Persediaan menuju akhirat (Kuliah Maghrib – 12.10.16)

Penceramah : Ustaz Dr. Roslan Mohamed
Bismillah 
‏﴿١٨٦﴾ وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا۟ لِى وَلْيُؤْمِنُوا۟ بِى لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
(186) Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Al Baqarah 2:186)
Allah tidak minta lebih daripada kita. Allah Maha Kaya dgn kekayaanNya, tidak perlu kpd hanba, tapi hamba perlu kpdNya.
Kesungguhan kita beribadat, kerajinan kita buat amal soleh, pulangannya kpd kita.
Tidak sedikit pun kerja baik kita, ada kepentingan / dapat kpd Allah.
Tidak seperti dunia, pekerja rajin, boss / company untung.
‏﴿٣﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
(3) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
(Al Ikhlash 112:3)
‏﴿٤﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ
(4) dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia”.
(Al Ikhlash 112:4)
Tiada kabinet yg mengatur alam ini, melainkan Allah sendiri.
Jika kita buat jahat sepanjang masa, tidak menjatuhkan kerajaan Allah.
Di padang mahsyar nnt, amalan kita yg menjadi penyelamat kita.
Allah tahu kita lemah. Berapa ramai yg tinggal solat kerana urusan dunia, tinggalkan majlis ilmu sampai jadi jahil.
Allah sgt dekat dgn hambanya pada bila2 masa sekalipun. Apa yg hambanya rintihkan, Allah sentiasa dengar.
Perintah Allah bukanlah beban kepada hambanya. Baik dlm halal atau haram, dlm perintah atau larangan. Sbb spec kita dicipta sesuai dgn perintahnya.
Suatu hari ketika sahabat bersama nabi hendak bersolat setelah mendengar azan daripada bilal, nabi tgk para sahabat seorang demi seorang. Kemudian nabi menangis, dan berpesan : khabar gembirakanlah org2 yg melangkah ke masjid, mereka akan dpt cahaya ke syurga nnt.
Di suatu ketika yg lain, waktu solat, azan subuh berkumandang, nabi menanti sahabat, xramai yg hadir. Rupanya sblm subuh tu ramai sahabat yg menanti rombongan yg nak masuk ke madinah, jadi ramai yg lengah ke solat dan ada yg xdtg. Selepas solat nabi paling ke belakang dan tgk separuh saf xda, dan nabi berkata dlm keadaan sedih : demi Allah, aku xbimbang kalau kamu miskin harta, tp aku paling takut kamu miskin iman, miskin agama, kerana merebut dunia.
Imam as sayuthi : bila kita dpt tegur diri kita dgn teguran ilmu dan agama, itu adalah teguran yg plg berbekas di hati kita.
Kita boleh tegur anak dgn marah, maki. Tapi jika xsentuh dgn hukum hakam agama, ia tidak mencukupi sbb tiada ilmu dalam kemarahan itu. Sebutlah dgn teguran iman.
‏﴿١١٠﴾ قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا
(110) Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.
(Al Kahfi 18:110)
Prasyarat kalau nak jumpa Allah :

1- kena cukup amal soleh

2- tidak syirik / menduakan Allah. Kena beriman dgn bersungguh2.
Letak Allah sebagai tuhan yg paling besar, plg maksimum. Tiada tuhan selain Allah.
Buka akaun akhirat dgn syahadah – credit dgn amal2 soleh, kebaikan2.
Walaupun telah mati, tapi akaun tetap buka. Credit boleh bertambah dgn doa2 anak yg soleh, kebaikan2 yg kita tinggalkan di dunia. Akaun inilah yg akan menjadi penyelamat kita nanti.
Apa jumlah yg ada dlm Akaun dunia kita belum tentu jadi milik kita. Bila kita meninggal, akan diwarisi oleh org lain mengikut faraid. 
‏﴿١٤﴾ ٱقْرَأْ كِتٰبَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ ٱلْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا
(14) “Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu”.
(Al Israa’ 17:14)
Allah xmenghendaki sedikitpun dari manusia.
‏﴿٥٦﴾ وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
(56) Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
(Adz Dzaariyaat 51:56)
‏﴿٥٧﴾ مَآ أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ
(57) Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.
(Adz Dzaariyaat 51:57)
Saat kita ada duit, kita nampak kemana kita boleh salurkan duit itu. Jika xberduit, mungkin kita ada tenaga yg boleh diinfaqkan.
Kecilkan duniawi, besarkan ukhrawi. Jangan terus tinggalkan duniawi.
Jadikan akhirat 1st.

Wallahu’alam