Mencari bahagia (Kuliah Maghrib – 11.9.17)

Penceramah : PU Raihan
Bismillah
Hadis : 3 perkara jika ada pd seseorang itu, dia akan dpt kemanisan iman :
1- mencintai Allah dan rasul lebih dari segalanya

2- mencintai seseorang manusia kerana Allah

3- rasa benci kpd maksiat / dosa yg lampau sepertimana taknak dicampak dlm api neraka
Jika nak bahagia hidup dunia dan akhirat, kita kena ada kemanisan iman ini.
Kita mencintai ibu bapa, isteri, anak2, kerana Allah. Jgn mencintai manusia kerana sbb selain dari Allah. Kerana Ada yg cinta sbb cantik, sbb pangkat, harta, dll.
Kenapa cinta isteri? Kerana nabi cinta isterinya. Ikut sunnah nabi, cara nabi melayan isteri2nya.
Pernah nabi melayan aisyah, berlumba lari dgn aisyah. 

Waktu buka puasa, nabi makan tamar dan air kosong. Saidina ali duduk sebelah nabi. Sambil makan mereka sempat bergurau senda. Ali letak biji kurma pd tempat biji kurma nabi, lalu dia kata kat nabi : byk betul kamu mkn kurma wahai nabi. Nabi senyum, kata mmg dia mkn byk. Nabi kata : kamu makan lagi byk, sampai biji kurma pun kamu makan…

Nabi sengih sampai nampak gigi.

Surah al ahqaf ayat 15 :
‏﴿١٥﴾ وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ إِحْسٰنًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُۥ وَفِصٰلُهُۥ ثَلٰثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ
(15) Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.
(Al Ahqaaf 46:15)

Bila masuk umur 40, kena hati2. Itu adalah umur kemuncak utk mencari taufiq & hidayah. 
Bila sebut tentang ujian, kena redha. Kena merelakan sebelum berlaku. Adanya redha, selamat akidah.

Waktu yg sesuai utk berbual2, merapatkan ukhuwwah, berbincang, menyelesaikan masalah :
1- waktu makan

2- waktu menunggang kenderaan 

3- ketika bermusafir
Waktu diatas bukan waktu utk bersedih.
Org beriman akan diuji dgn :
‏﴿١٥٥﴾ وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَىْءٍ مِّنَ ٱلْخَوْفِ وَٱلْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ ٱلْأَمْوٰلِ وَٱلْأَنفُسِ وَٱلثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ ٱلصّٰبِرِينَ
(155) Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2:155)

Sebelum itu…
‏﴿١٥٣﴾ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصّٰبِرِينَ
(153) Hai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al Baqarah 2:153)
Kena mohon pertolongam dgn sabar dan solat. Kena jaga solat.
Orang beriman Apabila diuji :
‏﴿١٥٦﴾ ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رٰجِعُونَ
(156) (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.
(Al Baqarah 2:156)
Pohonlah kebahagiaan dari Allah.
‏﴿١٨٦﴾ وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
(186) Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Al Baqarah 2:186)

Amalkan doa :
 يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik

 Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”- HR. Muslim

Saidina ali bila doanya tidak dimakbulkan, dia gembira. Bila ditanya kenapa? Dia jawab, bila aku doa mintak sesuatu, Allah makbulkan, itu adalah atas kehendak aku memohon sesuatu. Tp bila Allah xmakbulkan, itu adalah kehendak Allah kepadaku.

Kesimpulan :
Hadis : nabi pernah ditanya, apakah amalan yg plg dicintai oleh Allah? Nabi jawab : amalan yg dilaksanakan secara istiqamah walaupun kecil / sikit.
Buatlah sesuatu amalan dgn istiqamah walaupun kecil / sikit, seperti masuk duit rm1 dlm tabung masjid setiap hari.
Kalau xmampi duit, infaq masa, atau tenaga.
‏﴿٢٦١﴾ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وٰسِعٌ عَلِيمٌ
(261) Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Al Baqarah 2:261)

Zaman nabi musa, kalau berdosa nak bertaubat, kena bunuh diri. Kita umat nabi muhammad, boleh bertaubat tanpa bunuh diri, gunakan kelebihan ini utk bertaubat. 
Jgn sia2kan kehidupan.
‏﴿٦﴾ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
(6) Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
(At Tahriim 66:6)
Sayangilah diri kita, dan ahli keluarga kita.
Wujudkan ruang bebas gadget di meja makan, tempat tidur, tempat ibadah.
Manusia ni, perlukan setiap amal ibadah itu utk diterima agar hati bahagia. Amalkan doa seperi doa nabi ibrahim dlm ayat 127 surah al baqarah :
‏﴿١٢٧﴾ وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرٰهِۦمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
(127) Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
(Al Baqarah 2:127)

Wallahu a’lam

Advertisements

Peribadi sahabah – Abu Bakar As Siddiq (Kuliah Subuh – 10.9.17)

Penceramah : Ustaz Firdaus Muhammad Saad
Bismillah
Brgsiapa yg menempuh jln utk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga.
Abu bakar as siddiq – nama sebenar adaah abdullah ibnu usman ibn kuhaf
Sahabat nabi sebelum masuk islam. Sahabat yg berterusan sampai masuk islam sehingga hijrah, seluruh peperangan nabi disertainya.
Abu bakar antara sahabat yg dikenali dgn peribadi yg mulia sblm masuk islam. Dia tak pernah menyembah berhala sebelum islam.
Abu bakar ketika dibawa ayahnya ke berhala2, bgtau itu adalah tuhan2 mereka. dia berkata kpd berhala : saya lapar, saya perlukan makanan. Saya perlukan pakaian, dll. Tapi berhala itu diam saja. Akhirnya abu bakar menghempaskan batu atas berhala2 itu.
Abu bakar juga xpernah minum khamr.
Nabi kata : akhlak2 yg terjaga dimiliki oleh kamu, dikekalkan oleh Allah sehingga masuk islam. – kata nabi kpd abu bakar
Ada sahabat yg belum islam tapi berperangai baik, dtg jumpa nabi. Adakah perangai baik itu akan berterusan jika masuk islam? Nabi kata credit2 kebaikan itu akan di trasnfer terus jika masuk islam.
Antara yg pertama masuk islam ialah khadijah (perempuan), ali abu talib (kanak2). Dari kalangan lelaki dewasa ialah abu bakar.
Ali abu talib memuji abu bakar di hadapan para tabiin: siapa yg boleh menyamai iman abu bakar? 
Abu bakar mengajak org utk berdakwah. Ramai yg memeluk islam dgn abu bakar.
Nabi pernah kpd ali abu talib : sekiranya ada seseorang dpt hidayah melalui perantara kamu, itu adalah lebih baik dari apa yg ada di muka bumi.
Apa yg kita boleh ikuti dari peribadi sahabat2? Sebarkan dakwah, ajak jiran, kenalan2 utk ke surau / masjid. 
Kata nabi : ‘Siapakah diantara kalian yang berpuasa hari ini?’ Abu Bakar menjawab,’Saya.’ Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Siapakah diantara kalian yang telah mengantar jenazah hari ini?’ Abu Bakar pun menjawab, ‘Saya.’ Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam kembali bertanya, ‘Siapakah diantara kalian yang telah memberi makan orang miskin hari ini?’ Abu Bakar menjawab lagi, ‘Saya.’ Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam masih bertanya lagi, ‘Siapakah diantara kalian yang telah menjenguk orang sakit hari ini?’ Abu Bakar pun menjawab lagi, ‘Saya.’ Lalu Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Tidaklah amal-amal yang telah disebutkan tadi berkumpul pada satu orang, melainkan ia akan masuk surga.’. [HR. Muslim, no. 1028]
Sumber: https://almanhaj.or.id/4187-keistimewaan-abu-bakar-radhiyallahu-anhu-dalam-al-quran-dan-al-hadits.html
Kenyataan dari ali : saya pernah menyaksikan rasulullah ditarik2 / ditolak2 oleh org arab quraisy. Tiada siapa yg sanggup menolongnya melainkan abu bakar.
Ini berlaku Ketika nabi ajak arab quraisy utk menyembah Allah, mereka menjawab mereka sembah Allah tp melalui perantara berhala2.
Kedudukan abu bakar ketika israk dan mikraj :

Dtg org2 musyrikin kpd abu bakar, menceritakan apa yg nabi khabarkan berkenaan israk mikraj, peristiwa yg berlaku dlm 1 mlm yg tidak mungkin berlaku. Abu bakar kata, “jika benar muhammad yg bgtau begitu, maka ia mmg benar.
Setiap hari saya menerima berita2 dari langit melalui dia (nabi), jadi ceritanya ke baitul maqdis / israk mikraj dlm 1 mlm, saya mempercayainya.
Saya xpernah dgr nabi berdusta. Jd apa yg dia katakan, adalah benar.”
Sewaktu nak berhijrah, nabi dtg bertemu abu bakar, abu bakar sedang bersiap2. Nabi minta abu bakar menemaninya, abu bakar terus menunaikan kehendak nabi tanpa berlengah.
Abu bakar adalah antara sahabat yg terbaik dlm menginfaqkan harta dan menjadi peneman nabi. Sehinggakan nabi kata jika aku boleh melantik seorang kekasih, aku akan lantik abu bakar. Tapi hanya setakat sahabat shj.
Nabi hanya pilih abu bakar shj utk menemaninya berhijrah.
Aisyah kata, suatu ketika nabi dtg pd waktu tghari. Nabi bgtau pdnya sudah sampai masa utknya berhijrah. – fakta nabi mula berhijrah bukan pd waktu mlm, tp tengahari.
Tidak byk cerita dari abu bakar berkenaan hijrahnya dgn nabi walaupun perjalanannya cukup pjg. Abu bakar mmf xbyk cerita pengalamannya ketika bersama nabi. Mengapa? Mereka ada prinsip tersendiri.
Antaranya, dia takut tersilap sebut apa yg nabi sebut. Takut terlupa perkataan2. Begitulah dgn sahabat2 yg rapat dgn nabi, mereka xbyk meriwayatkan hadis, melainkan sahabat yg muda2.
Kata ali, ketika perang badar, org yg paling berani ialah abu bakar.
Ketika sahabat2 yg tanya siapa yg jaga nabi? Abu bakar yg menjawab dia yg menjaga nabi, pd setiap peperangan. Sehingga lah turun ayat, Allah menjaga nabi. Lalu nabi kata pd sahabat, xperlu jaga dia kerana Allah menjaganya.
Perang badar – membezakan manusia dgn iktikad / pegangannya.
Selepas perang selesai, ada tawanan2 perang. Nabi minta pandangan para sahabat berkenaan tawanan. Abu bakar memberi pendapatnya utk mengampun mereka, tawarkan mereka utk peluk islam, yg berharta diminta tebusan dan yg ada ilmu diminta ajarkan ilmu, dan nabi besetuju dgn pendapat abu bakar.
Allah turunkan ayat tidak sepatutnya memgampunkan tawanan itu.
Antara syarat2 yg nabi tunjukkan berkenaan khilafah – seorang perempuan dtg bertemu nabi, nabi kata kalau dtg lg lepasni boleh jumpa aku. Perempuan itu tanya kalau nabi tiada? Nabi kata kalau dia tiada, jumpa abu bakar.
Ketika nak memilih khalifah pertama, umar tanya pd sahabat2, siapa yg pernah nabi lantik menjadi imam utk ganti nabi? Tiada kecuali abu bakar.
Setelah dipersetujui dgn perlantikan abu bakar sebagai khalifah, Lalu abu bakar tampil kedepan : wahai manusia, aku dilantik menjadi ketua kalian. Saya dipilih tp bukan bermakna sy yg terbaik di kalangan kalian. Jika dlm perjalanan pemerintahan saya ini baik, sesuai dgn petunjuk Allah dan rasulnya, tolong saya. Bila saya terpesong, perbetulkan saya. Kejujuran / kebenaran itu amanah, jika xdisampaikan, kamu khianati amanah tersebut. Yg lemah / dizalimi diantara kalian, kamu dtg kpd saya. Sampai saya dptkan kembali haknya. Dan org yg merasakan kuat / menzaimi org lain, dia lemah disisi saya, sehingga sy mengambil kembali hak yg dirampasnya.
Nabi kata, tiada iman bagi mereka yg tidak menyampaikan kebenaran.
Ketika melepaskan tenteranya utk berperang, abu bakar berpesan – jgn bersifat khianat kpd pemerintah kamu, jgn berlebih2an / melampaui batas, jgn khianati perjanjian, jgn kamu bunuh kanak2 walaupun mereka musuh kamu kerana mereka tidak mungkin akan berperang, jgn bunuh org tua, jgn bunuh perempuan, jgn tebang pokok / merosakkan, jgn bakar, jgn tebang pokok yg berbuah, jgn main bunuh haiwan melainkan jika nak makan dia, kamu akan lalui tempat ibadat, mereka keluar dari gereja beribadah, jgn bunuh mereka yg baru keluar beribadat. Jgn hancurkan tempat beribadah mereka.

Kita dilarang bunuh haiwan sesuka hati melainkan jika nak makan atau merbahaya. Begitu juga kpd pokok2.

Wallahu a’lam

Islam agama pertengahan (Kuliah Maghrib – 9.9.17)

Penceramah : Ustaz Halim
Bismillah
Islam adalah agama wasati / tengah2. Tidak hanya percaya kpd perkara2 fizikal / sains / material shj. 
Golongan aethis hanya percaya pd apa yg nampak / fizikal shj. 
Perkata ghaib kena dtg sekali dgn dalil quran / hadis.
Islam menolak apa2 yg khurafat, tp tidak menolak sains kerana itu sunnatullah.

Surah al baqarah ayat 111 :
‏﴿١١١﴾ وَقَالُوا۟ لَن يَدْخُلَ ٱلْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصٰرَىٰ ۗ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ ۗ قُلْ هَاتُوا۟ بُرْهٰنَكُمْ إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ
(111) Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani”. Demikian itu (hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: “Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar”.
(Al Baqarah 2:111)
Allah cabar mereka, utk tunjuk bukti jika benar hanga yahudi dan nasrani saja yg masuk syurga.
Setiap apa yg nak kita dakwa berkenaan agama, kena bawa dalil naqli.
Ada org kata, baca yasin mlm jumaat sbb nnt roh emak ayah mereka dtg, tgk mereka baca yasin. Mana dalilnya? Xda dalil! Khurafat.
Islam duduk di tengah2 antara org yg xpercaya agama dan org yg menyembah tuhan yg berbilang2.
‏﴿١﴾ قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
(1) Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa.
(Al Ikhlash 112:1)
Ada golongan (aethis) yg percaya bahawa bumi ini lahir secara semulajadi.
Ada golongan lain yg hilang pedoman, menyembah makhluk lain seperti haiwan, batu, dll.
Sebagai org islam, kita xda perantara utk menyembah Allah. Agama lain byk yg cipta perantara (berhala2) utk menyembah tuhan.
‏﴿٥﴾ وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّن يَدْعُوا۟ مِن دُونِ ٱللَّهِ مَن لَّا يَسْتَجِيبُ لَهُۥٓ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيٰمَةِ وَهُمْ عَن دُعَآئِهِمْ غٰفِلُونَ
(5) Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doa)nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka?
(Al Ahqaaf 46:5)
Kita hendaklah pelajari ilmu2 sains..

‏﴿١٩٠﴾ إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبٰبِ
(190) Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(Ali Imran 3:190)

‏﴿١٩١﴾ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمٰوٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بٰطِلًا سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
(191) (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Ali Imran 3:191)

Ada juga golongan yg menyembah manusia.
Org yahudi – bila didatangkan para nabi / rasul, mereka akan ingkar.
Org nasrani – percaya satu nabi, dan nabi itu diangkat sehingga jadi taraf tuhan.
Org islam – percaya nabi, manusia biasa yg menyampaikan risalah dari Allah, melalui al kitab, jibril sebagai perantara.
Dalil2 naqli dicanai dgn akal. Akal kita dipandu oleh wahyu.
Wahyu mampu menjelaskan apa yg tidak boleh dicapai oleh akal.
Dlm perkara ibadat, islam amat sederhana. Islam tidak menyuruh manusia utk meninggalkan dunia semata2 utk ibadah.
Selepas solat, bertebaranlah atas muka bumi utk mencari rezeki.

Wallahu a’lam

Jalan menuju Allah (Kuliah Subuh – 4.9.17)

Penceramah : Imam Muda Nuri
Bismillah
At taubah ayat 18 :
‏﴿١٨﴾ إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسٰجِدَ ٱللَّهِ مَنْ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا ٱللَّهَ ۖ فَعَسَىٰٓ أُو۟لٓئِكَ أَن يَكُونُوا۟ مِنَ ٱلْمُهْتَدِينَ
(18) Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(At Taubah 9:18)
Ciri2 Org yg imarahkan masjid :
1- org yg beriman kpd Allah, mereka percaya kpd Allah dan rasul, dan hari akhirat

2- menunaikan solat

3- menunaikan zakat

4- tidak takut melainkan kpd Allah
Hadis : hiduplah kamu dgn sesuka hatimu, tp kena ingat kamu akan mati menghadap Allah
Allah xpernah jadikan kita sia2. Perjalanan kita dari Allah, utk Allah, kpd Allah.
Kata imam al ghazali : bila dipanjangkan umur kita, maknanya byknya dosa kita dgn Allah, maka kita wajib sedar. Allah bg peluang kpd kita utk kita mohon taubat pd Allah.
Hubungan kita dgn Allah antaranya dengan berdoa. 
Umur umat nabi akhir zaman sekitar 60-70 tahun.
Kematian itu hampir dgn kita, ia boleh dtg dgn mencelah.
Jdlah manusia yg kenal diri sebagai hamba Allah. Biar untung sikit di dunia, jgn rugi akhirat. 
Sebabtu bila dgr azan, pergilah solat berjemaah, ganjarannya 27 kali ganda dari solat sendirian.
Perbanyakkan berdoa, xsemestinya dlm bahasa arab, boleh doa dlm bhs melayu.
Kalau nak mati sebagai seorang islam, maka cara hidup juga kena hidup sebagai seorang islam.
Kata imam ghazali lg, apa yg kita cintai atas dunia, akan berpisah juga. Tp kalau cinta dgn al quran, zikir, Allah, semuanya akan membantu bila mati kelak.
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dalam keislaman, akhirilah hidup kami dalam keimanan, akhirilah hidup kami dengan akhir yang baik (husnul khatimah)”
Nak kenal Allah, kita kena belajar. Jika xtahu, bertanyalah.
Belajar jgn pernah rasa jemu atau bosan. Biar kurang bijak, jgn kurang adab. Biar hina dimata manusia, jgn hina dimata Allah.
Kalau xmampu jd manusia yg pandai, bijak, cukuplah jd manusia yg baik. Itu lebih bagus dari menjadi org yg bijak tp jahat.
Allah akan mudahkan langkah org yg menuntut ilmu, utk ke syurga Allah.
Mulakan belajar dgn kitab2 kecil, kemudian baru pindah ke kitab2 besar, muktabar. Belajar, amal, istiqamah.
Jgn pernah berputus asa utk belajar al quran.
Dgn ilmu dari jahil jadi alim, dari fakir jd faqih.

Wallahu a’lam

Hari tasyrik & adab bermajlis & adab makan (Kuliah Subuh – 3.9.17)

Penceramah : Ustaz Sulaiman Nuba
Bismillah
Hari tasyrik :

– dari perkataan arab yg membawa maksud matahari terbit
– 11,12,13 zulhijjah. Ada ulamak kata termasuk pd hari aidiladha 10 zulhijjah
– waktu ini kebanyakan ahli korban menjemur daging korban
– keutamaan hari tasyrik :
‏﴿٢٠٣﴾ ۞ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ فِىٓ أَيَّامٍ مَّعْدُودٰتٍ ۚ فَمَن تَعَجَّلَ فِى يَوْمَيْنِ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلَآ إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ لِمَنِ ٱتَّقَىٰ ۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
(203) Dan berdzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang. Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan barangsiapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari itu), maka tidak ada dosa pula baginya, bagi orang yang bertakwa. Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah, bahwa kamu akan dikumpulkan kepada-Nya.
(Al Baqarah 2:203)
– berzikir dlm “beberapa hari yg berbilang”
– digalakkan utk bertakbir selepas selesai solat fardhu, sehingga asar 13 zulhijjah 
– itu Antara sbb aidiladha lebih utama dari aidilfitri 
– aidiladha adalah hari yg utama disisi Allah, diikuti hari kedua aidiladha 
– dilarang berpuasa pd hari tasyrik kerana hari tashrik adalah hari raya kaum muslimin
– hari utk makan, minum dan mengingati Allah
– hikmah disebalik larangan berpuasa pd hari tashrik : ketika org yg sedang buat haji, mereka disyariatkan utk berehat beberapa hari di mina dan mkn haiwan korban. Bg yg xpergi haji, dianjurkan utk perbanyakkan ibadah pd 10 terawal zulhijjah, kemudian berhari raya selama 4 hari pada 10,11,12,13 zulhijjah.
– Allah jadikan haiwan korban sebagai nikmat utk kita, maka kita perlu byk bersyukur dan mengingati Allah.
– dianjurkan sembelih korban
– dianjurkan utk memperbanyakkan doa. 
كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِىِّ-صلى الله عليه وسلم- «اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ»
“Doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam “Allahumma Robbana atina fid dunya hasanah wa fil akhiroti hasanah wa qina ‘adzaban naar” [Wahai Allah, Rab kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka].”

===============================
Sambungan kuliah lepas
Adab2 bermajlis.
Hadis : jgnlah seseorang memperdirikan saudaranya dari tempat duduk saudaranya dan menggantikan posis tempat duduk saudaranya, akan tetapi hendaklah melapangkan dan merenggangkan
Terdapat 2 adab yg nabi ajar :
1- yg berkait dgn org yg dtg lewat. Jgn mengambil

Tempat duduk org lain. Jgn ambil hak org lain, ini adalah satu bentuk kesombongan dan kezaliman.
Kalau dtg lewat, duduk belakang. Sekalipun dia adaah seorang ketua, pemimpin, kalau lewat dtg, duduk belakang.
Dilarang melangkah org lain.
2- org yg sudah duduk / dtg awal. Kena berusaha utk merapatkan dan merenggangkan
Mujadalah ayat 11
‏﴿١١﴾ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا۟ فِى ٱلْمَجٰلِسِ فَٱفْسَحُوا۟ يَفْسَحِ ٱللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُوا۟ فَٱنشُزُوا۟ يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
(11) Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Al Mujaadalah 58:11)
Bila dtg awal, kena penuhkan saf2 hadapan. 
Pernah berlaku pd abdullah ibnu umar, dia dtg lewat. Para sahabat mempersilakan dia utk kedepan kerana memghormatinya, tapi dia tidak mengambil tempat di hadapan.

Anjuran utk menjilat jari sesudah makan.
Dari Ibnu Abbas radliyallahu anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا
“Apabila seseorang di antara kalian makan, maka janganlah dia membersihkan tangannya sehinggalah dia menjilatnya atau menjilatkannya (kepada orang lain)”. [HR al-Bukhariy: 5456, Muslim: 2031, at-Turmudziy: 1801 dan Ahmad: I/ 221]. 

Jilat tangan / jari selepas makan.

Nabi ingatkan dlm satu hadis : kalaian xtau kat mana pd bahagian makanan itu keberkatannya.
Menjilatkan utk org lain – khusus utk suami isteri, utk mengikat kasih sayang.
Dianjurkan utk menjilat bukan semasa makan, tp selepas mkn. Utk pastikan tiada pembaziran.
Sebabtu sebelum mkn kena basuh tgn, pastikan kuku pendek. 
Jika kita xmampu nak buat / ikut sunnah nabi, jgn perlekeh org yg ikut sunnah.
Imam 4 mazhab bersepakat, haram utk cukur janggut sampai habis / licin.

Wallahu a’lam

Tawaran hebat di bulan Zulhijjah (Kuliah Subuh – 31.8.17)

Penceramah : Ustaz Endang Wahyudi
Bismillah
Surah al fajr :
‏﴿١﴾ وَٱلْفَجْرِ
(1) Demi fajar,
(Al Fajr 89:1)
‏﴿٢﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ
(2) dan malam yang sepuluh,
(Al Fajr 89:2)

Huruf و di permulaan ayat, dikenali sebagai sumpahan. Tidak pd semua ayat Allah guna wau sumpahan ini. 
Jadi bila ia ada di permulaan ayat, bermakna ada perkara yg sgt penting Allah nak sampaikan.
Kemudian ال (alif lam) mengkhususkan sesuatu. Yakni pengkhususan pd waktu subuh tertentu.
Disini menurut ulamak tafsir, subuh yg mana yg disebutkan? Yakni subuh pd 10 zulhijjah.
فجر (fajr) disini dikhususkan pd hari raya aidiladha.
Dikatakan aidiladha adalah lebih afdha dari aidilfitri.
Hukum menyembelih haiwan ternak – ulamak 4 mazhab berselisih :
– mazhab hanafi dan hambali : wajib bg yg mampu. Jika ada duit yg cukup utk buat korban tp xbuat, berdosa. Apa hujjah mereka sehingga menjawi wajib? 
Hadis : brgsiapa yg berkelapanagn harta namun xmau buat ibadah korban, maka jgn sekali2 mendekatai tempat solat kami.
Pd zaman nabi, solat raya dilakukan di tanah lapang / padang. Disiti juga dibuat korban. Sapa yg xbuat korban, lepas solat raya terus balik, jgn menyibuk2.
– mazhab syafie & maliki : sunat muakkad. Yg mampu tp xnak korban, berbahagialah. Tp tiada keringanan utk yg mampu.
Seorang sahabat kata, dia mampu buat tp dia xbuat kerana nak bgtau yg ibadah korban itu bukan wajib, sbb abu bakar & umar pernah xbuat korban.

Allah bersumpah demi subuh 10 zulhijjah.
Pada ayat kedua, ﴿٢﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Mlm2 yg sepuluh. Jumhur ulamak kata 10 mlm yg Allah tekankan ialah mlm 1-10 zulhijjah.
Hadis : tidak ada satu pun amal soleh yg Allah cintai melainkan pd 10 mlm zulhijjah. – walaupun pergi ke medan perang berjihad fi sabilillah. 
Sebahagian ulamak kata, 10 mlm di awal zulhijjah mengatakan lebih afdhal dari 10 mlm terakhir ramadhan. Kerana dlm 10 mlm itu hanya 1 mlm saja dicari iaitu lailatul qadr.
Hadis : kalian itu sebanding dgn 70 umat nabi yg lain, kalian umat terbaik dari umat lain, dan kalian dimuliakan oleh Allah.
Kerana? Org yg perlu mati syahid perlu menghadapi proses yg memeritkan. Tp umat nabi muhammad kalau buat ibadah pd 10 mlm zulhijjah ibarat dpt pahala mati syahid.
Umat nabi lain xdpt kelebihan seperti umat nabi muhammad.
Tp sygnya kdg2 kita tak terlalu ghairah kpd tawaran2 yg Allah bagi pd kita.
 Kelebihan puasa arafah : diampunkan dosa setahun yg lepas dan setahun dan akan dtg.
“Puasa hari ‘Arafah itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun berikutnya.” [Shahih Muslim, no. 1162]
12-13 jam tahan mkn dan minum, diampunkan dosa 720 hari.
Dari sebuah hadis qudsi : Tidak ada hari melainkan 9 zulhijjah ini, Allah memadam byk nama2 ahli neraka
Kita xpernah lepas dari melakukan dosa setiap hari.

Sebabtu Allah seringkali bg tawaran yg melampau2 utk mengampuni dosa2 hambanya. Sygnya ramai org yg xterpikat dgn tawaran ini.

Org yg diberi tawaran kerja, ada offer letter. Majikan xakan terus bagi gaji bersama offer letter, hanya akan dpt gaji bila dah buat kerja sebulan. Hjg bln baru masuk gaji, seperti yg ditawarkan.
Tapi janji tuhan, offer letter di quran, hadis, masih ramai yg xnampak.
Esok, hari raya aidiladha , pakailah baju yg terbaik. Kena berlaku adil pd raya aidiladha, jgn hanya berpakaian terbaik pd aidilfitri shj. Ia adalah sunnah. Begitu juga ketika solat jumaat.
Esok hari raya pd hari jumaat, mengikut jumhur ulamak mazhab, hukum solat jumaat wajib. Melainkan yg rumahnya jauh dgn masjid, diberikan kemudahan utk tak solat jumaat. Tp zaman skrg tiada alasan sbb ada kenderaan dan masjid dekat dgn rmh.
Tp dlm mazhab hambali, boleh pilih nak pergi solat jumaat atau tak, xkisah rumah dekat atau jauh dari masjid.

Wallahu a’lam

Amalan2 yg boleh merosakkan pahala – sambungan (Kuliah Subuh – 27.8.17)

Penceramah : Ustaz Shamsudin Abdul Rahman
Bismillah
Sambungan dari kuliah yg lepas.
12- mendatangi dukun / bomoh / org yg meramal nasib seseorang
Sejauh manakah amalan jumpa bomoh di zaman jahiliah?
Disebut kan setiap kabilah ada dukun, bomoh yg sendiri, bahkan hampir menyerupai tukang sihir. 
Dukun / bomoh ini bukan sahaja utk merujuk hal2 kesihatan, malah lebih dari itu – nak dpt nama anak, upacara sblm pergi berdagang (utk dpt untung besar), amalan at tiarah (menenung nasib). 
Ada bacaan2 tertentu, kemudian melepaskan burung. Tgk mana arah burung itu terbang, jika ke kanan ada untung besar, terbang ke kiri ada nasib xbaik / kerugian.
Burung itu hanya utk manusia nampak / mengaburi mata, tp disebaliknya ada jin yg digunakan.
Jika ada ramalan kerugian / nasib xbaik, maka adalah amalan menolak bala. Maka dukun / bomoh pun mendapat bayaran lumayan.
Sebabtu nabi bagi penekanan dlm hal2 ini, sbb bila mereka jumpa bomoh, mereka yakin dgn keputusan bomoh yg menjadi rujukan penting pd zaman itu.
Kita kena tawakkul pd Allah, yg disertai dgn ikhtiar. Buat apa yg dinekadkan (azam). 
Contoh bila nak pegi haji – kena buka akaun, bersedia fizikal dan mental. Xcukup sekadar niat sahaja.
Azam – kena ada niat dan usaha
‏﴿١٥٩﴾ فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ
(159) Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran 3:159)
Org yg dah sampai peringkat azam, dpt pahala, lebih besar dari niat shj.
Ada disiplin yg agak ketat dlm berjumpa bomoh.
Penyakit ain – hasil dari buatan manusia (spt sihir).
Boleh jumpa bomoh bila sakit, sbgai ikhtiar perubatan. Bila dia suruh mandi dgn alat tertentu, mandi, jika suruh makan mknan tertentu, makanlah – selagi halal dan tidak mensyirikkan.
Ada juga doa2 utk elak sihir, boleh amalkan.
Yg bahaya, bila jumpa bomoh sbb nak minta keuntungan.
Nabi bagi peringatan : dlm shahih muslim : sesiapa yg mendatangi peramal utk tanya sesuatu, maka solatnya xditerima 40 hari, selagi xbertaubat.
Ada org pegi tanya bomoh bakal menantu dia ok atau tak. Jumpa bomoh nak cari barang hilang.
Bahaya bila kebergantungan pd bomoh, yg boleh mensyirikkan. 
Bomoh pd zaman arab jahiliah, guna jin.
Ancaman pd hadis nabi itu, utk org yg bertanya bomoh berkenaan perkara ghaib. Ada org nak buka kedai, dia panggil bomoh, ada kemenyan, utk menepung tawar / mendinding kedai, utk elak sihir, elak org ganggu – ini antara yg dilarang. Begitu juga dgn penggunaan tangkal.
Kesan paling buruk jumpa bomoh – kebertangungan pd sifat ghaibiat, syirik dan juga memperbodohkan manusia.
Ada org letak quran dlm kereta, terbiar kena panas sampai rosak. Niat xbetul tujuan utk elak eksiden, xbagi syaitan masuk kereta. Ini xbetul, quran utk dibaca & diamal, bukan utk elak kecelakaan. Ada amalan yg nabi ajar bila menaiki kenderaan, antaranya baca doa.
Nabi buat kenyataan yg lebih keras : sesiapa yg mendatangi bomoh / dukun, dan membenarkan / mempercayai apa yg dikata bomoh, dia telah kufur kpd ajaran nabi muhammad.

13- derhaka pd kedua org tua
Pentingnya menjaga hati / berihsan kpd ibu bapa, dlm surah luqman ayat 14 :
‏﴿١٤﴾ وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ
(14) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
(Luqman 31:14)

Surah al isra ayat 23 :
‏﴿٢٣﴾ ۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوٰلِدَيْنِ إِحْسٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
(23) Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
(Al Israa’ 17:23)

Byk ujian bila isteri mengandung – ujian pd ibu dan juga bapa. 
Emosi ibu mudah terganggu ketika mengandung, kdg2 ada alahan2.
Kesan derhaka pd ibu bapa :

– amalan tertolak

– hidup xberkat

– anaknya akan derhaka padanya
Buat baik pd ibu bapa – punca murah rezeki, tenang hati, rezeki berkat.
Kdg2 kesenangan hidup kita adalah sbb kita buat baik pd org lain.

14- minum arak
Ia jelas haram.
Hadis : sesiapa yg meminum arak, xditerima solatnya selama 40 hari.. (dan seterusnya)
“Barangsiapa minum khamar dan mabuk, maka shalatnya tidak diterima selama empat puluh pagi, dan jika meninggal ia masuk neraka. (tetapi) manakala ia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan jika kembali lagi minum dan mabuk, maka shalatnya tidak diterima selama empat puluh pagi, jika meninggal ia masuk neraka, (tetapi) manakala ia bertaubat, Allah menerima taubatnya. Dan jika kembali lagi minum dan mabuk, maka shalatnya tidak diterima selama empat puluh pagi, jika meninggal ia masuk neraka, (tetapi) manakala ia bertaubat, Allah menerima taubatnya. Dan jika (masih) kembali lagi (minum khamar) maka adalah hak Allah memberinya minum dari radghatul khabal pada hari kiamat” mereka bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah radghatul khabal itu? beliau menjawab : “cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka” (HR Ibnu Majah, 3377, shahihul Jami’ 6313)

Kenapa Allah xterima setelah 4 kali taubat? Kata ulamak :

– sebab itu taubat main2

– org itu sudah menjadi tabiat dan susah nak berubah
Apa hubungan arak dgn org arab?

– pd zaman jahiliah, arak ini adalah minuman biasa, dlm rumah ada tempayan arak. Ia menjadi kebiasaan.

Kalau org tu xminum arak, itu dianggap pelik. 

Arak dihidang di majlis2 kahwin.
Bila peminum arak dan tidak bertaubat, maka dia akan bertemu Allah seperti org yg menyembah berhala bertemu Allah.

15- bercakap bohong dan beramal dengannya
Musim pilihanraya ni, xkisah sebagai calon atau apa, jgn nak bohong utk tagih undi. Bina suatu persepsi / fitnah terhadap calon lain, utk menjatuhkannya.
Xboleh fitnah walaupun org itu bukan islam.
Hadis : sesiapa yg tidak meninggalkan perkataan dusta, tuhan tidak terima puasanya.
Saidina umar pesan, jika nak nilai / tgk seseorang itu, bila dia bercakap, ada bercanggah atau tak dgn apa yg dia cakap sebelum ni.
Sekali berbohong, tidak sama dgn bohong byk kali. Bila dah bohong byk kali, dia akan di “cop” sebagai pembohong besar. Dia dah susah nak tggalkan tabiat bohong sbb sudah menjadi kebiasaan.

16- memelihara anjing
Kecuali utk menjaga ternakan, pertanian, berburu.
Nabi sebut dlm riwayat bukhari muslim : 
“Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk menjaga hewan ternak, berburu dan menjaga tanaman, maka akan dikurangi pahalanya setia hari sebanyak satu qirath.” (HR. Muslim, no. 1575)
Dari Abdullah bin Umar, radhiallahu anhuma, dia berkata, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Siapa yang memelihara anjing, kecuali anjing untuk memelihara ternak, atau berburu, maka akan dikurangi amalnya setiap hari sebanyak dua qirath.” (HR. Bukhari, no. 5163, Muslim, no. 1574)

17- hamba yg tidak mengikut perintah tuannya
18- isteri yg derhaka pd suami
Begitu juga suami yg xjalankan tanggungjawabnya.
19- org yg menjadi imam sedangkan makmum xsetuju / membencinya
Hadis : 3 golongan yg solat mereka xditerima :

1- hamba yg lari dari tuannya

2- wanita yg tidur pd waktu mlm dlm keadaan suaminya marah padanya

3- imam suatu kaum, tp dibenci kaumnya
Nak jd imam, akhlak kena lebih baik dari makmum
20- tidak bercakap dgn sesama muslim tanpa sebab syar’ie
Ulama sebut, siapa yg kata halal berbalah lebih dari 3 hari, rosak akidah.

Wallahu a’lam