Allah, nescaya Allah akan tolong kamu. wahai umat islam, kembalilah kpd islam, kpd kemuliaan kamu, kpd quran dan sunnah.
Pesanan kedua, kpd pemuda2, iaitu mereka yg akan menjaga ilmu, menjaga umat ini, kpd mereka yg rasulullah pernah minta tlg, spt khalid, jaafar, dll, dan mereka akhirnya telah berikan sesuatu yg sgt berharga iaitu ruh2 mereka utk menang,an islam, dan aku ingin katakan kpd mereka, firman Allah, bersedialah kamu wahai pemuda utk melakukan persediaan dari tali2 kuda utk menakutkan musuh kamu dan musuh Allah. Kamu mungkin xtahu mereka, tp Allah tahu mereka.
Allah katakan kpd kamu, bersedialah kamu utk mendapatkan kekuatan, Allah katakan ini khusus kpd pemuda kerana mereka xletih, xlemah, mereka xmudah goncang akidah mereka kerana kekuatan pd mereka, oleh itu hayatilah kekuatan kamu bersama dgn Allah utk maju kehadapan. Wahai pemuda, bangunlah utk kerja ini, bangunlah waktu malam utk qiamullail, khusunya pd zaman ini ada facebook, twitter, mesenger, maka bangunlah juga pd waktu mlm bersama dgn medium ini utk berdakwah, menyeru kpd islam. Wahai pemuda, sudah sampai masanya utk lakukan sesuatu bagi menolong agama Allah.
Dan seterusnya aku ingin sampaikan pesan kpd para muslimah mukminah, pesanan ketiga ini, jadilah kamu seperti perempuan terdahulu spt khadijah, sumayyah, aisyah, dan yg hebat2, yg meninggalkan sejarah yg hebat. Maka oleh itu, wahai muslimat, Allah telah memuliakan kamu, meninggikan kamu, xseperti zaman jahiliah dahulu dan zaman jahiliah skrg yg mendedahkan aurat, melakukakerja yg hina. Dan Allah memuliakan muslimat dgn kerja2 dakwah, jihad, dll.
Wahai saudaraku, saudara perempuanku, bg kamu ada kewajipan, tanggungjawab di dalam dan luar rumah yg sgt besar, sekiranya kamu berjaya melakukan kewajipan dlaam rumah ini, insyaAllah kejayaan juga berlaku di luar rumah. Jika perempuan itu baik, ummat juga akan jd baik. Tarbiyyah mereka kpd anak2, menjaga keluarga, mendidik anak dgn akhlak rasulullah, dan tanggungjawab kamu juga utk berdepan dgn musuh utk hancurkan mereka. Maka kamu juga hendaklah berjihad utk menewaskan musuh2 ini.
Kemudian, rasulullah juga pernah berpesan kpd para muslimah agar menjadi kuat kerana kamu sebenarnya adalah sebahagian dari lelaki juga. Hadis ; perempuan adalah sebahagian dari pecahan para lelaki. Maka, jaga keluarga, jaga masyarakat, jika kamu xbuat kerja ini, siapakah yg akan menjaga anak2 diluar sana. Maka ambillah tanggungjawab ini, insyaAllah umat akan menjadi kuat, hingga akhirnya bumi palestin dpt dibebaskan.
Pada akhirnya, masa xmengizinkan melainkan saya berterima kasih, dari diri saya dan gerakan hamas dan rakyat palestin, kpd rakyat malaysia yg telah bg sumbangan dan semangat utk terus berjuang.
Wassalam.

Isu Kalimah Allah (Kuliah Maghrib – 28.1.13)

Isu Kalimah Allah (Kuliah Maghrib – 28.1.13)
Image
Penceramah : Ustaz Saiful Khan
Bismillah
Dasar perbahasan :
1) Surah An-Nisa, ayat 59 ; (59) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
2) Surah Al-Isra, ayat 9 ; (9) Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar,
Al-Quran berbicara tentang siapakah ALLAH
1) Surah Al-Fatihah, ayat 2 : (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
2) Surah Al-Maidah, ayat 73 : (73) Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: “Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.
3) Surah Al-Baqarah, ayat 139 : (139) Katakanlah: “Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati,
Suatu harapan : Jika org bukan Islam (ahlul-kitab) menyebut Allah sebagai nama Tuhannya
1) Surah Al-Baqarah, ayat 64 : (64) Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.
2) Surah Al Maidah, ayat 82 : (82) Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani”. Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri.
Cabaran – keburukan (masalah) yg mungkin akan berlaku jika ahlul-kitab di Malaysia diberi peluang menggunakan kalimah Allah di dalam injil berbahasa melayu.
1) selamanya ahlul kitab tidak pernah redha kpd org2 beriman yg teguh akidahnya. Surah Al-Baqarah, ayat 120 : (120) Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
2) tidak redha kerana kedengkian dalam jiwa mereka. Surah Al-Baqarah, ayat 109 : (109) Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Wallahu’alam

Rasul terakhir (Kuliah Subuh – 28.1.13)

 Image
Penceramah : Ustaz Habin Faisal bin Muhammad
Bismillah
Surah Yasin, ayat 1-6 :
(1) Yaa siin
(2) Demi Al Quran yang penuh hikmah,
(3) Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
(4) (yang berada) diatas jalan yang lurus
(5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
(6) Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
Tiada masalah utk berdoa dalam bahasa yg kita fahami, tidak semestinya dalam bahasa arab sahaja.
Abu aswad ad duali – org yg cipta huruf alif ba ta hingga akhir.
Hadis : org yg bersandar ke belakang ialah org yg malas, dan ia sunnah syaitan.
Ketika nabi bina masjid nabawi, nabi gunakan pelepah tamar berlapis 2 sebagai pembahagi / border. Ketika berceramah, nabi akan berada di bucu kanan masjid, bersandar bahagian kirinya di pelepah tamar, dan bertukar ke bahagian kanan. Suatu ketika apabila para sahabat terlalu penuh, ramai yg tidak dapat melihat wajah nabi. Lalu para sahabat cipta mimbar utk nabi bg ceramah. Pertama kali nabi berceramah di atas mimbar, nabi mendengar bunyi tangisan berkali2. Kemudian nabi turun dari mimbar dan menepuk pelepah tamar sebanyak 3 kali. Yg menangis itu ialah pelepah tamar kerana rindukan nabi utk bersandar padanya.
Solat witr – antara kelebihannya boleh mengubati penyakit kronik.
Cinta rasul sahaja xcukup, kena ikut rasul juga.
Sunnah – pakai cincin, jari kanan, jari kelingking, pusing mata cincin ke dalam ; dgn cincisahaja dpt 4 pahala sunnah.
Islam pentingkan kekemasan –  Pakaian yg hebat, kenderaan yg hebat
Beza maulid dgn maulud – maulid ialah hari lahir. Maulud ialah apa yg dibawa dtg oleh nabi.
Menurut kajian, 12 rabiul awal adalah pd hari khamis, bukan isnin. Walhal nabi lahir pd hari isnin, yg jatuhnya pada 9 rabiul awal.
Zaman saidina umar sbgai khalifah, bermulanya tahun hijrah kerana surat2 yg tertulis, hanya tulis hari dan bulan, tidak ada tahun. Jadi perkara ini menjadi masalah utk mengetahui surat tersebut adalah utk tahun bila.
Perlu berhati2 dalam membaca kisah tentang kelahiran nabi. Dalam quran hanya menceritakan nabi lahir sebagai anak yatim.
Halimatus saadiah bersama gerombolan kaum bani saad dtg ke mekah utk mencari anak angkat utk disusukan. Halimah dan suaminya menaiki unta yg kurus menyebabkan mereka ketinggalan di belakang. Mereka2 yg tiba awal di mekah, memilih bayi2 dari kalangan yg berada utk mendapat upan yg lumayan. Apabila halimah tiba di mekah, pergi ke rumah ibunda aminah (ibu nabi), tp diketahui bahawa bayi ibunda aminah (yakni rasulullah) adalah anak yatim. Oleh kerana itu, halimah dan suaminya keluar mencari bayi lain. Disebabkan ketiadaan bayi utk dijadikan anak angkat, akhirnya halimah bersetuju utk mengambil nabi Muhammad sbgai anak angkat. Halimah kembali ke rumah ibunda aminah lalu mengambil nabi, mendakap rapat lalu disusukan. Halimah yg kurus dan mempunyai anak kecil bersamanya, mula menyusukan nabi. Apabila nabi mula menyusu, air susu halimah mengalir dgn banyaknya, dan kemudian halimah dapat menyusukan anak kecilnya juga.
Wallahu’alam

Jauhi sifat melampau dalam agama (Kuliah Subuh – 27.1.13)

Image
Penceramah : Ustaz Kamaruddin Hamid
Bismillah
Surah al baqarah, ayat 143 : (143) Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.
Hadis : jangan ada penyerupaan dgn yahudi dan nasrani – perkara duniawi atau keagamaan
Hadis : nabi ketika itu berada di mina utk melontar 3 jamrah, nabi berada di atas kenderaan dan meminta kpd para sahabat utk mengambilkan batu, kemudian langsung nabi berucap – wahai seklaian manusia, hendaklah kamu menjauhi sifat melampau2 dlm urusan agama. Sesungguhnya org2 terdahulu dari kamu telah binasa sbb mereka itu berlebih2an dlm urusan agama.
Boleh bawa batu dari negara asal utk melontar jamrah, tp tidak afdhal.
Dalam bab ibadah, jgn melampau2, yg kebiasaannya berpunca daripada perasaan was2. Contoh, bab berwuduk, tidak boleh lebih dari 3 kali. Menyapu air di anggota wuduk.
Dalam kitab fathul bhari, nabi dan para khalifah ar rasyidin tidak melaksanakan solat sunat sebelum maghrib. Ada ulama berpendapat boleh dibuat solat sunat sebelum maghrib kerana ada qaul dari nabi : antara azan dan iqamat, ada solat sunat.
Contoh lain : qiamullail. Nabi buat 11 @ 13 rakaat, tp boleh buat lebih dari itu kerana ada qaul dari nabi.
Islam adalah agama pertengahan atau sederhana. Dalam yahudi dan nasrani, sangat berlebih kurang. Paderi tidak dibenarkan berkahwin, yg bertentangan dgn naluri manusia. Kerana manusia dibekalkan dgn nafsu, yg perlu disalurkan mengikut agama / peraturan.
3 org sahabat bertemu dgn nabi utk bertanyakan hal, tp nabi tiada di rumah, hanya aisyah berada di rumah. Sambil menunggu, 3 sahabat tersebut bersembang. Pemuda pertama ingin mengerjakan qiamullail sepanjang malam, pemuda kedua ingin berpuasa setiap hari, pemuda ketiga tidak ingin berkahwin. Perbualan tersebut didengari nabi, lalu nabi memanggil ketiga2 pemuda itu. “Aku qiam dan aku juga tidur, aku berpuasa dan aku juga berbuka, aku juga berkahwin. Siapa yg tidak menyukai sunnahku, dia bukan dari umatku.”
Dalam surah muzzammil : (1) Hai orang yang berselimut (Muhammad),
(2) bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya),
(3) (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit.
(4) atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan.
Surah al ahzab : (45) Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, (46) dan untuk jadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang menerangi.
Ayat di atas menunjukkan peranan para nabi, ada 5 kesemuanya.
Surah al imran ayat 31 : (31) Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Wallahu’alam

Mencontohi Akhlak Nabi (Kuliah Maghrib – 26.1.13)

Image
Penceramah : Ustaz Anas bin Malek
Bismillah
Sambut maulidurrasul – utk perbanyakkan selawat keatas nabi, memperkenalkan kpd anak2 lebih dekat lagi dgn diri Rasulullah.
Bid’ah – yg baik (hasanah) dan yg sesat (saiyyiah)
Iblis tergolong dlm kumpulan kafir kerana :
– melanggar perintah Allah kerana enggan sujud pd Adam
– sombong dan angkuh kpd Allah
Sewaktu nabi dlm kandungan, ibunya tidak rasa seperti mengandung, terasa ringan shj. Nabi lahir bersama nur, dan rahmat. Halimatus Saadiah, ibu susu nabi, ketika membawa balik nabi ke kampungnya, hujan turun dgn lebat, walhal sebelumnya kemarau, kering kontang.
Imam Al Ghazali – ilmu tanpa amal, GILA. Amal tanpa ilmu, SIA2.
Abu Talib, bapa saudara nabi, seorang yg kafir, sentiasa menyokong pergerakan nabi. Ketika Abu Talib meninggal, tidak sempat melafazkah syahadah, menyebabkan nabi begitu sedih. Pada tahun yg sama, isteri nabi saidatina khadijah juga meninggal. Pada tahun ini, org2 kafir giat melawan nabi, me yebabkan nabi pergi ke tjaif utk berdakwah, tp disambut dgn balingan batu.
Allah perintahkan agar taat pd perintah Allah dan taat kpd rasul, dan pemerintah kamu.
Dari Abdullah bin Umar, Nabi bersabda : kita sebagai org yg beriman dan bertaqwa kpd Allah, wajib kita taat kpd pemerintah yg taat kpd Allah dan rasul. Jika pemerintah suruh buat maksiat, jgn ikut/taat.
Bersama dgn Nabi di madinah ada 3 golongan – org yg beriman, org munafik, bangsa yahudi. Bagaimana nabi dpt satukan hati mereka tanpa berlaku huru hara? Nabi memberikan contoh akhlak yg baik.
Dalam perang badar, ramai org munafik tarik diri sebelum ke medan perang, dari jumlah 3000 org menjadi 313 shj yg tinggal bersama rasulullah.
Hadis : dunia ini dilaknat melainkan manusia / makhluk yg sentiasa mengingati Allah.
Dalam surah al imran ; wahai org2 yg mencari keredhaan Allah, berpegang teguhlah pd tali Allah (quran dan hadis), jgn sekali2 berpecah belah.
Wallahu’alam

Musuh manusia (Kuliah Subuh – 26.1.13)

Image
Penceramah : Ustaz Mohd Fadzil Ismail
Bismillah
Musuh manusia yg utama – untuk menyesatkan anak2 adam agar menjadi pengiringnya di neraka, iaitu SYAITAN.
Kita tidak redha satu pun ajakan dan pujuk rayunya.
Dalam surah Yasin – Allah hantar 6 surat kpd manusia. Salah satunya berkenaan dgn syaitan ; tidakkah aku perintahkanmu Wahai anak2 adam, jgnlah engkau sembah syaitan.
Makna sembah syaitan itu bukan sekadar zahiriahnya menyembah, tetapi mengikut hasutan syaitan juga dikira menyembah syaitan.
Kelemahan syaitan : akan berundur jika mendengar zikrullah
Org2 yg takut Allah – ulama’ @ org2 yg ada ilmu
Golongan yg takut kpd Allah :
– Malaikat
– org2 yg mempunyai ilmu
– org yg nak kembali/mendekati kpd Allah
– org yg mendengar dan memikir, dlm keadaan hatinya menyaksikan peringatan dari Allah
Syaitan tiada jalan utk melekakan golongan2 yg takut kpd Allah.
4 perkara yg
1) bermunajat – merintih dan mengadu hal kpd Allah
2) muhasabah – audit/ timbang diri
3) memikirkan perbuatan2 Allah – hujan, bencana, dll.
4) mencari nafkah atas muka bumi
kaedah syaitan menyesatkan manusia :
1) syaitan cuba goda agar kita tidak buat ketaatan
2) goda manusia utk tangguh amalan
3) suruh buat kelam kabut / gopoh gapah
4) cuba buat org itu riak
5) perasaan ujub dlm diri
Wallahu’alam