Tajdid dalam Agama (Kuliah Subuh – 11.2.17)

Penceramah : Ustaz Zahiruddin Zabidi
Bismillah
Amar makruf / menyeru kebaikan – adalah jauh lebih mudah berbanding nahi mungkar / mencegah kemungkaran.
Hadis : brgsiapa yg melihat kemungkaran hendaklah diubah / cegah dgn tangannya, jika tidak mampu cegahlah dgn lisannya, jika xmampu juga cegahlah dgn hati, sesungguhnya itu adalah selemah2 iman.
Hadis : “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini di setiap awal 100 tahun, seseorang yang akan memperbaharui agama ini.”
Hadis : Siapa yg Allah nak kebaikan pada dirinya, Allah akan fakihkan dirinya dgn agama.

– sebaliknya jika Allah nak keburukan pd seseorang, Allah akan jauhkan diri seseorang itu dari agama.
 رب زدنى علما وارزقنى فهما

 Robbi zidnii ‘ilman warzuqnii fahman. 

 Artinya : Ya Allah, tambahkanlah kepada saya ilmu dan berilah saya pengertian yang baik.
Siapakah mujaddid? 

Ulamak bersetuju, Mujaddid abad pertama, khalifah umar abdul aziz. Abad kedua, syeikh al imam muhammad bin idris (imam syafie), dan seterusnya.
Menurut dr yusuf al qardhawi, seorang mujaddid tidak semestinya seorang tokoh atau manusia. Kdg2 ia boleh jadi sekumpulan manusia, yg membawa ruh baru dlm agama. Bukan bermaksud buat benda baru dlm agama, tp bermkasud berusaha mengembalikan kefahaman agama seperti di zaman nabi, khususnya dlm bab ibadah dan aqidah.
Tajdid bukan remove yg lama ganti baru, tapi berusaha mengembalikan ruh aqidah dan ibadah seperti di zaman nabi kerana zaman itu adalah zaman terbaik yg mengikut quran dan sunnah.
Hadis : Kurun / manusia yg terbaik ialah pd zaman aku (zaman para sahabat) dan kurun seterusnya, dan seterusnya.
Setiap dari kita adalah pemimpin dan akan ditanya tentang pimpinan kita.
Para pemerintah boleh mencegah kemungkaran melalui kuasa yg mereka ada.
Para ulamak boleh menegur rakyat melalui ceramah2, kuliah2.
Bg rakyat, org yg diperintah, nahi mungkar dgn tidak pergi ke tempat2 maksiat.
Antara golongan yg buat amar makruf nahi mungkar ialah golongan Mujaddid yg diutuskan setiap 100 tahun.
Keaslian agama itu berada di “muara sungai”. Awal agama itu suci dan bersih. Makin lama makin byk keladak, byk kotorannya. Muncul byk ajaran2 sesat, sesang berkumpul di zaman kita.
Tujuan diutus Mujaddid adalah utk memastikan kemurnian agama islam dijaga, keaslian agama. Agar tidak mencemari kesucian agama seperti zaman dahulu, dan yg berlaku pd agama lain juga, sehingga tidak nampak rupanya yg sebenar dan tidak sesuai dipraktikkan.

Walahu a’lam