Tanda2 kiamat – sambungan (Kuliah Maghrib – 20.11.17)

Penceramah : Ustaz Mustafar Mohd Sukki

Bismillah

>>> tidak dibahagikan harta pusaka dgn sama rata

Hadis : sesungguhnya hari kiamat itu tidaklah akan berlaku sehingga harta pusaka tidak dibahagikan secara adil

Kena jaga Perkara2 yg melibatkan hubungan kita dgn Allah, dan hubungan kita dgn manusia.

Byk hadis yg menceritakan hubungan manusia sesama manusia yg boleh menjadi penyebab utk xmasuk syurga.

Hadis : dibuka pintu syurga itu pd hari isnin dan hari khamis. Hari itu berbondong2 manusia masuk syurga melainkan 2 org – yg bergaduh / berdengki

Dlm hadis lain : tidak masuk syurga mereka yg mengumpat, mengadu domba, menjatuhkan maruah / mengaibkan org lain

Hadis : jgn patahkan tulang mayat (gopoh gapah uruskan jenazah) kerana dia itu seperti mana dlm keadaan dia hidup

Hadis : jika kamu memandikan mayat, kemudian menyembunyikan aib si mati, dia diberikan keampunan sebanyak 40 kali

Hidup ini, bukan sekadar hubungan kita dgn Allah shj. Ada hububgan sesama manusia dan makhluk lain.

Harta pusaka ada 2 :

1- hak Allah (faraid / pecahan yg telah ditentukan)

2- harta yg diambil / pinjam dari waris

Dari Hadis sohih : ada org ambik tanah yg bukan haknya – sesiapa yg ambik sejengkal tanah milik org lain, pada hari kiamat akan dibenamkan kedalam 7 petala bumi.

Keadilan bukan terletak pada sama rata, tp terletak pd haknya yg dikehendaki Allah & rasul.

Ramai org xnampak dari sudut lain dlm pembahagian harta, hanya melihat pd nilai zahir.

Xda masalah jika dah bagi ikut faraid, tp selepas itu setuju utk bagi sama rata.

Dosa sesama tidak akan diampun melainkan diampunkan oleh tuannya.

Harta yg dijumpai – apa yg kita perlu buat? Kata nabi : jika jumpa apa saja harta milik manusia di tempat kamu, hendaklah kamu iklankan selama setahun.

Bila tuannya dtg tuntut, wajib pulangkan. Jika lepas setahun xde org tuntut, harta itu boleh digunakan.

Org yg buat iklan, boleh claim kos iklan pd tuan punya barang bila dia dtg tuntut.

>>> dan tidaklah terjadinya kiamat itu sehingga manusia mempelajari islam utk tujuan dunia, sehingga al quran diangkat mashafnya

Dia nak habuan dunia semata2.

Hadis : islam itu akan dipelajari sepertimana yg dipelajari utk mendapatkan habuannya

Buat ibadah utk dpt duit.

Akan tiba ada golongan yg tua / lemah kata : Kami telah mendapatkan kalimah la ilaha illallah dari datuk nenek kami – islam sebagai warisan shj

Nabi pernah cerita pasal sekelompok manusia yg belajar agama utk mendapat gelaran / pangkat – mereka ini akan diseret dan dilempar ke neraka.

Kpd yg hantar anak belajar tahfiz, kena check balik apa tujuannya.

Berkenaan al quran akan diangkat – manusia lalai dari quran.

Ramai yg lebihkan baca quran dan ibadah2 lain bila di mekah, tp bila balik tanahair, apa yg dibuat di mekah ditinggalkan. Ini manusia yg buat ibadah ikut musim.

Kena perbaharui niat agar benar2 kerana Allah.

Akhir zaman, Allah matikan para alim ulamak. Juga manusia dilalaikan dari quran.

Ada org yg lemah / tua berkata mereka dpt islam dari nenek moyang. Agama turun temurun.

Akhir sekali nnt, kaabah akan diruntuhkan. Pd waktu itu xda lg manusia yg ucap syahadah / kalimah tauhid. Org islam ramai tp mcm buih dilautan.

Allah suka org yg bertaubat, Allah bg peluang bertaubat.

Ada kisah seorang sahabat, maiz bin malik jumpa nabi, dia mengakui dia berzina. Dia ulang 3 kali. Dia nak taubat sungguh2. Akhirnya nabi rejam dia sampai nabi. Org nampak mcm kejam, tp nabi kata dia nampak maiz berenang2 di syurga.

>>> manusia akan meninggalkan haji di baitullah

Zaman ni ada org buat haji di tempat lain, di karbala.

Nabi pernah bgtau, siapa yg mati di madinah, akan dpt syafaat nabi.

Tp pd akhir zaman org dah tak pergi mekah madinah sbb sibuk urusan dunia.

Hadis : tidak akan berlaku hari kiamat sehingga manusia tidak lg ziarah baitullah (mekah dan madinah)

Dlm hadis lain : petanda lain akhir zaman, keluarnya yakjuj makjuj yg menghalang manusia ke baitullah.

Pd waktu itu, ada pendapat mengatakan manusia mmg dah lupa kewajipan haji, dan juga terputus perjalanan disebabkan peperangan.

Wallahu a’lam

Advertisements

Muroqabah (Kuliah Maghrib – 19.11.17)

Penceramah : Ustaz Muhaimin Sahar

Bismillah

Muhasabah diri Sebaiknya bermula selepas subuh – pesan pd anggota2 yg zahir (mata, lidah, telinga, makanan, minuman, dll) agar taat kpd Allah. Agar xsia2 umur/ nafas.

Ia sgt berharga bila seseorang itu sudah sampai sakaratul maut – beberapa saat pun berharga, sebelum sesalan yg amat sgt.

Moda kita dlm hidup – masa.

Jika ditanya pd org dlm alam barzakh, apa keinginnan mereka, mereka nak balik ke dunia. Begitu juga dgn org yg mati syahid. Apatah lg org yg cuai, byk buat maksiat, mereka lagi2 nak balik ke dunia.

Seringkali muhasabah yg dikatakan, berlaku selepas amal. Tp imam ghazali pesan, muhasabah sebelum beramal. Agar hari ini lebih baik dari smlm. Sekali lg sebelum tidur, kena muhasabah diri.

Muroqabah- selepas muhasabah.

Jibril pernah tanya nabi tentang maksud ihsan – menyembah Allah seolah2 engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya, Allah melihat engkau.

Melihat bukan sahaja yg zahir, tp juga yg batin – semuanya diketahui Allah.

Dlm surah ar ra’d :

Tidak patut disamakan Allah dgn makhluk.

Sekecil2 zarah itu dipecahkan jd atom, proton, sekalipun, Allah tahu.

Allah melihat segala perbuatan, menilai dan membalasnya.

Dlm muroqabah ni ada sifat2 Allah yg penting – Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui

Muroqabah berlaku bila kita menghayati 3 sifat Allah di atas.

Kita kena anggap Allah melihat dan menguji kita.

Setiap minit yg berlalu, kita akan semakin mendekati “kampung”, kematian, tempat yg akan kita pergi.

Kita ini sudah lama bermusafir, xlama lg kita akan sampai ke tempatnya.

‏﴿١﴾ يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَآءً ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

(1) Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.

(An Nisaa 4:1)

Lihat di akhir ayat – Allah selalu menjaga dan mengawasi kita.

Akhir surah al bayyinah :

‏﴿٨﴾ جَزَآؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ ۚ ذٰلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُۥ

(8) Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

(Al Bayyinah 98:8)

Redha Allah kpd org yg takut melanggar perintah Allah – org yg sentiasa mengawasi dirinya, berhati2, takut pd Allah.

Ada org yg terlintas rasa nak buat maksiat pun dah rasa malu pd Allah kerana Allah tahu apa yg ada dlm hatinya. Org mcmni hatinya tersemat cinta pd Allah, akidahnya bersih, tauhidnya suci.

Kalau kain putih, akan nampak kalau kotor sikit. Kalau kain yg dah kotor sgt, xperasan kalau ada kotoran baru.

Hakikat muroqabah – pengawasan terhadap zat Allah yg menjaga dirinya. Keadaan dlm hati yg dihasilkan oleh makrifah (mengenal sifat2 Allah).

Sebelum buat sesuatu amal, tgk niatnya dulu, supaya Allah bg ganjaran pd amalan itu dan xjadi sia2.

Nikmat – bila hidup ini dekat dgn Allah. Jika ada byk harta tp xdekat dgn Allah, itu xnikmat.

Antara perkara yg boleh jaga niat supaya ikhlas – rasa qanaah dgn tahunya Allah terhadap amalan kota itu. Kita tahu bahawa apa yg kita nak buat tu, Allah tahu. Qanaah – rasa cukup.

Allah boleh bagi syurga, manusia paling kuat pun boleh bg pujian.

Selain dari niat, pastikan amalan itu betul2 ikut sunnah nabi.

Wallahu a’lam

Akhlak kpd isteri (Kuliah Subuh – 19.11.17)

Penceramah : Ustaz Azzahari Murad

Bismillah

Hadis : hendaklah kamu berpesan dgn kaum wanita ini dgn kebaikan. Mereka ini dari tulang rusuk, yg paling bengkok adalah yg atas sekali. Kalau nak bg tulang yg bengkok ni, akan patah. Kalau dibiarkan, akan sentiasa bengkok. Kena sentiasa ulang pesan kebaikan.

Antara Akhlak yg baik kpd isteri – sabar dgn karenah isteri.

Abdullah bin abbas berkata : aku ni sentiasa tggu peluang utk tanya umar, kerana sahabat2 ramai yg gerun padanya, berkenaan ayat 4 surah tahrim :

‏﴿٤﴾ إِن تَتُوبَآ إِلَى ٱللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ وَإِن تَظٰهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ مَوْلَىٰهُ وَجِبْرِيلُ وَصٰلِحُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ۖ وَٱلْمَلٓئِكَةُ بَعْدَ ذٰلِكَ ظَهِيرٌ

(4) Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

(At Tahriim 66:4)

Abdullah bin abbas nak tanya, siapa yg 2 org isteri nabi itu?

Sehingga ikut umar buat haji. Bila sampai di satu tempat rehat, umar turun pegi qada hajat. Abdullah pun ikut umar. Bila umar selesai qada hajat, abdullah menghampiri, tuang air pd tangan umar utk wuduk. Lepas wuduk, abdullah ambil peluang tanya umar ayat 4 diatas. Nak tahu siapa 2 org itu.

Umar kata : hafsah dan aisyah.

Kata az zuhri, umar xberapa suka soalan itu. Sbb soalan itu kena pd anaknya.

Kemudian umar cerita panjang… bangsa quraisy ni, perempuan xboleh bantah, komen, pd laki. Mereka diam saja. Bila sampai madinah, hijrah; kaum ansar ni, isteri mereka suka menjawab laki, menang atas laki mereka. Laki xbanyak cakap. Maka para isteri kami (muhajirin) belajar dari isteri kaum ansar.

Umar kata, satu hari aku marah pd isteriku kerana buat sesuatu yg xmenyenangi, tiba2 dia menjawab. Bila ditanya kenapa pandai jawab? Dulu xpandai jawab. Lalu isterinya kata isteri nabi juga sudah pandai membantah.

Lalu umar pegi rumah anaknya hafsah. Tanya pd hafsah, kamu ni selalu bantah nabi? Hafsah jawab ya.

Umar kata, rugilah seseorang itu antara kamu kerana buat begitu. Adakah kamu ini isteri2 nabi rasa aman bila Allah marah pd kamu? Ketahuilah bila nabi marah, aku pun akan marah. Jgn duk menjawab nabi atau meminta2 pd nabi. Kalau nak minta, minta pd ayah. Jgn rasa hebat kerana disana ada org lain yg lebih disayangi Rasulullah.

Umar kata, aku ada jiran yg bergilir2 pergi belajar dan kerja. Bila aku kerja, dia pergi belajar dgn nabi. Bila aku belajar, dia pergi kerja. Satu ketika, diberitahu kerajaan hassan bersiap sedia utk dtg menyerang kita.

Satu hari waktu isyak, jiran ku dtg kpdku, nak bgtau berkenaan persiapan perang kerajaan hassan. Rupanya ada yg lebih besar, iaitu nabi dah menceraikan isteri2nya. Umar pun teringat akan anaknya… dia terus ke rmh hafsah.

Sampai rmh hafsah, dia tgk hafsah menangis. Umar tanya adakah kami diceraikan? Hafsah kata tak, tp nabi xdtg2.

Umar cari nabi. Dia jumpa seorang hamba minta dia bgtau pd nabi, kata pdnya umar nak jumpa. Bila hamba itu bgtau nabi. Kemudian dia keluar kpd umar bgtau nabi diam saja.

Umar nak balik, akhirnya hanba itu bgtau nabi panggil masuk. Nabi tgh duduk atas tikar daun kurma. Ada kesan anyaman tikar pd badan nabi (maknanya nabi tidur xpakai baju). Umar tanya adakah kamu menceraikan semua isteri kamu?

Nabi angkat muka dan jawab tak. Umar ucap Allahuakbar.

Kata umar, Dulu isteri kita adalah kaum yg xmenjawab, kita menang atas isteri kita. Bila tiba di madinah, kita lihat isteri2 mereka menang keatas suaminya. Lalu isteri2 kita belajar dari mereka.

Umar cerita semula apa yg berlaku antara dia dan isterinya. Rasulullah senyum. Baru umar rasa lapang. Umar bgtau dia dah jumpa hafsah, dia bgtau pd hafsah, ada yg lebih nabi sayangi iaitu aisyah. Lalu Rasulullah senyum lagi.

Umar minta izin utk menemani nabi, nabi izin. Umar tgk dlm rmh nabi, xda apa2 kat dlm rmh nabi. Melainkan 3 barang yg dihadiahkan kpd nabi. Umar kata, mintalah pd Allah, supaya Allah perluaskan kpd umatmu, kekayaan. Ada kaum yg diberi kekayaan tapi mereka xberiman.

Nabi tanya kamu ragu2 ke umar?

Umar mohon ampun.

Nabi kata dia bersumpah xmahu jumpa isterinya sebulan.

Suami kena rasional, jgn lembut sgt, jgn keras sgt. Bila isteri bising, diam saja. Jgn nak lawan balik.

Suami kena bergurau senda dgn isteri, jgn serius sgt. Itulah contoh yg ditunjuk oleh nabi.

Wallahu a’lam

Solat – jamak, jamak qasar, jamak tamam (Kuliah Subuh – 18.11.17)

Penceramah : Ustaz Endang Wahyudi

Bismillah

Hadis : batas antara kita dgn mereka yg kafir ialah solat. Maka siapa yg tinggalkan solat, sungguh dia kafir.

Menurut ulamak – Yg dikatakan masuk dlm hadis ini, org yg xsolat jatuh kafir – org yg menolak solat / perintah solat. Banginya xperlu solat, cukup sekadar lintasan hati, dll.

Bukan mudah2 kita nak mengkafirkan org yg xsolat.

Mazhab syafie – tempoh hari utk qasar solat : 3 hari

Kena clarify sesuatu khilaf tu, bab furu’ atau usul.

Ada solat jamak, jamak qasar, jamak tamam.

Jamak tamam – walaupun bukan musafir, ada yg boleh ambik benefit ini. Tp utk jamak qasar, hanya utk musafir.

Jamak tamam – jamak yg sempurna. Siapa yg boleh?

1- menjamak solat ketika penuh lumpur melintangi jalan.

Dari ibnu abbas, berkata kpd muazzin ketika hujan : bila azan xperlu ucap “hayya alas solaah”, tukar kpd “sollu fi buyutikum” – solatlah dirumah kamu.

Kena perhati betul2, ini berlaku ketika hujan. Ibnu abbas kata nabi juga pernah buat begitu.

Hadis imam muslim no 699 riwayat ibnu abbas. Hadis ini menunjukkan hujan dan tanah yg berlumpur adalah pengecualian utk solat berjemaah. Di zaman kita ni, ia berkadaran seperti hujan yg lebat sehingga banjir. Boleh buat jamak tamam di rumah.

2- ketika angin kencang disertai hawa yg dingin.

Mungkin xda berlaku di tempat kita.

Hadis, dari ibnu umar ; ketika azan waktu angin kencang, muazzin laung “sollu fi buyutikum”

3- kerana kesulitan / kesusahan

Dari ibnu abbas : nabi pernah jamak zuhur dan asar, maghrib dan isyak di madinah, Bukan kerana takut atau hujan lebat.

Kalau dlm kesukaran, walaupun belum bermusafir, boleh jamak tamam. Contoh, nak naik flight, flight tu waktu asar sampai ke maghrib, akan adanya kesulitan utk solat (mungkin bawa anak2 kecil, family, dll). Jadi sebelum memulakan musafir / sebelum keluar dari daerah, (dia nak bermusafir tapi belum masuk dlm musafir), dia boleh jamak tamam. Solat zuhur 4 rakaat, asar 4 rakaat.

4- ketika sakit

Hadis : kisah seorang wanita namanya hintah, dia ada masalah haid yg xputus (istihadah). Nabi berkata kpd hintah : akan aku tunjuk 2 perkara, engkau buatlah yg mana2 :

1- berhaidlah engkau 6 hari, dan solatlah 24 hari

2- berhaidlah engkau 7 hari, dan solatlah 23 hari

Nabi kata, engkau jika mampu, jamaklah zuhur dan asar, maghrib dan isyak.

Ikut fatwa imam syafie, Tempoh maksimum haid utk wanita ialah 14 hari.

Antara sakit lain yg boleh jamak tamam : selain istihadah, sakit kencing xlawas (asal batuk je, terkeluar sikit kencing), gout (susah nak berwuduk, kena duduk, dll).

Tempoh – bila boleh buat jamak tamam ni? Jamak tamam taqdim, jamak tamam ta’khir?

Nabi anjurkan 1 masa shj. Contohnya: dihujung zuhur + diawal asar, dihujung maghrib+awal asar

Jumhur ulamak- jika jamak ta’khir, contohnya nak solat zuhur dan asar di waktu asar, xsah jika mulakan solat asar dulu kemudian zuhur. Kena dolat zuhur dulu, kemudian asar.

Hanya Sebahagian kecil kata boleh – contohnya bila tiba di masjid waktu asar, dia join jemaah utk solat asar. Kemudian baru jamal zuhur.

Ini hanya perbincangan, jika kalian ada hujjah sendiri yg berbeza, silakan.

Batas musafir mengikut mazhab :

Ibnu umar kata ada 11 pandangan dlm hal ini.

1- imam malik dan syafie – musafir 3 hari

2- sufian as sauri – jika musafir max 14 hari

3- ibnu abbas – pernah nabi qasar dlm tempoh 17 hari, 18 hari, 19 hari

3 pandangan diatas, ada hadisnya.

Pandangan di atas merujuk pd hadis, nabi hanya qasar, bukan jamak qasar. Jamak qasar bila dlm perjalanan. Bila sudah sampi destinasi, qasar shj.

Wallahu a’lam

Nasihat agama utk anak2 (Kuliah Maghrib – 15.11.17)

Penceramah : Ustaz Mokhyi Omar

Bismillah

Ayat 13-19 surah Luqman:

‏﴿١٣﴾ وَإِذْ قَالَ لُقْمٰنُ لِٱبْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِٱللَّهِ ۖ إِنَّ ٱلشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

(13) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

(Luqman 31:13)

‏﴿١٤﴾ وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ

(14) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

(Luqman 31:14)

‏﴿١٥﴾ وَإِن جٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشْرِكَ بِى مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِى ٱلدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَٱتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَىَّ ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(15) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

(Luqman 31:15)

‏﴿١٦﴾ يٰبُنَىَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِى صَخْرَةٍ أَوْ فِى ٱلسَّمٰوٰتِ أَوْ فِى ٱلْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا ٱللَّهُ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ

(16) (Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

(Luqman 31:16)

‏﴿١٧﴾ يٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأْمُرْ بِٱلْمَعْرُوفِ وَٱنْهَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ وَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ ۖ إِنَّ ذٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ

(17) Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

(Luqman 31:17)

‏﴿١٨﴾ وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى ٱلْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

(18) Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

(Luqman 31:18)

‏﴿١٩﴾ وَٱقْصِدْ فِى مَشْيِكَ وَٱغْضُضْ مِن صَوْتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلْأَصْوٰتِ لَصَوْتُ ٱلْحَمِيرِ

(19) Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

(Luqman 31:19)

Pengajaran dari ayat2 diatas :

1- Nasihat ibu ayah kpd anak, jgn syirikkan Allah.

Kena belajar tauhid, fardhu ain, rukun iman & islam, sifat2 Allah, dll.

Dlm matematik, 5-1 = 4. Dalam akidah, rukun iman 6-1 = 0.

Sepatutnya nafsu ikut agama, tp yg banyak skrg ialah agama ikut nafsu.

Nasihat luqman kpd anaknya, adalah nasihat yg perlu kita jadikan rujukan utk menasihati anak2 kita.

2- nasihat yg penting dlm kehidupan ialah wajib berbuat baik dan berbakti kpd ibu bapa.

Redha Allah atas redha kedua ibu bapa.

3- kita diperintah oleh Allah utk patuh arahan ibu bapa melainkan perkara mensyikirkkan Allah. Gauli ibu bapa dgn sebaik2nya.

Jika ibu bapa tidak beriman, ikutilah org lain yg beriman, yg kembali ke jalan Allah. Tapi tak boleh putuskam hubungan dgn mereka.

4- jgn buat jahat walau sekecil mana sekalipun, kerana Allah akan balas kejahatan itu.

5- nasihat anak supaya sentiasa menjaga solat 5 waktu.

Nak berjaya dunia akhirat, kena jaga solat.

Perintah anak supaya lakukan kebaikan.

Bersabar atas segala ujian, bencana yg menimpanya.

6- jangan memandang rendah sesama manusia.

Bila memandang rendah pd orang lain, wujud rasa sombong.

4 perkara menghapuskan pahala amalan :

– mengungkit pemberian

– menyakiti hati

– riak

– sombong

7- besederhanalah dlm semua tindakan dan tingkah laku. Jgn tinggikan suara. Jgn terpekik terlolong.

Kaedah dlm mentaati, menghormati ibu bapa :

‏﴿٢٣﴾ ۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

(23) Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

(Al Israa’ 17:23)

‏﴿٢٤﴾ وَٱخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا

(24) Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.

(Al Israa’ 17:24)

1- Mentaati mereka

2- Melayani keduanya dgn lemah lembut, mesra dgn penuh rasa kasih sayang

3- Merendahkan diri dan hormat kpd keduanya

4- bercakap dgn sebaik bahasa, lemah lembut

5- Memenuhi keperluan keduanya

6- Diharamkan berlaku kasar kpd keduanya

7- Sentiasa mendoakan keduanya agar diampuni dosa dan dicurahkan rahmat kpd mereka

8- Jika sudah meninggal, teruskan berdoa utk mereka agar diampuni dosa

9- Tunaikan amanah dan pesanan mereka

10- Menghubungkan silaturrahim dgn sahabat dan kenalan mereka

‏﴿٤١﴾ رَبَّنَا ٱغْفِرْ لِى وَلِوٰلِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ ٱلْحِسَابُ

(41) Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”.

(Ibrahim 14:41)

Allah tanya kita bersusah payah utk apa? Ayat 6-15 surah al insyiqaq.

‏﴿٦﴾ يٓأَيُّهَا ٱلْإِنسٰنُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَىٰ رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلٰقِيهِ

(6) Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.

(Al Insyiqaq 84:6)

Kita kena bg ilmu pd anak2, agar mereka mentaati ibu ayah seperti yg termaktub dlm al Quran.

Wallahu’alam

Akhlak – adab minum, adab pakai selipar / kasut (Kuliah Maghrib – 12.11.17)

Penceramah : Ustaz Sulaiman Nuba

Bismillah

Hadis ke 11 ; Adab2 minum

Hadis : jgnlah sekali2 seorang dr kalian minum dlm keadaan berdiri.

Secara zahirnya, muslim dilarang sekali minum dlm keadaan berdiri.

Jumhur ulamak, membawa hadis ini bermaksud lebih utama utk minum duduk dari berdiri.

Hadis : kata ibnu abbas, dia bg air zamzam kpd nabi, nabi minum dlm keadaan berdiri.

Air zamzam itu bergantung kpd niat org yg meminumnya.

Bukan 1 hadis shj yg menceritakan nabi minum air zamzam berdiri.

Doa ketika minum air zamzam:

اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمً نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَآءً مِنْ كُلِّ دَآءٍ

ALLAHUMMA INNII AS ALUKA ‘ILMAN NAAFI’AN WA RIZQON WAASI’AN WASYIFAA AN MIN KULLI DAA IN

Artinya :

Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit.

Ali bin abi talib, juga pernah minum air zamzam berdiri, ketika itu di kufah, lama selepas nabi wafat. Ali kata dia pernah lihat nabi minum berdiri.

Sbb itu jumhur ulamak berpendapat, harus minum berdiri jika ada keperluan. Tp asalnya, afdhal utk minum duduk.

Ada 2 pendapat :

1- ulamak2 dari golongan zohiriah – haram mutlak minum berdiri

2- jumhur ulamak – harus minum berdiri jika perlu, tp afdhal minum duduk.

Kesimpulan : boleh minuk berdiri, tgk pd keadaan. Tp lebih utama utk duduk.

Nabi larang minum seperti unta – minum berterusan / sekaligus. Lebih elok baca bismillah, pastu minum sikit, ucap Alhamdulillah dan ulang semula. Sikit2.

Dilarang juga utk meniup kearah minuman yg panas utk disejukkan.

Hadis ke 12 ; Adab2 memakai selipar / kasut

Hadis : jika salah seorang dari kalian memakai selipar / kasut, mulakan dgn belah kanan. Jika nak lepaskan / buka selipar tersebut, dari belah kiri.

Firman Allah :

‏﴿٣١﴾ قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

(31) Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Ali Imran 3:31)

Kita xtau amal mana yg Allah terima, maka kita buat mana yg boleh kita buat. Ikut takat mana yg boleh.

Nabi akan mendahulukan anggota kanan dlm perkara yg baik, anggota kiri dlm perkara yg buruk.

Hadis : Rasulullah suka mendahulukan anggota belah kanan dlm memakai selipar, menyikat rambut, bersuci, dlm segala perkara.

Ketika nabi bertahallul, nabi mulakan belah kanan.

Perkara2 baik – yg disukai, seperti pergi masjid, pakai baju, sikat rambut, dll.

Perkara2 yg buruk – masuk tandas, keluar masjid, dll.

Ijmak ulamak : pakai selipar, kasut, stokin – mula belah kanan. Bila bukak, mula bela kiri. Niat utk ikut nabi, cinta pd nabi.

Jika dia tahu nabi suka mula dgn kanan tp dia sengaja xnak buat, itu antara perkara dibenci.

Hadis ke 13 : adab2 pakai selipar / kasut

Hadis : jgnlah salah seorang dari kalian berjalan dgn memakai 1 selipar shj, kena pakai 2 selipar atau melepaskan kedua2nya.

Jgn pakai sebelah je. Kalau xda sepasang, jgn pakai langsung.

Antara sebab larang pakai 1 selipar, ada 4 pendapat ulamak :

1- kita dituntut utk berlaku adil dlm segala perkara termasuk terhadap anggota badan kita.

2- risau kaki lg 1 terkenan gangguan – paku, duri. Kalau ada 1 je, jgn keluar rumah.

3- org akan nampak pelik, luar dari kebiasaan, itu dilarang oleh islam.

4- sebab plg utama : ada hadis nabi yg mengatakan : sesungguhnya syaitan itu berjalan dgn 1 selipar shj.

Kita dilarang utk menyerupai syaitan, kerana itu antara dosa2 besar.

Nabi larang makan dan minum dgn tgn kiri kerana syaitan makan dan minuk dgn tgn kiri.

Wallahu a’lam

Keutamaan khusyuk solat (Kuliah Subuh – 12.11.17)

Penceramah : Ustaz Firdaus Saad

Bismillah

Hadis : satu ketika nabi bersama para sahabat utk solat zuhur. Muazzin dtg utk azan. Nabi kata : tggu sekejap, lambatkan sedikit. (Sebab ketika itu tengah panas). (Hadis riwayat inam muslim dan imam bukhari)

Jd kalau terlalu panas, dilewatkan sikit waktu zuhur sehingga sejuk sikit.

Panasnya matahari itu dtgnya dari hembusan api neraka.

Pengajaran :

1- jika panasa teramat2, kita dibolehkan utk tangguh solat (di masjid). Perlu disepakati oleh ahli surau, ajk. Kena consider org2 luar yg dtg singgah utk solat, khuatir timbul fitnah.

2- sunnah / syariat ini bukan shj berlaku di masjid, juga kpd org2 yg berada di rmh. Begitu juga dgn kumpulan2 kecil yg berada di luar masjid, yg ada program2 di mana2, berkemah, dll.

Nabi mengutamakan khusyuk dlm solat, kerana itu adalah wajib dlm solat, tp bukan rukun. Rukun solat, kalau tinggal, batal solat. Wajib solat ialah perkara2 / bacaan2 dlm solat yg jika tertinggal, xbatal solat. Tapi kalau kita tahu, dan kita tinggal, solat akan batal. Contohnya najis. Lepas solat baru perasan pakaian yg dipakai itu ada najis, maka xperlu ulang solat, solat sudah sah, kerana melanggar perkara wajib tanpa sengaja.

Hadis : tak sah solat jika xbaca al fatihah.

Dari nas2 yg ada, meninggalkan al fatihah, membatalkan solat.

Tgh solat, jibril turun bgtau nabi, pd seliparnya ada najis. Sbb waktu tu nabi solat pakai selipar. Selepas 2 rakaat, nabi buka selipar dan teruskan solat.

Selepas solat, nabi tanya kenapa para sahabat turut buka selipar? Para sahabat kata sbb ikut nabi. Nabi kata jibril bgtau ada najis pd selipar, lalu dia buka.

Nabi xulang solatnya walaupun pd 2 rakaat yg pertama itu solat dgn selipar yg ada najis, nabi teruskan.

Jadi, jika kita tersedar ada bahagian pakaian kita yg ada najis, kita tanggalkan (jika mudah), kalau tidak, kita hentikan solat kita, jika kita sedar ada najis itu.

Ada org yg solat tidak khusyuk, dari awal solat sampai habis solat, solatnya tetap sah.

Jika khusyuk itu rukun solat, maka ramai lah yg terbatal solatnya.

Rujuk semula hadis td.. bila Waktu panas, badan berpeluh2, keluar bau mcm2. Jadinya boleh hilang khusyuk jemaah.

Kata nabi kpd para sahabat : Sekiranya ada anak sungai lalu di hadapan rumah kalian, jika kalian mandi 5 kali sehari, adakah lg kekotoran pd badan kalian? Para sahabat jawab xda. Jadi, begitulah dgn solat kalian.

Kalau mandi dgn betul2, akan hilang lebih byk kotoran, lebih bersih. Begitulah jika solat dgn lebih khusyuk.

Nabi pernah bersabda : siapa yg makan buah ini (bawang), jgn dekat2 dgn kami – benda2 berbau, seperti petai, rokok, elakkan utk bersama org lain kerana khuatir akan mengganggu org lain

Yg mengganggu khusyuk kita selain dari diatas ialah, sesuatu yg mendesak utk keluar, xkira dari depan atau belakang. Bila menjadi kebiasaan menahan benda nak keluar, khuatir boleh mengganggu sistem badan. – Buanglah dgn adab.

Nabi pesan jgn solat kalau tahan 2 benda – yg nak keluar dari depan atau belakang.

Ini semua utk memastikan khusyuk kita penuh.

Selain itu, bab makan. Jika makan dah terhidang sebelum iqamat, makan dulu. Tetapi makanan yg kita perlukan shj, bila perut terlalu lapar, ambil bahagian yg boleh hilangkan lapar. Agar bila solat, boleh fokus, khusyuk. Ini adalah keperluan, kerana bila tahan boleh bawa mudarat.

Tapi bila ada makanan yg terlalu diidamkan nampak depan mata, yg mengungkit selera, itu tidak termasuk dlm keperluan. Itu adalah masalah hawa nafsu. Bukan kerana perut lapar, tp kerana syahwat. Pergilah kpd tuhanmu, kerana itu adalah cabaran.

Antara lain utk jaga khusyuk – tempat solat, tempat sujud. Jgn terlalu byk warna, atau ada gambar2. Kaligrafi, ukiran2 ayat quran xperlu utk dihiasi dlm masjid. Al quran diturunkan utk dibaca, difahami, diamal. Bukan utk perhiasan.

Nabi kata tidak akan berlaku kiamat sehingga manusia berlumba2 utk menghias masjid.

Apa2 yg boleh mengganggu kosentrasi solat, kena hentikan, seperti tv2 yg terdapat dlm masjid. Seperti iklan2 bergerak pd tv.

Jgn pakai baju yg ada gambar mcm2, akan menganggu org lain.

Jgn baca terlalu kuat, nnt ganggu org lain.

Ketika nabi iktikaf di masjid, utk zikir, munajat, nabi mendengar ada sahabat baca quran dgn kuat, nabi tegur. Nabi bgtau setiap dari mereka sdg bermunajat kpd Allah, jgn ganggu org lain.

Bagaimana had kekuatan bacaan? Cukup sekadar dgn pergerakan bibir dan lidah kita, kita sendiri shj yg dgr.

Kita jaga agar tidak mengganggu org lain. Begitu juga dgn bunyi henfon.

Utk imam, check dulu diri sendiri especially henfon sebelum pesan pd jemaah.

Wallahu a’lam