Ciri2 org yg beriman (Kuliah Maghrib – 5.7.17)

Penceramah : Ustaz Maududi bin Ghazali
Bismillah

Sifat Ar Rahman – Allah Maha Pemurah, bukan shj pemurah kpd org islam beriman shj, juga kpd mereka2 yg kufur / yg jauh dari Allah.
Sifat Ar Rahim – yg Maha Mengasihani, sifat yg dekat dgn org2 yg beriman, mukmin, yg mencari Allah. Bg mereka dunia hanya 1 pentas kecil yg tidak membawa apa2 makna.
Alam akhirat adalah satu perjalanan yg sgt panjang.
Dlm surah al baqarah, 5 ayat pertama – ciri2 org mukmin yg takut kpd Allah.
‏﴿٢﴾ ذٰلِكَ ٱلْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
(2) Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,
(Al Baqarah 2:2)
‏﴿٣﴾ ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ
(3) (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
(Al Baqarah 2:3)
‏﴿٤﴾ وَٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِٱلْءَاخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
(4) dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
(Al Baqarah 2:4)
‏﴿٥﴾ أُو۟لٓئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُو۟لٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
(5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
(Al Baqarah 2:5)

Ada agama yg ada byk kitab, sehingga menyebabkan penganut agamanya yg tidak bersatu.
Kitab utk agama islam, yakni al quran, tiada percanggahan.
Kalau ikut jangkaan manusia, jika manusia mengarang buku yg hebat, paling2 pun boleh kekal selama 200 tahun. Selepas itu, ia jd xvalid.
Al quran dipelihara, hingga ke hari kiamat. Ceritanya bukan setakat zaman nabi, tp sehingga hari kiamat. Hebatnya kalam Allah. Allah Maha Mengetahui apa yg terdahulu, terkini dan akan dtg.
Kita sendri pun xtahu apa yg akan jd pd kita. Utk yg lepas2, mungkin boleh ditanya pd ibu ayah, yg kita sendiri pun xingat.
Al quran – tiada keraguan didalamnya, semuanya fakta dari Allah yg Maha Mengetahui. 
Fungsi kedua, menjadi petunjuk kpd org2 bertaqwa.
Apa itu taqwa? Takut kpd Allah. Mata kasar tidak melihat Allah, tp hati ini menyembah Allah sepanjang masa.
Muhasabah diri, adakah kita benar2 bertaqwa? Adakah kita menjadi hamba Allah di bln ramadhan sahaja atau sepanjang hayat?
Org yg bertaqwa mmg ada kelebihan dlm beribadah. Org yg taqwa akan dpt merasai kemanisan iman. Secara detailnya, org yg bertaqwa :
1- yg beriman kpd perkara2 ghaib. Percaya dgn apa yg Allah kurniakan.
Antara perkara ghaib, iaitu dosa pahala, malaikat, jin, syaitan, syurga neraka, alam akhirat.
Dlm bln syawal ni, ada byk majlis openhouse, kena jaga diri dari terlibat dgn maksiat2. Jgn mengumpat, jgn mkn berlebih2an, jaga aurat, dll.
Imam yg plg lemah – benci dlm hati keatas kemungkaran yg dilihatnya
Dlm surah an naba : 
‏﴿٣١﴾ إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ مَفَازًا
(31) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan,
(An Naba’ 78:31)
‏﴿٣٢﴾ حَدَآئِقَ وَأَعْنٰبًا
(32) (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur,
(An Naba’ 78:32)
‏﴿٣٣﴾ وَكَوَاعِبَ أَتْرَابًا
(33) dan gadis-gadis remaja yang sebaya,
(An Naba’ 78:33)
‏﴿٣٤﴾ وَكَأْسًا دِهَاقًا
(34) dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman).
(An Naba’ 78:34)
‏﴿٣٥﴾ لَّا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا كِذّٰبًا
(35) Di dalamnya mereka tidak mendengar perkataan yang sia-sia dan tidak (pula) perkataan dusta.
(An Naba’ 78:35)
Itulah nikmat dlm syurga, kekal didalmnya selama2nya.
Manakala dlm neraka, sgt azab seksaannya.
Hidup ini sekali shj. Jgn jd org yg kufur dan bykkan bersyukur.

2- mendirikan solat dan tidak pernah meninggalkannya.
Solat tiang agama, siapa yg mendirikannya, dia mendirikan agama. Siapa yg tinggalkan solat, dia meruntuhkan / menghancurkan agama.
Tiada MC / cuti dlm solat (kecuali utk perempuan yg uzur). Org lelaki lebih aula solat di surau / masjid (rmh2 Allah). Kalau xboleh solat berdiri, boleh duduk, xboleh duduk, baring.
‏﴿٤﴾ فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
(4) Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
(Al Maa’uun 107:4)
‏﴿٥﴾ ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(5) (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
(Al Maa’uun 107:5)
Org yg solat pun dpt celaka bila lalai dlm solatya. Apatah lg org yg xsolat!
Kena dirikan solat sebetul2nya, secara berjemaah di surau / masjid.
3- golongan yg diberi rezeki dan menafkahkan / infaq sebahagian darinya.
Rezeki bukan shj harta, semua yg kita dpt, termasuk kasih syg, perasaan, dll. 
Harta yg ada pd kita, bukan milik kita sepenuhnya. Harta yg sentiasa mengalir, yg boleh bantu kita dlm kubur – iaitu harta2 yg diinfaq, sedekah, itulah duit / harta kita yg sebenarnya.
Azamkam diri kita utk consistently bg sedekah, sepanjang hayat, dan jgn ada rasa riak atau menunjuk2. Jauhkan diri dari fitnah2.
Kena betul2 ikhlas kerana Allah. Dan jgn mengungkit2. 
Rugi sgt2 kalau kita xbuat amalan infaq ini.
Berapa ramai org di akhirat kelak yg akan menyesal, yg plg menyesal ialah org kafir kerana mereka langsung tiada iman. Pd mereka tiada kehidupan selepas mati, dunia adalah segala2nya.
Bg kita, dunia adalah ladang. Bila mati kelak, masuk ke alam yg pjg, utk tuai hasil ladang kita.
‏﴿٤٠﴾ إِنَّآ أَنذَرْنٰكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنظُرُ ٱلْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلْكَافِرُ يٰلَيْتَنِى كُنتُ تُرٰبًۢا
(40) Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: “Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah”.
(An Naba’ 78:40)
Org kafir mintak balik ke dunia, atau plg tidak sekalipun jadi tanah.

4- org yg beriman kpd kitab2 yg telah diturunkan – al quran dan kitab2 sebelumnya (injil, zabur, taurat).
Kitab yg plg byk diubahsuai ialah injil.
Al quran tidak clash dgn kitab2 yg sebelumnya. 
5- beriman dan yakin akan adanya kehidupan seterusnya – hari kiamat 
Kiamat akan dtg dlm keadaan yg kamu tidak terjangka akan kedatangannya.
Nabi dah cerita tentang alamat2 / tanda2 hari kiamat.
Penyakit umat akhir zaman :

1- syg dunia

2- takutkan kematian
Sepatutnya kematian adalah sesuatu yg kita rindui, utk bertemu Allah.
Org yg yakin dgn akhirat, akan rapat dgn Allah. 
Kena buat persediaan utk menghadapi kiamat, xkira kiamat kecil (kematian) atau kiamat besar.
Mudah2an kita tegolong dlm golongan org2 yg beriman dan bertaqwa kpd Allah.

Wallahu a’lam