About almawaddahs7

Kuliah Agama atau aktiviti di Surau Al-Mawaddah Seksyen 7 Shah Alam

Amalan2 yg boleh menghapuskan dosa (Kuliah Subuh – 24.9.17)

Penceramah : Ustaz Shamsudin Abdul Rahman
Bismillah
Biasanya dosa2 kecil ni manusia xbertaubat sbb mereka xperasan dosa2 itu.
Contoh dosa kecil yg mudah – berkenaan dgn masa. Lepak kedai kopi berjam2 setiap hari, minum secawan kopi. Ini dikira dosa kecil.
Tapi sekiranya amalan yg sama, sehingga menjejaskan kerja2 lain / masalah rumahtangga, boleh menjadi dosa besar.
Dosa kecil boleh menjadi dosa besar bila berkekalan dilakukan.
Napi peringatkan kita dlm beberapa hadis, dosa2 kecil ini boleh menipu manusia. Ada manusia yg dosa kecilnya dihimpun hingga menjadi sebesar bukit uhud.
Penghapusan dosa berlaku dlm 2 bentuk :

1- bila buat amalan tertentu

2- Allah tukar kejahatan menjadi kebaikan
Hadis : bila kamu lakukan kejahatan, kamu buatlah kebaikan utk tampung dosa.
Lebih untung bila dosa ditukar menjadi pahala. Rujuk surah al furqan ayat 70 :
‏﴿٧٠﴾ إِلَّا مَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صٰلِحًا فَأُو۟لٓئِكَ يُبَدِّلُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِهِمْ حَسَنٰتٍ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
(70) kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al Furqaan 25:70)
Zaman nabi, sahabat2 yg baru masuk islam, dan menjadi muslim yg baik, kejahatan2 yg mereka buat sebelum islam, ditukar menjadi kebaikan. Maka kejahatan itu terhapus.
Ada sahabat2 yg dermawan ketika zaman jahiliah.
Kebaikan yg dibuat sebelum islam, ditukar menjadi pahala bila memeluk islam. Kiranya bg org kafir, bila mereka buat kebaikan, akan ditulis kebaikan itu, tp tidak dpt pahala. 
Kebaikan yg dibuat, boleh mendapat pulangan sehingga 700 kali ganda atau lebih.
Perkiraan dosa dan pahala di akhirat kelak, ada kaedahnya. Siapa yg xbertaubat atas dosanya, dosa yg berkait dgn manusia, bila dibangkitkan, pahalanya akan diberi pd org yg dia buat jahat / zalimi. 
Pemimpin adalah org yg paling byk akan ditanya di akhirat kelak, dan ada yg akan muflis. Kerana membuat kezaliman pd rakyatnya, pahalanya diberi kpd rakyat. Bila habis pahalanya, dosa2 org yg dizalimi, akan dilonggokkan padanya.
Dia akan masuk neraka dulu, akhirnya masu juga ke syurga kerana dia masih ada tauhid / masih islam.
Ada 30 lebih amalan2 yg boleh menghapuskan dosa :
1- memeluk islam.
 Ini akan menghapuskan dosa2nya yg lalu. 
Kalau ada yg masuk islam, kemudian murtad, dan masuk islam semula, ada ulamak kata dosanya xdiampunkan kesemuanya. Ini nak elak org main2 keluar masuk islam.
Dlm kes org murtad, bukan isu terletak pd dosa dihapuskan, tp pahala dia dihapuskan semua sekali, tp ulamak kata dosanya kekal.

2- berusaha utk mengikut sunnah nabi
Ada sunnah yg bersifat harian.
Ada ulamak yg menyenaraikan, ada 1000 sunnah, dari nabi bangun tidur, sehingga nak tidur semula.
Contohnya: Antara apa yg dibuat nabi bila bangun tidur – mengusap muka (menegangkat urat muka). Selepas itu nabi basuh tangan.
Ada ulamak syarah kenapa nabi basuh tgn dulu? Utk membersihkan jari jemari di celah2 kuku, sbb kita xtahu dimana tangan kita sewaktu kita tidur – garu sana sini.
Juga sebelum ambik wuduk, nabi akan basuh tangan dulu. Bila tangan dah bersih, nabi gunakan tangan utk cedok air wuduk.
Sunnah2 ketika berpakaian, ketika nak berjalan, pergi balik masjid, makan, dll.

3- berwuduk di rumah sebelum ke masjid
Byk bezanya ambik wuduk di rumah dgn wuduk di masjid.
Wuduk di rumah, kelebihannya setiap langkah ke masjid akan menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat.
Sbbtu ulamak kata, kenapa ada org buat amalan yg sama tp pahala berbeza2. Ada org mkn roti, xdpt apa2 pahala. Tp ada org mkn roti sbb ingat nabi pernah mkn roti, boleh dpt pahala.
Jadi, setiap kali nak mkn roti atau apa2 mknn yg nabi pernah mkn, kita igt pada nabi, boleh dpt pahala.
Zaman nabi ada gula. Tp dlm masakan atau minuman, nabi guna madu sebagai manisan, xguna gula.
Kata yusuf al qardhawi, org yg xjaga makan ni boleh jd berdosa, bila tidak mengikut kata doktor.
Makanan2 yg ada disebut dlm quran – adalah makanan yg berkhasiat. Tp jgn berlebihan, kena ikut dos / kadar yg sesuai.
Bila nak amal makan madu, atau habbatus sauda, atau mana2 makana sunnah, kena buat kajian berapa byk kadar yg kita boleh ambik utk menjadi amalan harian. Bukan sesuka hati makan. Pentingnya ilmu sebelum beramal, kena tanya pakar.
Bersugi sebelum solat – rujuk hadis qauli dan hadis fi’li, nabi bersugi sebelum wuduk. Xpernah nabi dan para sahabat bersugi ketika dlm saf sebelum solat.
Kena rujuk hadis qauli dan fi’li agar tidak ada salah faham dlm nak beramal dgn sunnah.

Wallahu a’lam

Advertisements

Bahaya panjang angan2 (Kuliah Subuh – 22.9.17)

Penceramah : Imam Muda Nasir
Bismillah
Hadis : sebaik2 manusia adalah di kalangan kamu, ketika Allah panjangkan umurnya, semakin baik pula amalannya.
Bahaya pjg angan2 – walaupun dipanjangkan usia, amalannya xbanyak. Takut bila bertemu Allah nnt, xbawa apa2 amalan.
Golongan ini adalah yg terpedaya dgn kehidupan dunia. 
Dlm surah al munafiqun ayat 10 :
‏﴿١٠﴾ وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصّٰلِحِينَ
(10) Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: “Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?”
(Al Munafiqun 63:10)

Beruntung kita yg dipanjangkan usia, bangun pagi dan bersama2 org yg soleh di rumah Allah.
Ketika di dunia, org yg ke masjid, kira bersedekah. Sedekah masa, tenaga, utk beribadah kpd Allah.
Hadis ; sesungguhnya malaikat maut akan menjelma pd manusia yg ajalnya hampir tiba. 
Org yg akan kembali kpd Allah, akan nampak malaikat maut, yg akan mencabut rohnya.
Bg org yg pjg angan2 dan xbersedia utk mati, pastinya akan terkejut dgn ketibaan malaikat maut.
Rayuan2 utk menangguhkan kematian ini, sebab dia lupa ketika dia mengejar dunia, sibuk. Seandainya semua harta dunia itu hendak ditukar walau dgn seketika waktu, malaikat maut kata : bukankah sudah lama dilanjutkan usiamu?
Ditanya kpd nabi siapakah yg plg bijak sekali? Nabi jawab : org yg sentiasa utk mengingati kematian dan bersedia utk menghadapinya.
Kita nak menjadi org yg pjg usia dan baik amal. Kita kena jauhkan diri dari pjg angan2 kerana akan memburukkan amalan.
Selitkan amal2 dlm kerja harian di rumah, agar kerja2 itu tidak menjadi sia2. Org yg bijak akan merubah keadaannya kpd kebaikan. 
Org yg bersedia, tidak punya alasan utk tidak beribadah dlm aktiviti hariannya.
Buat list amalan2 yg boleh dibuat seharian, kemudian tick mana2 yg dah buat.
Lazimi berdoa agar Allah mengakhiri kehidupan kita dlm keadaan yg baik. Agar Allah mudahkan kebaikan di akhir hayat kita.
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Doa agar dipermudahkan sakaratul maut :
   اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ  
Ya Allah, tolonglah aku menghadapi sakaratilmaut 

Bersyukur hidup dlm islam dan dipermudahkan amalan.
Isikan masa dgn kebaikan setiap hari, selagi kita masih menumpang atas muka bumi ini, segala amalan kita akan dicatat, sekecil manapun akan dipantau.

Wallahu a’lam

Tanda2 kiamat – sambungan (Kuliah Maghrib – 18.9.17)

Penceramah : Ustaz Mustafar Mohd Sukki
Bismillah
— fitnah yg menimpa kaum arab
Bukanlah khusus utk kaum arab shj, tp kpd umat nabi muhammad.
Maksud fitnah disini ialah ujian.
Fitnah / ujian plg besar bg seorang lelaki ialah wanita.
Lidah lebih tajam dari mata pedang – boleh menyebabkan manusia masuk ke neraka atau syurga.
Hadis : brgsiapa yg boleh jaga antara 2 bibir dan 2 kaki, aku menjamin baginya syurga. (Maksudnya jaga mulut dan kemaluan).
Nabi lalu di kawasan perkuburan dan dgr jeritan dari 2 kubur. Sebab diazab :

– suka mengadu domba / buat fitnah

– 
Allah suruh kita kenangkan nikmat2. Agar tidak berdusta dan mensyirikkan Allah:
Syurga itu terlalu mahal utk membayarnya, dan susah utk memasukinya. Nabi peringatkan pd sahabat, selain jaga hubungan dgn Allah, jaga juga hubungan dgn manusia.
Nabi pesan kpd muaz bin jabal ; wahai muaz, bertaqwalah kami kpd Allah walau dimana kamu berada. Ikutilah dosa lalu dgn taubat dan perbanyakkan amal soleh supaya boleh memadam aib dan dosa. Bergaullah kamu dgn manusia dgn akhlak yg baik.
Seorang ayah bgtau pd nabi, dia ada 10 org anak, tp dia xpernah cium anaknya. Lalu nabi kata : Siapa yg tidak mengasihani, maka dia tidak akan dikasihi.
Manusia kena sentiasa diperingati dan memperingati. Sbb mmg sifat manusia kejap2 ingat, kejap2 lupa akan kebaikan / tazkirah.
Bila kita buat dosa pd manusia, kena minta maaf pd manusia itu.
— akan berkata2 pokok gharqad
Ada yg kata mcm pokok krismas, pokok yg rendah di pdg pasir, dll.
Hadis : akan berbunuhlah kamu dgn yahudi. Dan kamu akan memenangi pertempuran itu sehinggalh yahudi bersembunyi di sebalik pokok. Kemudian pokok itu berkata wahai muslim, yahudi di belakang aku, bunuhlah dia.
Tambahan – kecuali pokok gharkad yg tidak bgtau ada yahudi dibelakangnya.
Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi.” (HR Muslim dalam Shahih Jami ‘As-shaghir no. 7427)

— Akan dtg suatu masa dimana org islam terpaksa memilih dipanggil lemah atau berbuat maksiat

Zaman skrg, mmg sudah berlaku. Antaranya berbangga dgn maksiat yg dilakukan, anak gadis hilang daranya. Dan memandang lekeh gadis yg masih dara.
Bila sampai ke zaman ini, jika ada pilihan utk dipanggil lemah atau buat maksiat, pilihlah utk dipanggil lemah.
Bila berdepan dgn keadaan utk mendapatkan sesuatu projek itu kena bagi rasuah, biarlah tak dpt projek itu, daripada membuat maksiat dgn memberi rasuah.
Dari sebuah hadis : Dlm perkara dunia, tgklah org yg lebih rendah dari kami agar kamu bersyukur. Tp dlm hal beragama, tgklah org yg lebih tggi dari kamu.
Bila tgk org lain hebat dlm buat amal, kita kena lumba dengannya.
Dlm masjid, jika ada saf kosong di depan, kena rebut, jgn offer pd org lain.
Jgn kita membelakangi akhirat. Tidak ada melebihkan org lain dlm beribadah.
Perkara ini zahirnya nampak pd zaman kita. Bg wanita yg berterusan menjaga auratnya dianggap lekeh, kolot, dia lebih rela dianggap lemah dari berbuat maksiat. Dan memberikan rasuah, nampak hebat, utk dpt projek. Biar kita nampak lemah xpr projek, daripada kena bg rasuah.
Pilihlah digelar kolot, lekeh, dari membuat maksiat.

— akan keringlah sungai furat dan akan muncul emas disitu.
Kedudukannya di iraq, dekat baghdad. Ia adalah empangan.
Akan tersingkap kpd manusia, gunung emas, manusia saling berbunuh utk dptkan emas
Hadis : Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; ‘Tidak terjadi hari qiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah sungai yang ada di lraq) menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata, “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan; “Sudah dekat suata masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadhir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu
Manusia mmg xpernah puas / rasa cukup. Jika diberi segunung emas, dia akan nak lagi satu.
Khalifah umar abdul aziz pesan pd anak2nya : jika kalian org2 yg soleh, Allah akan menguruskan org2 soleh.
Dia mati tinggalkan harta yg sgt sedikit walaupun dia adalah seorang khalifah. Anak2nya menjadi org yg soleh, hebat.
Ketika kewafatan nabi dan para sahabat, mereka tidak meninggalkan harta.

‏﴿٤٦﴾ ٱلْمَالُ وَٱلْبَنُونَ زِينَةُ ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَٱلْبٰقِيٰتُ ٱلصّٰلِحٰتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
(46) Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.
(Al Kahfi 18:46)
Allah akan dtgkan ujian dlm pelbagai bentuk. Jgn mengaku beriman jika belum diuji.

– ujian ketakutan, kurangkan buah, penyakit, kelaparan, dan sampaikanlah berita gembira kpd org2 sabar
‏﴿١٥٥﴾ وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصّٰبِرِينَ
(155) Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2:155)

Wallahu a’lam

Fasal nikah : perkara yg tidak baik & muamalat suami isteri (Kuliah Subuh – 17.9.17)

Penceramah : Ustaz Azzahari Murad
Bismillah
Fasal nikah – perkara2 yg xelok ketika pernikahan
1- lemah dari menuntut perkara yg halal
Brgkali org yg kawin ni buat kerja yg xbaik utk dptkan wang hantaran / mas kawhin, seperti riba, rasuah, 

2- tidak melaksanakan perkara2 yg wajib atas hak wanita
Tak bagi nafkah, tak berlaku adil pd isteri2
tidak bersabar atas akhlak isteri
Isteri bukan malaikat. Ada kalanya suami xsabar dgn perangai isteri. Isteri juga kuat menguji suami, dgn bebelan dan akhlak2 yg xberapa baik.
Seorang lelaki asalah pemimpin, dan dia ajan disoal tentang kepimpinannya. 

3- isteri dan anak2 melalaikannya dari zikrullah
Sblm kawin selalu dtg berjemaah, lepas kawin jrg ke masjid. Alasannya solat dgn isteri kat rmh.
Nabi xpernah solat fardhu dgn isteri di rumah, kena pergi masjid / surau. 
Dulu rajin baca quran, lepas kawin dah jarang2 baca quran. Baca bila sampai ramadhan atau ada kematian je.
Hati dah kurang cenderung dgn perkara2 akhirat, dan kurang beramal.
Ini adalah kelalaian yg paling berat dlm pernikahan.
Afdhal bagi seseorang itu nikah atau tak nikah, tgk pd kesan amalannya.
Seharusnya bg seseorang itu utk menjaga perkara2 tersebut.
Jika nak jaga syahwat, perlukan seorang utk menjaga / mengemas rumahnya, dan kepentingan lain, afdhal untuknya bernikah.
Sebahagain ulamak xsempat bernikah spt ibnu taimiyah. Byk kali keluar masuk penjara, pergi berjihad, xsempat nikah, mati dlm penjara.

Fasal : muamalat yg baik sesama suami isteri
Seorang isteri dianggap bermuamalah yg baik dgn suami dengan :
1- agama
Cari isteri yg ada agama, menjaga aurat, solat.
Hadis : wanita itu biasanya dikahwini kerana 4 perkara : agama, kecantikan, keturunan, kedudukan dlm masyarakat. Mana yg terbaik? Carilah yg ada agama.
Kalau jenis wanita yg bukan menjaga agama, dia akan rosakkan suaminya.
Lepas kawin, isteri ajak suami ke masjid, ke majlis2 ilmu, dll.
Kalau isteri jenis cemburu, suami xboleh buat itu ini. sentiasalah si suami itu dlm bala.
2- akhlak yg baik
Akhlak yg buruk itu lebih byk mudharat dari akhlak yg baik.

3- fizikal yg baik
Cantik, comel..
Zaman Imam syafie, ada Seorang lelaki bergurau dgn isterinya; jika kamu tidak lebih cantik dari bulan purnama, maka jatuh satu talak.
Kemudian lelaki td berjumpa imam malik tanya berkenaan kata2nya tadi. Imam malik kata xda apa yg lebih cantik dari bulan purnama; maka jatuh 1 talak. Balik dan rujuklah dia.
Waktu itu imam syafie ada disitu. Lalu dia tanya pd lelaki tadi apa kes? Lelaki itu ceritalah.. imam syafie kata tak jatuh talak, dgn dalil2nya. Lalu mereka pergi bertemu imam malik semula. Akhirnya imam malik akui, imam syafie betul, tidak jatuh talak lelaki tadi atas isterinya.
Kerana itu disuruh kita tgk wanita yg kita nak kahwini.
Ada org yg jenis x tgk pd kecantikan. 
4- mas kahwin yg murah, ringan
Tidak memberatkan suami.
Jgn mahalkan mahar, boleh menyusahkan lelaki.
Makruh dimahalkan mahal. Juga makruh bg pihak lelaki utk mintak harta isteri.
Kata suffian as sauri : bila seorang lelaki kahwin lalu tanya ada tak harta wanita ini? Ketahuilah bahawa lelaki ini penyamun / lanun.
5- anak dara
Dianjurkan bagi lelaki yg bujang kawin dgn anak dara. 
Tapi xsalah kalau nak kahwin dgn janda.

6- keturunan yg ramai
7- keturunan yg baik
8- bukan sepupu sepapat / saudara yg dekat2

Bukan saja suami kena risik2 latar belakang bakal isteri, isteri juga kena risik2 latar belakang suami, keturunannya, akhlak, dll.

Wallahu a’lam

6 Golongan masuk neraka tanpa hisab (Kuliah Maghrib – 15.9.17)

Penceramah : Ustaz Mohd Amru Asa’ri
Bismillah
Hadis : 6 golongan yg akan dimasukkan dlm neraka tanpa hisab:
1- pemimpin & pemerintah yg melakukan kezaliman & kejahatan

2- org arab yg menegakkan asabiyyah

3- ketua kabilah yg sombong / takabbur

4- peniaga yg menipu

5- alim ulama yg hasad dengki

6- org kaya yg kedekut utk bersedekah ke jln Allah
Secara umumnya, kita di haribakhirat akan terbahagi kpd 4 golongan:
1- masuk ke dlm syurga tanpa hisab – seramai 70,000 org, termasuk 10 org sahabat yg dijanjikan syurga oleh nabi

2- masuk ke dlm syurga setelah dihisab

3- masuk ke dlm neraka setelah dihisab

4- masuk ke dlm neraka tanpa hisab
Berbalik kpd 6 golongan yg masuk neraka tanpa hisab :
1- pemimpin & pemerintah yg melakukan kezaliman & kejahatan
Hadis mutafaqqun alaih riwayat imam bukhari dan muslim : di hari akhirat kelak panas, ada yg tenggelam dlm peluh. Ada 7 golongan yg dpt naungan :

1- pemimpin yg adil
Siapa yg menolak 1 ayat dari quran, maka telah memberi makna dia telah menolak al quran dan gugur akidah.
Dlm bab dpt nikmat, nabi dahulukan pemimpin. Begitu juga bab azab, nabi mulakan dgn pemimpin. Kerana urusan kepimpinan adalah urusan yg besar.
Sebelum Allah serahkan urusan pentadbiran kpd manusia, Allah pernah tawarkan kpd langit dan bumi, juga gunung ganang. Semua makhluk yg besar ini xsanggup utk mereka tanggung, lalu Allah serahkan kpd manusia utk mentadbir dunia.
Antara sunnah para sahabat, pd hari kewafatan nabi, para sabahat beramai2 pergi ke thaqifah utk bincang siapa yg nak sambung kepimpinan. yg tggal hanya beberapa sahabat yg menguruskan jenazah nabi.
Dlm 10 org sahabat yg dijanjikan syurga, 9 daripadanya adalah pemimpin. Kecuali abdul rahman bin auf tidak terlibat dgn kepimpinan kerana dia adalah seorang usahawan yg byk menginfaqkan harta ke jln Allah.
Dlm surah al ahzab – keadaan pengikut yg dibakar dlm neraka. Ketika mereka xpuas hati dibakar kerana silap pilih pemimpin, mereka minta agar pemimpin itu digandakan azab kpd mereka :
‏﴿٦٦﴾ يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِى ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يٰلَيْتَنَآ أَطَعْنَا ٱللَّهَ وَأَطَعْنَا ٱلرَّسُولَا۠
(66) Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: “Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul”.
(Al Ahzab 33:66)
‏﴿٦٧﴾ وَقَالُوا۟ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠
(67) Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).
(Al Ahzab 33:67)
‏﴿٦٨﴾ رَبَّنَآ ءَاتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ ٱلْعَذَابِ وَٱلْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا
(68) Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar”.
(Al Ahzab 33:68)

Zaman nabi, nabi pernah tolak permintaan seorang sahabat utk menjadi pemimpin, iaitu abu dzar al ghifari. Nabi kata : wahai abu dzar, sesungguhnya kamu org yg lemah, kerana jawatan yg kamu minta adalah urusan yg sgt besar, terlalu ramai yg menjadi pemimpin menjadi org yg menyesal di akhirat kelak.
Bimbang matlamat utk menjadi pemimpin, tidak mengikut kehendak Allah.
Begitu juga urusan memilih pemimpin.
Firman Allah : “Hari akhirat nnt, aku kumpul semua hamba aku, dgn pemimpin yg mereka pilih atas dunia dulu. Kalau pilih pemimpin yg adil, akan duduk dgn pemimpin yg adil…”

Qarun dulu sblm ada harta, dia adalah pengikut nabi musa. Bila dah byk harta, jd lalai, lawan nabi musa.
Siapa yg jadikan harta sebagai pemimpin, akan dibangunkan bersama qarun.

2- org arab yg menegakkan asabiyyah
Adakah kita yg bukan arab, tidak termasuk dlm ciri diatas? Termasuk juga.
Bangsa yg menegakkan asabiyyah, bukan specific pd kaum arab shj.
Dlm surah al qasas – 90% cerita pasal nabi musa. Satu ketika, Nabi musa bertemu dgn 2 lelaki yg bergaduh. Salah sorng tu bani israel, satu lg pengikut firaun / qibti. 
Bila nabi musa tgk bangsa dia bani israel kena pukul, nabi musa tolong. Nabi musa tampar qibti, lalu mati. Tujuannya bukan utk bunuh, tp takdirnya mati dgn sekali tampar.
Bila mati qibti itu, nabi musa tersedar kesilapannya. “Sesungguhnya aku telah buat satu amalan syaitan” iaitu menolong kaum / bangsanya. Bila firaun tahu musa telah bunuh seorang kerabatnya, maka firaun hantar tentera utk tangkap musa. Nabi musa lari ke palestin.
‏﴿١٥﴾ وَدَخَلَ ٱلْمَدِينَةَ عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هٰذَا مِن شِيعَتِهِۦ وَهٰذَا مِنْ عَدُوِّهِۦ ۖ فَٱسْتَغٰثَهُ ٱلَّذِى مِن شِيعَتِهِۦ عَلَى ٱلَّذِى مِنْ عَدُوِّهِۦ فَوَكَزَهُۥ مُوسَىٰ فَقَضَىٰ عَلَيْهِ ۖ قَالَ هٰذَا مِنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطٰنِ ۖ إِنَّهُۥ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ
(15) Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya di dalam kota itu dua orang laki-laki yang berkelahi; yang seorang dari golongannya (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (kaum Fir’aun). Maka orang yang dari golongannya meminta pertolongan kepadanya, untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya lalu Musa meninjunya, dan matilah musuhnya itu. Musa berkata: “Ini adalah perbuatan syaitan sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya).
(Al Qashash 28:15)
Dari kisah itu, dpt tahu bahawa, jgnlah sekali2 tlg kerabat dgn membuta tuli, kena tahu siapa betul siapa salah, kemudian leraikan pergaduhan dgn baik. 

3- ketua kabilah yg sombong / takabbur
Bila mereka kuat, mereka menindas org ramai, peras ugut.

4- peniaga yg menipu
Peniaga yg menipu dlm perniagaan, berdosa besar. Antaranya dgn mengurangkan timbangan.
Dlm quran ada 2 surah yg dimulakan dgn “celaka”. 2 golongan yg dicelakakan dlm surah :

1- celakalah org yg meniaga yg mengurangkan timbangannya
‏﴿١﴾ وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
(1) Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang
(Al Muthaffifin 83:1)
‏﴿٢﴾ ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكْتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسْتَوْفُونَ
(2) (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,
(Al Muthaffifin 83:2)
‏﴿٣﴾ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
(3) dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.
(Al Muthaffifin 83:3)

2- celaka bg org2 yg mulutnya suka hina dan cela org
‏﴿١﴾ وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
(1) Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,
(Al Humazah 104:1)

Nabi pernah check peniaga kurma, diletak kurma kering diatas, yg basah dibawah. Lalu nabi tegur…
Nabi juga pernah tegur peniaga yg upah org ramai utk meramaikan gerainya.. nabi larang peniaga yg memperolokkan bagi menarik perhatian pelanggan.

5- alim ulama yg hasad dengki

6- org kaya yg kedekut utk bersedekah ke jln Allah
Dlm islam xsalah nak cari harta byk2. Mukmin yg kaya lebih dicintai Allah berbanding yg lemah, susah.
Tp jgnlah jadi org berharta yg kedekut.

Wallahu a’lam

Fahami islam – Syahadah kedua (Kuliah Maghrib – 14.9.17)

Penceramah : Ustaz Dr. Nik Mohd Rusdi
Bismillah
Syahadah kedua – aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Apa ajaran yg bercanggah dgn nabi, adalah dilarang, palsu.
Rasulullah adalah ikutan terbaik…
‏﴿٢١﴾ لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا
(21) Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(Al Ahzab 33:21)
Jika kita kasih kpd Allah, maka ikutlah nabi agar amal kita diterima Allah.
Hadis : Tidak sempurna iman kamu sehingga hawa nafsu mengikut apa yg aku bawa
Jika hawa nafsu xboleh ikut apa yg nabi suruh, maka xsempurna ikan.
Hadis : wajib atas kamu mengikuti sunnahku. Dan sunnah khulafa ar rasyidin
Hadis : Awasilah kamu dgn perkara2 yg baru, kerana yg baru itu bid’ah, dan bid’ah itu sesat. – bid’ah ada beberapa bahagian tertentu, ada yg harus, ada yg haram, sesat.
Perbuatan saidina usman mengumpulkan al quran adalah bid’ah, kerana zaman nabi xpernah buat / suruh sahabat buat. Saidina Usman buat kerana nak jaga quran, sbb ramai sahabat yg hafiz quran syahid ketika perang. Dan juga ada yg duduk berjauhan.
Abu bakar xsetuju utk kumpul quran kerana katanya nabi xpernah buat. Setelah dipujuk 3 kali, baru setuju utk buat pengumpulan al quran. Saidina usman uruskan pengumpulan al quran, dan dibuat 4 naskah, dan selebihnya dibakar, kerana khuatir wujud yg tidak asli.
Naskah itulah yg disalin dan dihantar ke wilayah2 lain, dan dipanggil resam usmani.
==============

Tuntutan syahadah 

==============
Apabila kita mengakui seperti dlm syahadah, maka kita kena akui dan buat seperti apa yg nabi suruh.
Kita wajib merujuk pd quran dan as sunnah sebagai sumber rujukan mutlak.
“Tidak muhammad itu bercakap melainkan wahyu dari Allah”
Akidah selain yg dibawa oleh nabi muhammad adalah tidak benar.
Berusaha utk mewujudkan akidah yg sohih dan benar dgn menuntut ilmu dari guru2 yg mursyid.
Semua kenyataan yg dikeluarkan oleh ulamak salafussoleh adalah benar mengikut nabi.
Perbetulkan / sempurnakan ibadah diri kita, anak2, isteri, agar mengikut yg diajar nabi / sunnah. Ibadah yg xmengikut nabi adalah sesat.
Kena perbaiki akhlak. Mesti muslim pd akhlak, mengikut sunnah. 
Akhlak nabi adalah yg paling betul, yg sgt unggul.
Biar akhlak kita, isteri, anak2, jiran, sahabat, selari dgn akhlak nabi.
Nabi diutus utk menyempurnakan akhlak yg sempurna.
Hadis : perkara yg plg berat dlm timbangan di akhirat kelak, yg pertama taqwa kpd Allah, dan akhlak yg baik.
Ada org amalan xbyk, tp akhlak yg baik, dia lebih bagus / byk pahala dari org yg byk amalan tp akhlak xbaik. Lebih mudah masuk syurga.
Nabi pernah ditanya berkenaan apa itu agama?

Nabi jawab, akhlak yg baik. Kiranya org yg beragama, adalah org yg ada akhlak yg baik.
Bila dah ucap syahadah, kena usaha utk keluarganya menjadi muslim sepertinya.
Xboleh kita masuk syurga sorg2, kena ajak keluarga.
‏﴿٧﴾ فَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ
(7) Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya,
(Al Insyiqaq 84:7)
‏﴿٨﴾ فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا
(8) maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,
(Al Insyiqaq 84:8)
‏﴿٩﴾ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰٓ أَهْلِهِۦ مَسْرُورًا
(9) dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.
(Al Insyiqaq 84:9)
‏﴿١٠﴾ وَأَمَّا مَنْ أُوتِىَ كِتٰبَهُۥ وَرَآءَ ظَهْرِهِۦ
(10) Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang,
(Al Insyiqaq 84:10)
‏﴿١١﴾ فَسَوْفَ يَدْعُوا۟ ثُبُورًا
(11) maka dia akan berteriak: “Celakalah aku”.
(Al Insyiqaq 84:11)
‏﴿١٢﴾ وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا
(12) Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).
(Al Insyiqaq 84:12)

‏﴿٦﴾ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
(6) Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
(At Tahriim 66:6)

Wallahu a’lam

Kisah Nabi Musa dan Khidr (Kuliah Maghrib – 13.9.17)

Penceramah : Ustaz Syed Norhisham
Bismillah
Kisah dari surah al kahfi – ada 3 kisah menarik. Salah satunya :
Dari ayat 60
‏﴿٦٠﴾ وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَآ أَبْرَحُ حَتَّىٰٓ أَبْلُغَ مَجْمَعَ ٱلْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِىَ حُقُبًا
(60) Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”.
(Al Kahfi 18:60)
Nak jalan kemana, berapa lama, sampai bila? Dlm quran xda bgtau detail, diterangkan dlm hadis.
Ketika nabi musa sedang berdakwah kpd bani Israel, ada yg tanya kpd nabi musa : siapa org yg lebih alim?
Nabi musa pula adalah seorang yg bekeng / garang, lalu dijawabnya : aku paling alim. Dia jawab bukan sbb sombong, sbb tegas dan padanya tidak layak ditanya soalan itu.
Allah tegur nabi musa, bgtau ada lg org lain yg lebih alim, yg miliki ilmu yg kamu xda. Lalu nabi musa tanya siapa org itu? Dia nak belajar dari org itu.
Kisah ini disusun dlm hadis bukhari bab menuntut ilmu.
Nabi musa adalah salah seorang dari 5 nabi ulul azmi, top 5 dlm 25 org nabi.
Walaupun tegas, nabi musa seorang yg merendah diri. Dia willing utk belajar apa yg dia xtahu.
Allah suruh nabi musa mencari org itu di tempat pertemuan dua laut. Itulah kisahnya utk ayat 60 di atas.
Dari ayat itu juga, ada galakan kpd siapa yg nak travel :

– ada teman

– ada bekal
‏﴿٦١﴾ فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُۥ فِى ٱلْبَحْرِ سَرَبًا
(61) Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.
(Al Kahfi 18:61)
Ikan kering yg dibawa bekal nabi musa dan pembantunya, melompat keluar dari bekas dan bergerak ke laut.
Pembantunya xsedar. Dia bawa bekas yg tiada ikan, meneruskan perjalanan.
‏﴿٦٢﴾ فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَىٰهُ ءَاتِنَا غَدَآءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِن سَفَرِنَا هٰذَا نَصَبًا
(62) Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: “Bawalah kemari makanan kita; sesungguhnya kita telah merasa letih karena perjalanan kita ini”.
(Al Kahfi 18:62)
Mereka berhenti rehat, nabi musa minta bekalannya utk dimakan.
‏﴿٦٣﴾ قَالَ أَرَءَيْتَ إِذْ أَوَيْنَآ إِلَى ٱلصَّخْرَةِ فَإِنِّى نَسِيتُ ٱلْحُوتَ وَمَآ أَنسَىٰنِيهُ إِلَّا ٱلشَّيْطٰنُ أَنْ أَذْكُرَهُۥ ۚ وَٱتَّخَذَ سَبِيلَهُۥ فِى ٱلْبَحْرِ عَجَبًا
(63) Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali”.
(Al Kahfi 18:63)
Pembantunya bgtau dia lupa nak inform, ikannya keluar dgn aneh, kerana syaitan yg menyebabkannya lupa. Ikan itu keluar dgn cara yg sgt amazing.
‏﴿٦٤﴾ قَالَ ذٰلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ ۚ فَٱرْتَدَّا عَلَىٰٓ ءَاثَارِهِمَا قَصَصًا
(64) Musa berkata: “Itulah (tempat) yang kita cari”. Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula.
(Al Kahfi 18:64)
Nabi musa teringat Allah bgtau benda pelik akan berlaku dimana tempat yg mereka hendak tujui. Tahulah nabi musa bahawa tempat ikan itu keluar itulah tempat yg ingin ditujuinya. 
Lalu mereka berpatah balik ke tempat hentian sebelumnya.
‏﴿٦٥﴾ فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَآ ءَاتَيْنٰهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا
(65) Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.
(Al Kahfi 18:65)
Mereka bertemu seorang hamba dari kalangan hamba2 Allah. 
Ketahuilah bahawa ada hamba yg ranking lebih tggi dari nabi musa, menjadi tok guru nabi musa.
Hamba itu, telah diajar oleh Allah padanga ilmu ladunni – ilmu direct dari Allah, iaitu wahyu. Ilmu ladunni, hanya pada zaman nabi, dikurniakan pd org alim, soleh, dia sendiri xtahu dia ada ilmu ladunni. 
Sama juga zaman skrg ni, ada wali2 Allah, tp dia sendiri xtahu dia itu wali Allah. Kalau dia sendiri mengaku dia wali Allah, nyata dia bukan wali. Wali tidak mencari kewalian, tidak mendambakan kewalian.

‏﴿٦٦﴾ قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
(66) Musa berkata kepada Khidhr: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?”
(Al Kahfi 18:66)

Apa yg dikatakan oleh nabi musa kpd khidr dlm ayat diatas – Ini dipanggil klimaks / kemuncak adab dlm menuntut ilmu. Ini ayat akhlak, kesopanan pd tok guru.
Ada kalanya anak murid dpt ilmu dari tok guru diluar kelas, ketika travel, atau buat aktiviti2 lain.

‏﴿٦٧﴾ قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِىَ صَبْرًا
(67) Dia menjawab: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku.
(Al Kahfi 18:67)
Lan (لن) – tidak akan. Khidr kata kamu tidak akan sanggup bersabar utk bersama dgnku.

‏﴿٦٨﴾ وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِۦ خُبْرًا
(68) Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?”
(Al Kahfi 18:68)
‏﴿٦٩﴾ قَالَ سَتَجِدُنِىٓ إِن شَآءَ ٱللَّهُ صَابِرًا وَلَآ أَعْصِى لَكَ أَمْرًا
(69) Musa berkata: “Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusanpun”.
(Al Kahfi 18:69)
Pengajaran ayat 69 :
1- ungkapan insyaAllah adalah ungkapan para nabi. Begitu juga ketika nabi ismail hendak disembelih, juga diucap insyaAllah. Biarlah ia menjadi ungkapan yg sering diucap, tp biar pd tempatnya. Jgn gunakan utk excuse sesuatu.
‏﴿٧٠﴾ قَالَ فَإِنِ ٱتَّبَعْتَنِى فَلَا تَسْـَٔلْنِى عَن شَىْءٍ حَتَّىٰٓ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا
(70) Dia berkata: “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu”.
(Al Kahfi 18:70)
Khidir kata, kalau nak ikut, syaratnya jgn tanya. Ikut saja.
Org yg mengaku ada ilmu ladunni, atau yg ajaran sesat, guna alasan ini kpd pengikutnya, agar jgn tanya apa yg dibuatnya / apa yg disuruh buat.
‏﴿٧١﴾ فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا رَكِبَا فِى ٱلسَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْـًٔا إِمْرًا
(71) Maka berjalanlah keduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidhr melobanginya. Musa berkata: “Mengapa kamu melobangi perahu itu akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.
(Al Kahfi 18:71)
Mereka jln berdua (musa dan khidir), maknanya pembantu nabi musa xikut. 
Khidr membocorkan perahu yg mereka naiki, menyebabkan musa menegur khidr.
‏﴿٧٢﴾ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِىَ صَبْرًا
(72) Dia (Khidhr) berkata: “Bukankah aku telah berkata: “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”.
(Al Kahfi 18:72)
Disini ada 1 point, sifat nabi musa bila ada benda xbetul, dia xakan mendiamkan diri, bukan bermaksud dia tidak menepati janji.
 Dia bertanya dgn sopan. Jiwanya akan menegur pd benda yg xelok.
Bertanya dgn adab.
‏﴿٧٣﴾ قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِى بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِى مِنْ أَمْرِى عُسْرًا
(73) Musa berkata: “Janganlah kamu menghukum aku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku”.
(Al Kahfi 18:73)
‏﴿٧٤﴾ فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَا لَقِيَا غُلٰمًا فَقَتَلَهُۥ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةًۢ بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْـًٔا نُّكْرًا
(74) Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidhr membunuhnya. Musa berkata: “Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan karena dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar”.
(Al Kahfi 18:74)
Mereka sambung berjalan. Jumpa budak, khidr bunuh budak itu. Sekali lagi nabi musa menegur.
‏﴿٧٥﴾ ۞ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِىَ صَبْرًا
(75) Khidhr berkata: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku?”
(Al Kahfi 18:75)
‏﴿٧٦﴾ قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَىْءٍۭ بَعْدَهَا فَلَا تُصٰحِبْنِى ۖ قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّى عُذْرًا
(76) Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku”.
(Al Kahfi 18:76)
Nabi musa bgtau, lepasni kalau dia tanya lg, jgn bagi dia ikut lagi lepasni.
‏﴿٧٧﴾ فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰٓ إِذَآ أَتَيَآ أَهْلَ قَرْيَةٍ ٱسْتَطْعَمَآ أَهْلَهَا فَأَبَوْا۟ أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَن يَنقَضَّ فَأَقَامَهُۥ ۖ قَالَ لَوْ شِئْتَ لَتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
(77) Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidhr menegakkan dinding itu. Musa berkata: “Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu”.
(Al Kahfi 18:77)
Khidr bantu baiki sebuah rumah, minta nabi musa bantu. Nabi musa kata patut boleh ambik upah lepas bantu.
‏﴿٧٨﴾ قَالَ هٰذَا فِرَاقُ بَيْنِى وَبَيْنِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
(78) Khidhr berkata: “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.
(Al Kahfi 18:78)
‏﴿٧٩﴾ أَمَّا ٱلسَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسٰكِينَ يَعْمَلُونَ فِى ٱلْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
(79) Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merusakkan bahtera itu, karena di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.
(Al Kahfi 18:79)
Kaedah pengajaran yg sgt hebat dari kisah diatas :

Memilih mudhorat yg lebih ringan ketika kita terpaksa memilih 2 pilihan, yg dua2 mudhorat.
Kenalpasti mudhorat yg lebih ringan.
– perahu dirampas

– perahu bocor
Mana yg lebih ringan? Perahu bocor.
Org kafir yg memusuhi islam, dan org islam yg tidak beramal dgn islam. Mana yg kena pilih?
Kaedah ini kena praktik dlm politik, bisnes, organisasi, sepanjang hidup.

‏﴿٨٠﴾ وَأَمَّا ٱلْغُلٰمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَآ أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيٰنًا وَكُفْرًا
(80) Dan adapun anak muda itu, maka keduanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.
(Al Kahfi 18:80)

Allah suruh bunuh budak itu sbb mak ayah dia org baik. Bila budak itu besar, dia boleh menyesatkan emak ayahnya, lalu budak itu dibunuh.
‏﴿٨١﴾ فَأَرَدْنَآ أَن يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِّنْهُ زَكَوٰةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا
(81) Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).
(Al Kahfi 18:81)
‏﴿٨٢﴾ وَأَمَّا ٱلْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلٰمَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِى ٱلْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُۥ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صٰلِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَآ أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ وَمَا فَعَلْتُهُۥ عَنْ أَمْرِى ۚ ذٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
(82) Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya”.
(Al Kahfi 18:82)
Allah suruh baiki dinding itu sbb nak jaga anak yatim itu kerana ayah mereka dulu org yg soleh. Allah suruh jaga hartanya, dan juga anaknya.

Surah kahfi, surah makiyyah, turun sebelum hijrah. Waktu itu umat islam sedikit, tertekan, ditindas, diseksa. Tiba2 turun surah ni, baca kisah ni. Apa kaitannya?
Kaitannya, bila sahabat di mekah baca, mereka tahu ada hikmah di setiap kejadian yg dicerita, agar mereka diberi kekuatan, ada hikmah disebalik apa yg berlaku pd mereka di mekah.
Utk kita pada hari ini, pengajarannya, dlm hidup kita ada byk perkara yg berlaku yg belum nampak hikmahnya. Apa2 yg berlaku dlm hidup kita, ada hikmahnya, cuma cepat atau lambat kita nampak hikmahnya.
Hikmah itu, ada kalanya kita jumpa, ada kalanya xjumpa.

Wallahu a’lam