Tafsir surah al Baqarah – ayat 208-210 (Kuliah Subuh – 2.7.17)

Penceramah : Ustaz Rosli Mokhtar
Bismillah

‏﴿٢٠٨﴾ يٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوٰتِ ٱلشَّيْطٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
(208) Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
(Al Baqarah 2:208)
Kdg2 perkataan iman dan islam ni dibawakan maksud yg sama. Kdg2 maksud berbeza.
Imam – percaya, islam – patuh.
Org beriman kena patuh secara keseluruhannya – cabaran dlm beragama ialah utk menjadi patuh.
Kata hassan al bana – Org islam, kalau nak faham islam kena faham 20 perkara. Yg pertama ialah islam agama yg syumul – menyeluruh.
Dlm ayat yg lain surah al baqarah : adakah kamu beriman dgn sebahagian dan kufur dgn sebahagian yg lain?
Kita dikehendaki utk praktis agama secara keseluruhan. Tapi tidak bermaksud terus kpd nak buat hukum hudud. Ada byk lg benda lain dlm islam – antaranya keadilan, dll. Hudud adalah satu juzuk yg kecil dlm islam.
Jgn ikut jejak langkah syaitan – dgn masuk / patuh islam secara menyeluruh. Syaitan menghasut agar tidak patuh / ingkar dgn arahan Allah.
Sifat iblis – dia tidak masuk secara menyuluruh, yg menyebabkan ia ingkar kpd Allah. Bila ada benda yg bertentangan dgnnya, ia kata Allah yg salah – iaitu utk sujud kpd Adam. Dia enggan sujud dan dia membesarkan diri di hadapan Allah. Dia kata dia lebih baik dari adam, jd kenapa perlu hormat pd adam?
Inilah cabaran manusia. Boleh buat ibadah2, tp bila ada benda yg xkena dgn kita, kita xnak buat, sbb bertentangan dgn kepentingan diri. Menyembunyi kebenaran – xcakap perkara2 yg xbetul kerana ada kepentingan diri.
Kita xboleh terima org yg sembahyang tp kuat menipu.
Salah satu cabaran umat islam harini- mengamalkan ajaran dlm bentuk masyarakat. Ramai yg amalkan secara individu.
Ada Persatuan/ gerakan islam yg membawa fahaman yg salah. 
Walaupun islam menyeluruh, tp gerakan2 islam ini tidak mampu utk buat semua kerja, tp mereka nak buat semua kerja. Ini mmg xboleh berlaku. 
Contohnya: Org politik xboleh kupas isu akademik sbb bukan bidangnya.
Wujudnya salah faham – jika bertentangan dgn gerakan ini, akan dikatakan kufur. Kerana mereka menyamakan gerakan mereka dgn agama.
Gerakan / persatuan ini tidak boleh mengambil kedudukan agama, xboleh nak samakan dgn agama.
Syaitan – ajak buat kemungkaran. Dia hanya patuh pd benda yg dia nak saja. Syaitan adalah musuh yg jelas, nyata. Tapi Bukannya dlm keadaan jelas fizikal.
‏﴿٤﴾ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ
(4) Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
(An Naas 114:4)
‏﴿٥﴾ ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
(5) yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
(An Naas 114:5)
‏﴿٦﴾ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
(6) dari (golongan) jin dan manusia.
(An Naas 114:6)
Syaitan hadir dlm keadaan bisikan, dan tersembunyi. Wujud di kalangan jin dan manusia.
Allah dah jelaskan semua taktik2 syaitan, jd kita kena baca quran.
Musuh utama iblis dan syaitan – ilmu. Bila org berilmu, boleh bezakan benda ni iblis / syaitan atau bukan. 
Contoh – bila timbul perasaan benci pd org yg diberi nikmat. Ini iblis, muncul dlm bentuk perasaan dengki. Kita sendiri xsedar kita dengki pd org lain. Timbulnya kekeliruan. Iblis muncul dlm bentuk yg berselindung.
Syaitan / iblis akan jadi jelas bila kita faham selok belok bagaimana syaitan bekerja- iaitu dgn ilmu.
Masalah kita ialaj kita xfaham taktik iblis, sbb mungkin terlalu fokus belajar pasal feqah shj.
Al quran byk cerita pasal taktik iblis, tipu daya iblis, dan panduan utk menanganinya.
Allah maha mengetahui sifat manusia. Bila Allah cipta adam, adam diberi ilmu berkenaan nama2 benda di syurga. Tp malaikat dan iblis tidak tahu.
Tapi akibat liciknya tipu daya iblis, adam tergelincir, terpengaruh dgn tipu daya iblis, menyebabkan adam keluar dari syurga.
Allah turunkan quran, yg ada mengandungi panduan utk berdepan dgn iblis. Org yg buta quran, adalah org tercela kerana anytime boleh ditipu iblis. 
Masyarakat islam jika tidak diasuh dgn ilmu, akan jd masyarakat yg lemah. Jd kita kena kembali kpd kitab Allah.

‏﴿٢٠٩﴾ فَإِن زَلَلْتُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَتْكُمُ ٱلْبَيِّنٰتُ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
(209) Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Al Baqarah 2:209)
‏﴿٢١٠﴾ هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن يَأْتِيَهُمُ ٱللَّهُ فِى ظُلَلٍ مِّنَ ٱلْغَمَامِ وَٱلْمَلٓئِكَةُ وَقُضِىَ ٱلْأَمْرُ ۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ
(210) Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan.
(Al Baqarah 2:210)

Allah Maha Perkasa & Maha Bijaksana – kalau manusia tergelincir dgn tipu daya iblis, Allah tidak terkesan.
Manusia xboleh nak tafsir alam ghaib kerana berbeza alam. Pemikiran manusia terhad. Allah xbagi kekuatan / kelebihan utk kita fikir alam akhirat, kita hanya boleh fikir alam dunia shj.
Fikirlah sifat Allah, jgn fikir zat Allah.
Allah ingatkan semua manusia, semua perbuatan akan dinilai di akhirat kelak.
Atas dunia ni mmg manusia boleh buat sewenang2nya… xda hukuman, bila buat salah, esoknya terus mati. Segala hukuman / keadilan akan dibuat di akhirat kelak.

Wallahu a’lam

Advertisements