¬†Adab2 makan / minum yg dianjurkan (Kuliah Subuh – 16.7.17)

Penceramah : Ustaz Azzahari Murad
Bismillah
>>> Bab : adab2 makan
Adab sebelum makan :
– basuh 2 tangan sblm makan.
– meletkakan makanan atas safrah dan diletakkan atas bumi (mkn kat bawah), ia lebih mendekati perbuatan nabi. Nabi kata : sesungguhnya aku adalah hamba, dan aku mkn dgn cara seorang hamba mkn.
– angkat / dirikan kaki (lutut) kanan dan duduk atas kaki kiri.
– niat mkn utk bg kekuatan utk beribadah pd Allah
Antara tanda sahihnya niat itu adalah, dia makan xsampai kenyang.
Hadis : tidak memnuhkan oleh anak adam sesuatu bekas yg plg buruk melainkan perut. Cukuplah bg anak adam beberapa suapan yg boleh membetulkan tulang belakang. Kalau terpaksa mkn, 1/3 utk makanan, 1/3 utk minuman, 1/3 utk bernafas.
– tidak menyentuh makanan melainkan ketika lapar
– angkat makan sblm kenyang.
Siapa yg buat mcmtu, maka dia tidak berhajat kpd doktor.
Antara sahihnya niat mkn td – dia redha dgn rezeki yg ada, walaupun lauk simple, dan tidak menghina makanan. Tidak menghina makanan.
– mkn berjemaah. Ajak anak2 yatim mkn sekali (kalau ada kenduri)

Adab waktu makan :

– baca bismillah sblm mkn. Nabi kata : baca bismillah.
Xperlu kita memanjangkan doa mkn. Yg terbaik baca bismillah shj, itu petunjuk yg terbaik.
– puji Allah bila selesai mkn. Plg kurang Ucap Alhamdulillah 
– makan dan minum dgn tangan kanan
Dlm satu majlis makan, ada seorang budak nak ambik makanan dgn tgn kiri, nabi tangkap tangan budak itu. Begitu juga dgn sorang arab badwi yg nak ambik makanan dgn tgn kiri. Nabi pesan suruh baca bismillah dan ambik dgn tgn kanan.
– kecilkan suapan.
– kunyah elok2.
– jgn ambik suapan yg seterusnya sehingga habis suapan dlm mulut.
– mkn yg dekat2. Melainkan jika ada byk hidangan lain.
– jgn cela makanan.
– makan dgn 3 jari – tgk pd kesesuaian makanan.
– jika ada makanan yg jatuh, ambil & bersihkan dan makan.
– jgn tiup makanan atau minuman yg panas, kerana boleh memudaratkan kesihatan.
– kalau makan kurma / tamar, jgn campur biji dgn buah. Asingkan.
– makan dulu baru minum. Elakkan makan minum, makan minum berulang kali / selang seli. Utk jaga kesihatan.
– ambik bekas minuman dgn tgn kanan, tgk dulu dlm air (pastikan xda bendasing)
– minum air perlahan2, sedut sikit2, jgn terus telan.
– jgn minum sambil berdiri.
– minum 3 kali (utk 1 cawan), bukan habis sekaligus. Tidak bernafas dlm bekas.

Adab selepas makan :
– menahan diri sebelum kenyang. Xmakan sampai kenyang.
– menjilat jari.
– gunakan jari utk sapu bekas mknn.
– puji Allah – sekurang2nya ucap Alhamdulillah 
– basuh tgn selepas mkn.

Adab makan beramai2
– makan ramai2, jgn mula makan melainkan dimulakan oleh yg senior / tua dulu. Atau org yg berkepentingan / berpengaruh – mcm YB, pemipin
– bersembang benda yg baik2 ketika makan. Jgn senyap saja.
– utamakan kawan kita. Kalau ada lauk sikit, bg kwn dulu. 
– tidak menyempitkan sahabat.
– tlg cedok utk kwn.
– jgn tgk / perhati kwn makan, boleh buat kwn xsenang mkn.
– jgn buat benda yg menjijikkan ketika makan – buang hingus, kahak, dll.
– jgn tunduk kepala sampai mcm nak masuk dlm talam / bekas mkn.
– jika ada sesuatu dlm mknn contohnya batu, tulang, palingkan wajah dari kwn2, dan keluarkan dari mulut.
– jgn luahkan makanan dlm talam / bekas mknn.

Wallahu a’lam

Advertisements