Tafsir – surah al baqarah ayat 195 (Kuliah Maghrib – 4.7.17)

Penceramah : Ustaz Abdul Razak
Bismillah

‏﴿١٩٥﴾ وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ
(195) Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(Al Baqarah 2:195)
Dlm ayat ini ada 3 perintah. 2 perintah suruhan, 1 perintah larangan.
Perintah suruhan:

– belanja harta di jalan Allah

– buat kebaikan
Perintah larangan :

– jgn campak diri kami ke dlm kebinasaan
Apa yg kita miliki adalah milik Allah. Jika kita yakin sepenuhnya, kita xsusah utk infaq, sedekah, kita jd ringan tulang, kerana apa yg kita bagi itu kerana Allah.
Allah xnak kita belanja keseluruhan harta, hanya sebahagian shj.
‏﴿٣﴾ ٱلَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِٱلْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنفِقُونَ
(3) (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
(Al Baqarah 2:3)
Byr zakat fitrah, rm7 shj.
Apa yg kita infaqkan, Allah akan menggantikannya semula.
Tiada keberkatan langsung dlm riba. Allah akan membinasakan riba, manakala utk sedekah pula ia akan menyuburkan harta.
Belanja di jalan Allah, apa2 yg akan mendapat keredaan Allah.
Larangan mencampakkan diri dlm kebinasaan – contohnya merokok, ambil dadah, dll. 
Sebagai ulamak mufassirin sebut, yg meletakkan diri ke lembah kebinasaan adalah sebab tidak menginfaqkan harta ke jln Allah. 
Sng cerita, kalau xbelanja ke jln Allah, akan mencampakkan diri ke lembah kebinasaan.
Berbuat baiklah kamu, Allah amat menyukai org2 yg buat kebaikan, apa saja kebaikan.
Dlm byk hadis, nabi ajar buat baik pd semua org, rapatkan hubungan dgn org yg putuskan hubungan kpd kita, bagi kemaafan pd org yg buat salah pd kita, buat baik pd org yg buat jahat pd kita. 
Hadis : sesungguhnya Allah memfardukan / mewajibkan ihsan (melakukan kebaikan) pd setiap sesuatu. Bila melakukan sesuatu pembunuhan (perang, hukuman), elokkan pembunuhan itu (jgn menyeksa). Bila buat sembelihan, elokkan sembelihan. Hendaklah menajamkan mata pisau
Anas bin malik cerita, satu ketika mereka jln dgn nabi, nampak sekumpulan org yg bakar semut. Nabi larang, kerana kerja2 membakar ini adalah urusan / kerja Allah. – larangan membunuh dgn cara membakar.
Kita dilarang membakar (tujuan utk membunuh) sebarang hidupan (haiwan), apatah lg manusia.
Kalau nak bunuh, bunuh dgn cepat jgn diseksa.
Buatlah kebaikan, Allah bersama2 dgn org yg melakukan ihsan / kebaikan.
Malaikat mendoakan bagi org yg infaq hartanya, agar digantikan dgn yg lebih baik. Manakala didoakan kebinasaan bg org yg bakhil.

Wallahu a’lam

Advertisements