Kepentingan wakaf (Kuliah Maghrib – 2.6.13)

Penceramah : Ustaz Ibnu Hubain (dari Perbadanan Wakaf Selangor)

Bismillah

Nabi adalah seorang yg akan membantu sesiapa shj yg dtg utk memohon bantuannya.

Walaupun nabi xpunya harta, tp nabi bg izin seorang lelaki yg dtg mohon bantuan darinya, menggunakan namanya utk membuat hutang. Nabi akan byr semula hutang itu jika dia miliki harta.

3 perkara yg membawa fitnah yg besar – harta, takhta dan wanita.

Wakaf – diguna utk aset kekal sahaja, xboleh utk pembayaran pentadbira, makan minum, dll..

Harus hukumnya mewakafkan wang ringgit dgn syarat menukar duit tersebut kpd aset kekal.

Selagi mana ada org menggunakan aset yg kita wakafkan, selagi itulah pahala akan mengalir masuk akaun.

Dgr kuliah, ambil wuduk, bersedekah – boleh menghapus dosa2 kecil.

Bersedekahlah walau sebutir tamar.

Solatlah 1000 rakaat sekalipun, tp hubungan dgn manusia tidak dijaga, tiada gunanya.

Hadis qudsi : Sesungguhnya hambaku ini nak dekatkan diriku adalah dgn ibadah2 sunat

Kenapa kita perlu berwakaf? Ia sebagai sedekah jariah (ada 2 jenis sedekah, iaitu wajib dan sunat. yg WAJIB – nafkah wajib kpd pasangan, zakat. sedekah SUNAT – hadiah, pemberian kpd selain asnaf)

Sedekah muqottaah – sedekah yg terhenti / terpotong. Contoh bg sedekah makan utk org susah, pahala terhenti setelah lapar semula.

Sedekah jariah – pahala berterusan selagi tempat yg kita wakafkan itu digunakan.

Antara sunnah nabi – bila jumpa org, salam, nabi xkan lepas selagi org itu xlepaskan tanggpannya. Sambil bercakap nabi akan pegang org itu dan memandang org itu, selagi org itu tidak menjauhkan diri dari nabi.

Nabi tiada bayang2 kerana awan sentiasa mengikuti nabi.

Apabila meletak pengharapan kpd makhluk – contohnya pada ubat, produk kesihatan, maka jatuh syirik kecil keatasnya.

Hadis soheh : hapuskan penyakitmu dgn bersedekah.

Firman Allah : iblis / syaitan akan menjanjikan kefakiran kpd org yg berinfaq ke jalan Allah dan membawanya ke jalan kemungkaran.

Talhah bin ubaidillah menangis bersungguh2 kerana duit yg berada di tangannya masih byk lagi. Talhah antara 2 org sahabat yg kaya yg masuk syurga.

Hadis : jgn kira berkira2 dgn harta yg kita ada, nescaya Allah tidak akan berkira2 dgn nikmatNya.

Kata Ibnu Qayyum dlm kitabul ruh, apa yg kita sedekahkan utk org yg sudah mati, akan sampai padanya.

Jika harta dunia kita tak gunakan utk jalan Allah, ia akan menjadi fitnah di akhirat kelak.

Wallahu’alam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s