USUL TAFSIR – asas bagi org awam (sambungan) (Kuliah Maghrib – 9.7.18)

Penceramah : Ustaz Zulfakar Mustaffa

Bismillah

Muqaddimah :

Dlm byk2 penyakit, xda satu penyakit pun yg boleh memasukkan kita dlm neraka, melainkan 1 penyakit, iaitu penyakit hati.

Sebabtu nabi ingatkan kita dlm satu hadis : dlm satu tubuh ada seketul daging, apabila daging tu baik, seluruh tubuh bdnnha jd baik, apabila dgg itu rosak, maka seluruh tubuh bdn dia jd rosak. Ketahuilah, itu adalah hati.

Hatilah yg menentukan sesuatu yg kita nak buat, atau nak tinggalkan.

Rujuk surah al baqarah ayat 6-7 :

‏﴿٦﴾ إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

❬6❭Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.

(Al Baqarah 2:6)

‏﴿٧﴾ خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصٰرِهِمْ غِشٰوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

❬7❭Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat.

(Al Baqarah 2:7)

Org2 kafir tidak akan beriman, kerana hati mereka telah ditutup. Maka pendengaran dan penglihatan mereka tidak berfungsi lagi.

Sebabtu kena doa pd Allah, agar tidak pesongkan hati kita setelah diberi hidayah. Doanya :

‏﴿٨﴾ رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ

❬8❭(Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)”.

(Ali Imran 3:8)

Rujuk juga ayat 8 surah al baqarah :

‏﴿٨﴾ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ

❬8❭Di antara manusia ada yang mengatakan: “Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian,” pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

(Al Baqarah 2:8)

Kitalah org yg kata kita beriman dgn Allah dan hari kiamat. Tapi ada yg Allah xterima iman mereka.

Sebab apa? Ada hati yg sakit. Rujuk :

‏﴿١٠﴾ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا۟ يَكْذِبُونَ

❬10❭Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

(Al Baqarah 2:10)

Hati yg sakit, Allah tambah lagi penyakitnya.

Kena perbanyakkan juga doa :

Rujuk kisah yahudi dan nasrani. Mereka diturunkan al kitab , diberi nikmat tp kufur.

Surah al hadid,

‏﴿١٦﴾ ۞ أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا۟ كَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ ٱلْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ

❬16❭Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

(Al Hadiid 57:16)

Ayat diatas, Allah bertanya pd kita.. kita kena jawab.

Allah pesan jgn jd seperti org yahudi dan nasrani, mereka tinggalkan kitab kpd rasul mereka. Hati mereka menjadi keras.

Tinggalkan al quran, menyebabkan hati jadi keras. Dan kebanyakannya menjadi org yg fasik.

Lihat apa fenomena yg berkalu zaman kita. Bunuh, rogol, buang bayi… kenapa mereka sanggup buat? Sebab hati mereka keras!

Allah perincinkan lagi berkenaan hati yg keras dlm ayat :

‏﴿٧٤﴾ ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَٱلْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ ٱلْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ ٱلْأَنْهٰرُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ ٱلْمَآءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

❬74❭Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.

(Al Baqarah 2:74)

Hati yg keras seperti batu, bahkan lebih keras!

Rujuk surah yunus ayat 57 :

‏﴿٥٧﴾ يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

❬57❭Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Yunus 10:57)

Ayat ini menakjubkan bila kita tadabbur.

1- Allah panggil manusia. Secara umumnya xkira bangsa apa, agama apa, warna kulit apa. Allah panggil utk bagi perhatian kpd al quran. Jika bg perhatian, org itu jd beriman dgn rahmat Allah.

Bagaimana al quran itu dpt jd pelajaran?

– bila kita baca, terjemah, dpt pelajaran

Utk dpt pengajaran, kita perlu belajar. Bila belajar, kena ada :

1- buku

2- guru

3- pen

Bila pergi sekolah, kita bawa : buku, pen, dan jumpa guru. Kalau xlengkap, xdpt nak belajar.

Bila ayat quran jd pengajaran, kita dpt pelajaran, akan menjadi penawar kpd hati kita.

Kisah seorang perempuan di amerika beberapa bulan lepas, umur 70 tahun. Pendakwah2 buka booth, letak quran terjemaah, pamplet, dll. Perempuan ini diberi pample dan quran, dia ambil, dan balik rmh. Perkara pertama dia buat, dia buka quran. Sehingga dia dpt khatamkan quran terjemahan dlm masa 5 hari. Itu org kafir, kita bagaimana?

Dia lihat pamplet, cari dimana islamic centre, sbb nak masuk islam. Selepas ucap syahadah, dia ditanya, apa sebab / punca dia dtg kpd islam? Dia cerita jumpa booth, sampailah khatam quran. Bila baca quran pd hari pertama, dia rasa takut pd neraka Allah. Dia terus membaca dan terus merasa takut pd Allah. Hingga hari ke 6, dia buat keputusan utk peluk islam.

Kalau org kafir, Allah lembutkan hatinya selembut2nya. Mustahil jika kita buat perkara yg sama, Allah xakan lembutkan hati kita dan beri hidayah pd kita. Bila dpt hidayah, mudah utk kita ikut, dan taat kpd Allah.

Mudah utk kita beramal, beriman, bertaqwa. Itulah bentuk2 rahmat dari Allah bagi org2 yg beriman.

Begitu pentingnya utk ubat hati2 kita. Semua sakit itu boleh diubat dgn quran. Bukan sekadar minta ustaz buat air penawar. Kena bawa dia ke majlis2 al quran, majlis2 ilmu.

Kalau baca quran pd air boleh lembutkan hati, xda org jahat dah kot. Xkan berlaku.

Hati jd lembut disebabkan kita belajar quran, bukan sebab minum air jampi. InsyaAllah kita akan dpt baiki diri kita.

Yg merempit anak siapa? Yg menagih dadah anak siapa? Yg buat huru hara anak siapa? Kembalikan anak2 pd al quran.

Sejarah menunjukkan umar al khattab yg keras terhadap nabi, dilembutkan hatinya dgn beberapa ayat dari al quran, bukan diberi air jampi!

Allah tidak akan bebankan kita dgn apa yg kita xdpt pikul. Jd kita kena usahakan sesuatu.

============

Usul Tafsir

Dlm kuliah yg lepas, kita bincang kaedah2 penafsiran al quran. Ada 5.

Tafsir quran :

1- dgn quran

2- dgn hadis nabi SAW

3- dgn tafsiran para sahabat

4- dgn tafsiran tabi’in dan tabi’ tabi’in

5- dgn tafsiran bahasa arab

Dlm tafsiran bhs arab, kena tahu i’rab. Kena ada ilmu baris2 dlm ayat / perkataan dlm quran, kena ada ilmu dlm nama2 yg lazim, ada yg berbeza baris membawa makna yg berbeza. Perlu tahu sifat yg khusus dan umum.

Contoh perkataan صل – yg berkongsi beberapa makna.

‏﴿٨٤﴾ وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰٓ أَحَدٍ مِّنْهُم مَّاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِۦٓ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ فٰسِقُونَ

❬84❭Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.

(At Taubah 9:84)

Dari sudut bahasa, solla bermaksud doa. Tp dlm ayat diatas membawa maksud solat (dari sudut / maskud syariat).

Rujuk pula ayat :

‏﴿١٠٣﴾ خُذْ مِنْ أَمْوٰلِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

❬103❭Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(At Taubah 9:103)

صل – dlm ayat diatas membawa maksud doa.

Dlm sebuah hadis : apabila nabi dtg kpd satu kaum utk dptkan zakat2 mereka, nabi akan berdoa: ya Allah rahmatilah keatas mereka

Dlm doa nabi dlm hadis diatas, solla membawa maksud rahmati.

Lihat surah al a’raf ayat 33 :

‏﴿٣٣﴾ قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّىَ ٱلْفَوٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَٱلْإِثْمَ وَٱلْبَغْىَ بِغَيْرِ ٱلْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُوا۟ بِٱللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِۦ سُلْطٰنًا وَأَن تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

❬33❭Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

(Al A’raf 7:33)

Allah mengharamkan beberapa perkara, antaranya mengada2akan terhadap Allah apa yg tidaj diketahui.

‏﴿١٦٨﴾ يٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِى ٱلْأَرْضِ حَلٰلًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوٰتِ ٱلشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

❬168❭Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

(Al Baqarah 2:168)

‏﴿١٦٩﴾ إِنَّمَا يَأْمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلْفَحْشَآءِ وَأَن تَقُولُوا۟ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

❬169❭Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

(Al Baqarah 2:169)

Syaitan menyuruh manusia buat perbuatan jahat, keji, dan mengatakan terhadap Allah atas apa yg tidak diketahui.

Wallahu a’lam

Leave a comment