Seronoknya beraya! (Kuliah Maghrib – 10.7.17)

Penceramah : Ustaz Zuhdi Mat Piah
Bismillah
Yg dikatakan seronok beraya ialah dgn bertambahnya ketaatan. Itulah Eid.
Kalau pun xbertambah, boleh istiqamah yg dulu pun ok.
Menurut saidina ali dan dinukilkan oleh para ulamak, berkenaan eid : seronok raya ini biarlah kita mendapat keampunan dari Allah. Xberguna kalau melalui raya tanpa mendapat keampunan Allah.
Jgnlah kita berlebih2an dlm semua keadaan, maka ia akan jd elok, jd baik, jd cantik.
Contoh : jgn berlebih2 dlm mkn. Allah xsuka org yg melampaui batas.
‏﴿٣٧﴾ فَأَمَّا مَن طَغَىٰ
(37) Adapun orang yang melampaui batas,
(An Naazi’at 79:37)
‏﴿٣٨﴾ وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا
(38) dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,
(An Naazi’at 79:38)
‏﴿٣٩﴾ فَإِنَّ ٱلْجَحِيمَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ
(39) maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).
(An Naazi’at 79:39)
‏﴿٤٠﴾ وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ
(40) Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,
(An Naazi’at 79:40)
‏﴿٤١﴾ فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ
(41) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).
(An Naazi’at 79:41)
Golongan yg pertama disebut dlm ayat diatas : org yg suka melampaui batas agama – Allah suruh buat lain, tp dia buat lain, xnak ikut ketetapan, langgar apa yg dibatasi. Juga org yg melebihkan urusan dunia bebanding urusan akhirat – di akhirat kelak, tempatnya tidak lain ialah al jahim.
‏﴿٤﴾ وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
(4) Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
(Adh Dhuhaa 93:4)
‏﴿٥﴾ وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
(5) Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas.
(Adh Dhuhaa 93:5)
Waktu hidup ni, sekiranya kita melebihkan urusan dunia, maka Allah akan benci pd kita. Sbb Allah jadikan kita utk hidup atas muka bumi dan Allah jadikan akhirat utk kita.
Jgn lupa kita hamba Allah, akan kembali pd Allah, jgn langgar batasan agama. Allah dah bg peringatan awal pd kita. Jgn buat perkara yg boleh mengundang ancaman neraka.
Seterusnya, adapun org yg waktu hidup dia, dia takut dgn kedudukan Allah, tahu kekuatan dan kebesaran Allah, dia tahan nafsu dia, dia buat satu2 benda berdasarkan perintah Allah, bukan suruhan nafsu – di akhirat kelak, org ini akan diletakkan di tempat yg istimewa.
Tidak ada salah utk sambut raya sebulan, buat open house, erat silaturrahim – biar buat rumah terbuka, jgn sampai aurat terbuka. Penuhi jemputan kenalan jgn sampai abai jemputan Allah.
Kalau ada anak yatim dlm kawasan rmh kita, aula utk jemput mereka dtg mkn, mereka adalah sumber keberkatan.
Kalau dulu waktu ramadhan boleh dtg masjid awal, bulan ni kena buat sama juga. 
Bila kita sempurnakan tuntutan Allah, Allah akan sempurnakan keperluan kita.
Terawih hanya dibuat di bln ramadhan, tp witir dituntut utk dibuat setiap malam.
Bacaan quran adalah bacaan harian, bukan hanya bacaan tadarus sebulan dlm setahun.
Jgn kita merugikan masa yg Allah bg dgn dilalaikan dgn benda yg lain sehingga melupakan benda yg kita buat dulu.
Dlm quran ada 2 surah yg plg pendek- al kauthar, dan surah al asr.
Surah al asr, Walaupun pendek, tp diakui oleh amru bin al asr, waktu itu dia masih belum beriman, surah itu walaupun pendek, hebat & penting peringatannya.
Suatu ketika amru al asr berjumpa dgn musailamah al kazzab, pendusta di zaman nabi. Dlm pertemuan itu, musailamah tanya amru : apa yg tuhan telah turun kpd kawan kamu iaitu muhammad? Waktu itu amru belum lg islam. (Tidak disebut sahabat kerana belum

Islam / belum beriman lagi waktu itu).
Amru bgtau pd musailamah, apa yg turun adalah surah al asr. Dibacakan surah al asr. Selesai baca surah al asr, musailamah terdiam dan fikir apa yg didengarinya. Kemudian dia bgtau, tuhan pun turunkan jugak ayat kepadanya.
Amru tanya surah apa yg diturunkan? Musailamah baca syair ciptaannya. Musailamah tanya amru apa pandangannya? Amru jawab, demi tuhan, sesungguhnya kamu adalah pendusta di zaman ini.
Syair dgn ayat quran sgt2 berbeza, xboleh disamakan.
Uwais al qarni, walaupun hidup dizaman nabi dan beriman dn nabi, tp sbb xpernah jumpa dgn nabi, dia tidak dikira sebagai sahabag. Uwais duduk yaman, xdpt nak jumpa nabi kerana jarak yg jauh dan kena jaga emaknya yg uzur. Satu ketika emaknya izinkannya utk pergi jumpa nabi di madinah. Uwais menempuh jln yg jauh sehingga sampai ke rumah nabi, sampai di muka pintu, tp yg keluar bukan nabi tapi isteri nabi. Isteri nabi bgtau, nabi keluar berperang. Akhirnya uwais balik sbb xtau berapa lama nak tunggu nabi, dan emaknya menunggu di rumah. Bila nabi balik, isteri nabi bgtau nabi uwais dtg hendak jumpa nabi. Nabi declare pd sahabat, uwais yg hebat menjaga dan berkhidmat kpd ibunya, doa uwais tidak akan ditolak oleh Allah.
Setelah nabi wafat, para sahabat tggu di sempadan madinah kot2 boleh bertemu dgn uwais. Ada sahabat yg bertemu uwais minta uwais berdoa utk mereka, kerana nabi bgtau doanya tidak ditolak.
Demi masa, manusia dlm kerugian – dulu boleh tunggu azan maghrib, lepas ramadhan dah xnak tunggu maghrib.
======
Selingan :
Antara kelebihan bilal – sejauh mana laungan suaranya didengari, sejauh itulah keampunan Allah padanya.
Azan itu bukan saja didengari oleh manusia, tapi juga makhluk2 lain. Makhluk2 ini bila dgr azan, mereka akan berdoa agar Allah ampunkan dosa bilal.
======
‏﴿١﴾ وَٱلْعَصْرِ
(1) Demi masa.
(Al ‘Ashr 103:1)
‏﴿٢﴾ إِنَّ ٱلْإِنسٰنَ لَفِى خُسْرٍ
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
(Al ‘Ashr 103:2)
‏﴿٣﴾ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصّٰلِحٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
(3) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Al ‘Ashr 103:3)
1- Org beriman, dia akan tgk ganjaran yg Allah nak bg, dia xtgk kesusahan utk buat sesuatu ibadah itu.
2- Org yg buat amal soleh, dia xkira bulan apa, ramadhan atau selain ramadhan, dia akan tetap buat amal soleh. Ramadhan mengajar kita menjadi soleh.
3- Org yg ckp benda yg betul, bersumberkan quran dan sunnah.
4- berpesan atas dasar kesabaran. Nak tau kita sabar atau tak, tgk pd waktu kita diuji.
Org yg ambik peringatan, adalah org yg berjaya. Org yg berpaling dr peringatan, adalah org yg rugi.

Wallahu a’lam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s