Istiqamah selepas Ramadhan (Kuliah Maghrib – 6.7.17)

Penceramah : Ustaz Kamarudin Hamid
Bismillah
Hadis : tempat yg plg dikasihi oleh Allah ats muka bumi ini ialah masjid2, dan tempat yg plg dimurkai oleh Allah ialah pasar2.
Kita boleh ke pasar jika ada keperluan, membeli brg2 keperluan. Jika xda keperluan, xperlu pergi, lebih baik ke rumah Allah.
‏﴿١١٢﴾ فَٱسْتَقِمْ كَمَآ أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا۟ ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
(112) Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Huud 11:112)
Kita hamba kpd Allah, bukan hamba pd ramadhan.

Hamba Allah tetap mengabdikan diri kpd Allah pd bila2 masa. 
Hamba ramadhan, dia hanya giat ibadah pd ramadhan shj, bila habis ramadhan, dia dah xberamal. Dia hanya bersungguh di bln ramadhan shj.
Hamba Allah, dia istiqamah buat amal soleh, tp dlm bln ramadhan dia buat extra sikit.
‏﴿٣٠﴾ إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسْتَقٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ ٱلْمَلٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ
(30) Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.
(Al Fushilat 41:30)

Hadis : sangat berbahagia / bertuah sekali apabila didapati lembaran yg dibuka, terdapat org itu istighfar yg byk.
Beruntung org yg byk istighfar ketika berada di atas dunia.

‏﴿١٤﴾ ٱقْرَأْ كِتٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ ٱلْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا
(14) “Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu”.
(Al Israa’ 17:14)
Ada org akan dpt kitab amas sebelah kanan, dan ada juga dpt di sebelah kiri. Yg dpt di sebelah kanan, akan bergembira. Yg dot sebelah kiri akan berduka kerana keburukannya melebihi kebaikan.
‏﴿٤٩﴾ وَوُضِعَ ٱلْكِتٰبُ فَتَرَى ٱلْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يٰوَيْلَتَنَا مَالِ هٰذَا ٱلْكِتٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحْصَىٰهَا ۚ وَوَجَدُوا۟ مَا عَمِلُوا۟ حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا
(49) Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: “Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun”.
(Al Kahfi 18:49)
Islam adalah agama fitrah, sesuai dgn naluri manusia.
‏﴿٣٠﴾ فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ ٱللَّهِ ۚ ذٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ وَلٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
(30) Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
(Ar Ruum 30:30)
Agama fitrah – yg pertengahan.
Umat nabi muhammad- wasata / pertengahan.
Nabi kata ; Akhir zaman ada org yg akan melebih2 / melampau2 dlm berdoa, bersuci. – xperlu berdoa sampai menjerit2.
Nabi pernah tegur seorang sahabat yg doa berlebih2.
‏﴿٦٠﴾ وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
(60) Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”.
(Al Ghaafir 40:60)
Doa adalah ibadah, setelah usaha dan ikhtiar dilakukan. 
‏﴿١٥٩﴾ فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ
(159) Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(Ali Imran 3:159)
Dlm berdoa xperlu ulang lebih dari 3 kali. Begitu juga dgn wuduk, jgn lebih dari 3 kali.
Apa kesinambungan amalan di bulan syawal?

– puasa sunat 6 hari
Allah nak uji, siapa yg terbaik amalannya.
Kelebihan puasa 6 :

– brgsiapa yg puasa sepanjang ramadhan dan tambah 6 hari di bln syawal, ibarat puasa setahun
Setiap amalan anak adam akan digandakan Allah. 1 kebaikan diberi ganjaran 10 pahala.
Sebulan puasa di bln ramadhan (29 hari), + 6 hari di bln syawal, jd 35 hari. Diganda 10 jd 350 hari, iaitu setahun.
Perbanyakkan amalan sunat, Allah akan kasih pd kita.
Boleh ke gabung puasa 6 (sunat) dgn puasa ganti (wajib)?

– pendapat pertama kata xboleh gabung yg sunat dan wajib. Nabi xpernah buat gabungkan amalan wajib dgn amalan sunat.

– pendapat kedua, ulamak mutaakhirin, membenarkan gabung.

Wallahu a’lam

Advertisements