Adab makan & minum (Kuliah Subuh – 9.7.17)

Penceramah : Ustaz Firdaus Muhammad Saad
Bismillah
1- perhatikan kebersihan.
Basuh tgn. Jgn terus mkn bila sampai di tempat jamuan.
Syariat islam menggalakkan kebersihan, kesihatan.
Hadis : malu itu sebahagian dari cabang iman.

Antara cabang iman juga, mengelakkan / membuang halangan di tengah jalan (membersihkan / kutip sampah dari tgh jln)
Jiwa muslim yg hakiki, xkan suka benda yg kotor. Dia suka sesuatu yg kemas, bersih.
Membuang sampah di tgh jln, bukanlah peribadi dari seorang muslim.
Selain basuh tgn, basuh peralatan yg kita guna – sudu2 / alatan lain.
Ada kalanya waiter / waitress dtg hantar sudu, mereka pegang pd permukaan sudu, tidak pada pemegangnya. Jd sebaiknya kita basuh dulu sudu2 itu.

2- kena tahu makanan yg disediakan itu dari bahan apa.
Dari sumber yg halal atau x, dari bahan yg pelik2 tak? 
Bila ada byk pilihan, kita ada hak juga utk tidak mengambil, dan tuan rumah tiada hak utk paksa makan.
Satu ketika, Bila nabi dan khalid pergi ke satu jamuan yg dihidang dhab, ketika nabi nak capai daging dhab, ada yg bgtau pd nabi itu daging dhab, lalu nabi xjadi makan. Bukan sbb haram, tp sbb nabi xbiasa mkn. Lalu khalid ambik dhab itu dan mkn. 
Bila tahu sumber makanan itu, mungkin boleh mengelakkan dari kita rasa xselesa bila kita sudah mkn. Atau bila kita suka sesuatu makanan itu, boleh jd kita akan puji makanan/ puni tuan rmh dgn ikhlas.
3- bila sudah dihidang makanan, jgn tunggu lama2, jgn malu2.
Satu hari nabi hidang makanan pd aisyah dan kawan2nya. Kwn2 aisyah malu, kata dah mkn, malu, nabi tegur. Jgn kumpulkan malu, lapar, bohong sekali.
Jika xmakan, akan wujud rasa xseronok pd tuan rumah.
Nabi ibrahim didatangi oleh para malaikat yg menjelma dlm bentuk lelaki yg kacak. Nabi ibrahim menghidangkan unta, itu adalah hidangan yg biasa, yg plg senang. 
Tapi tetamunya xmakan sebab mereka ialah malaikat. Bila mereka xmakan, ibrahim rasa xseronok lalu tanya mereka kenapa xmakan? Ibrahim rasa takut. Kemudian baru lelaki2 itu bgtau mereka ialah malaikat yg diutus Allah.
Xperlu sampai tuan rmh jemput byk kali suruh makan.
4- ucap bismillah sblm makan.
Dari imam nawawi : boleh juga ucap bismillahirrahmanir rahim
Atau baca bismillah saja pun sudah cukup.
Jgn lupa baca, ini adalah kunci utk halang syaitan dari makan berdama kita.
Nabi kata sapa xbaca bismillah sblm mkn, syaitan akan makan bersamanya.
5- mkn dgn tangan kanan
Xkisah apa jenis makanan yg kita masukkan dlm mulut, gula2 ke, shewing gum ke, guna tgn kanan. Unless terpaksa, atau susah sgt nak guna tgn kanan, baru guna tgn kiri.
Bila tgn kanan dah ada kesan mknn, dan nak minum, guna juga dgn kanan. Makanan bukannya najis, jd xde masalah guna tgn kanan utk pegang cawan.
Kalau ada org dtg dan nak salam kita, sedang kita sedang mkn, hulur je tangan kanan. Jgn salam dgn tgn kiri.
Org2 mukmin akan rasa getaran ukhuwah itu bila bersalaman.
Saling berkasih sayang sesama mukmin, lagi2 bila bersalam.
Jgn salam dan picit kuat2. 
Ada kalanya kita makan, mknan yg perlu guna 2 tangan. Ulamak juga bincang isu ini. Boleh ke xboleh? Tidak ada secara khusus hadis berkenaan guna 2 kanan.
Tapi, ada kisah, nabi ada bekas minuman yg agak besar. Bekas itu xakan mungkin guna 1 tgn. Jd para ulamak bncg, xlogik nabi guna 1 tgn utk angkat bekas itu. Jadi, dibolehkan utk guna 2 tgn jika perlu, lebih2 bila makanan / bekas minuman itu besar saiznya.

6- makan apa yg ada berhampiran
Tuan rumah yg cerdik, dia memudahkan tetamunya. Dia xletak makanan jauh2, susun agar tetamu mudah nak ambik.
Cerdik yg negatif, yg xberapa nak tetamu makan, mungkin sbb sedikit, dia letak makanan itu jauh sedikit supaya tetamu xambik. – kalau xnak jamu org, jgn hidang.
Jika xmampu nak hidang sebab dirasakan sedikit, nabi ajar agar diperbanyakkan kuahnya. Boleh bg jiran / tetamu rasa sikit.
Dilarang mencapai makanan yg jauh jika makanan yg sama ada berhampiran kita. Ini menunjukkan ketamakan.
Nabi ajar ambik yg dekat dahulu agar tidak nampak tamak.

7- jgn lupa utk berdoa. Doa utk org yg mejamu kita.
Doalah dgg ikhlas kpd Allah, agar Allah bg rezeki mkn & minum pd org yg telah ikhlas menjamu kita makan dan minum.
Nabi berdoa pd org yg menjamunya ; telah berbuka puasa dirumah kamu, seorang yg baik, dan telah makan dirumah kamu org2 yg soleh, dan telah berselawat atas kalian malaikat2.

8- elakkan bersandar ketika makan
Nabi halang utk bersandar ketika makan. Ulamak jelaskan, bersandar itu ialah bila bersandar kpd tgn kiri.
Style nabi mkn seperti seorang hamba, mkn sikit dan sekejap. Bukan utk duduk lama.
Cara nabi duduk ketika makan – duduk atas tumit kaki kiri, lutut kanan tegak. Cara ini boleh mengawal selera, rasa nak mkn sedikit shj.
Antara byk2 bekas, yg plg kotor diisi dgn makanan ialah perutnya. Jadi, cukup dgn sedikit makan. Cukup max 1/3 makanan, 1/3 air, 1/3 nafas.
Bila terlalu kenyang, akan cepat rasa letih. Makan sikit / diet, akan rasa lebih sihat.

9- elakkan daripada membuang hingus / ludah atau perkara2 sejenis dihadapan org.
Bila nak cungkil gigi, tutuplah dgn tangan agar xtimbul rasa jijik pd org yg ada di sekitarnya.
Kalau sendawa, sorok2 sikit, cover. Jgn main lepas je. Jgn buat benda yg org xsuka. 
Utk tuan rumah, elakkan bagi isyarat agar tetamu segera henti makan – hantar tisu, pencuci mulut lebih awal

10- berdoa utk diri sendiri selepas makan
Baca doa mkn. Atau ucap Alhamdulillah, syukur Allah bg makan, bg rezeki pd kita. 

Kesimpulan, bila nak mkn ucap bismillah, selepas makan ucap Alhamdulillah.
Kita makan dan minum ikut cara dan adab yg nabi ajar, InsyaAllah akan dimurahkan lg rezeki kita.
‏﴿٧﴾ وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
(7) Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Ibrahim 14:7)

Wallahu a’lam