Istiqamah selepas Ramadhan (Kuliah Maghrib – 3.7.17)

Penceramah : Ustaz Bashasunnahar
Bismillah
Bagaimana nak istiqamah selepas ramadhan?
Istiqamah dari segi bahasa – berterusan. Kita nak Allah bg kita istiqamah, plg tidak 1 hari 17 kali kita mintak Allah tunjukkan kpd kita jln yg lurus, berada di atas landasan agama, xde belok2.
Ia merangkumi perkara zahir dan batin. Kita dituntut utk istiqamah.
Bila kita minta pd Allah byk kali utk tunjuk jln, menunjukkan kita ni sentiasa berada dlm kekurangan.
Nabi pernah sebut : beristiqamahlah. Kalau xdpt, plg kurang dekat dgn istiqamah.
Contoh di bln ramadhan kita buat qiamullail, solat tarawih, bangun awl utk tahajjud. Lepas ramadhan, kalau xdpt buat byk, setidak2nya buat witir, atau solat 2 rakaat. Kalau boleh nak berterusan.
Nabi pesan : Jgn jd mcm org ni, dia bangun qiam, solat mlm, selepastu dia tinggalkan.
Kalau xdpt istiqamah mcm di bln ramadhan, setidaknya hampir kpd istiqamah. 
Kenapa pentingnya istiqamah?
1- utk merealisasikan tujuan kehidupan kita di dunia – tidak dijadikan jin dan manusia, melainkan utk beribadah kpd Allah.
2- Allah telah perintahkan nabi utk merealisasikan, utk berterusan buat apa yg Allah suruh seperti qiam, dan diikuti oleh para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin.
Dlm quran : hendaklah kamu berisitiqamah (wahai muhammad) sepertimana yg telah diperintahkan
Sahabat tanya nabi : Wahai Rasulullah, beritahu aku 1 ucapan, ayat, berkenaan islam. Nabi jawab : katakanlah, aku beriman kpd Allah, kemudian berterusan / istiqamah

Bagaimana cara nak istiqamah?
1- kehendak Allah keatas hamba itu utk melakukan ketaatan membuat amal soleh. Petunjuk dari Allah.
Bukan mudah2 boleh dpt petunjuk dari Allah, tp kalau Allah nak, ia boleh jd mudah.
2- Allah xkan ubah nasib seseorang, dia kena usaha utk ubah sendiri. Kena usaha utk cari hidayah.
Solat – sgt berat, kecuali pd org yg khusyuk, beriman. Kalau org yg fasiq, nak solat 2 rakaat pun berat, solat fardu pun berat, apetah lg solat sunat.
3- kena perbanyakkan istighfar
4- muhasabah diri
Bertaqwa kpd Allah. Kena plan / rancang apa yg nak dibuat esok hari.
Hisab diri sendiri sebelum kita dihisab.
Lihat apa amalan yg telah kamu buat, yg lepas, dan yg akan dtg, sebagai persediaan utk bertemu Allah.
Ada seorang lelaki tanya amalan apa yg membolehkannya masuk syurga? Nabi jawab : jaga solatnya 5 waktu.
Ibadah pertama yg akan ditanya ialah solat. Jika ada kekurangan, kecacatan, akan dilihat pula pd solat sunatnya.
5- jaga solat berjemaah
Ada org yg solat tp sendiri2 kat rmh, ada org yg solat setahun 2 kali ke – iaitu solat sunat aidilfitri dan aidiladha.
Ada yg berjemaah di rumah dgn sendiri.
Tp nilai yg plg besar ialah solat di surau / masjid 5 kali sehari.
Sifat org beriman – sentiasa berlumba utk buat kebajikan kpd Allah
Tp kenapa ramai yg masih solat sendiri? Sbb lemahnya iman. (Utk org lelaki)
Solat berjemaah – proses utk meningkatkan keimanan kita kpd Allah.
Org yg beriman, dia akan rasa xpuas hati dgn ibadahnya, dia akan sentiasa nak upgrade.
6- menuntut ilmu
Nak ibadah kena ada ilmu. Nak istiqamah juga kena ada ilmu. Kerana ilmu itu menjadi wasilah utk mengenal Allah.
7- pilih kawan yg soleh / baik, yg boleh pandu kita ke jalan Allah
Sahabat yg boleh bantu utk kita ibadah / dekat kpd Allah.
Allah sebut dlm quran: Kawan2 ni, pd hari kiamat kelak akan menjadi musuh antara satu sama lain, walaupun kat dunia rapat, kamceng. Kecuali kawan2 yg bertaqwa kpd Allah, kwn2 yg baik, soleh.
8- jaga anggota badan dari perkara2 yg haram
Jaga lidah dari berdusta, ngumpat, batu api.
Jaga mata, telinga, dll. 
Jgn ckp benda yg kita xda ilmu.
Hati2 nak komen di fb.
Antara tanda2 kiamat – ulamak2 dicabut nyawanya. Yg tggal tu bukan ulamak yg dijadikan rujukan.
Semua anggota td akan bertanggung jawab.
Beriman kpd Allah & beriman kpd hari akhirat.
9- kena kenal musuh kita iaitu syaitan
Jgn kamu ikut perjalanan syaitan, siapa yg ikut syaitan, syaitan akan suruh buat kemungkaran.
Mcmana nak tau dia dah ikut syaitan? Bila dia dah buat benda mungkar.

Antara hasil istiqamah :
Dari surah fushilat ayat 30,31:
‏﴿٣٠﴾ إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسْتَقٰمُوا۟ تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ ٱلْمَلٓئِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَبْشِرُوا۟ بِٱلْجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمْ تُوعَدُونَ
(30) Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.
(Al Fushilat 41:30)
‏﴿٣١﴾ نَحْنُ أَوْلِيَآؤُكُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِىٓ أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ
(31) Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.
(Al Fushilat 41:31)
1- hati akan tenang – sentiasa akan dpt petunjuk dari Allah
2- istiqamah akan menjaga tuannya daripada melakukan maksiat/ perkara yg lalai
3- malaikat akan turun pd mereka, ketika nazak dan bgtau: jgnlah kamu rasa takut dan sedih
4- akan dihormati dan disayangi oleh org lain, dan kedudukan yg tinggi disisi Allah
5- disediakan syurga untuknya (org yg bertaqwa)

Amalan yg boleh kita buat utk istiqamah :
1- Doa. 
اللَّهُمَّ أَعِـنَّا عَلىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِـبَادَتِكَ

Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami kepada-Mu, amin.
2- membaca ayat quran sebelum tidur
Dari hadis nabi : siapa yg baca 10 ayat pd 1 mlm, maka tidak ditulis dari org yg alpa / lalai.
Ada pendapat kata, 10 ayat itu dlm solat. Yg pentinf waktu mlm.
Siapa yg baca 100 ayat pd mlm hari, ditulis sbgai org yg mentaati perintah Allah. Siapa yg baca 1000 ayat pd waktu mlm, ditulis org itu dr kalangan org yg mentaati perintah Allah (al qintar) dunia dan akhirat.
Baca ayat kursi, surah al isra’, az zumar, sblm tido.
Nabi tidak akan tidur selagi xbaca surah al isra’ dan surah az zumar.
Boleh juga baca surah al kaafirun.

Wallahu a’lam

Advertisements