Hak / Tanggungjawab suami & isteri (Kuliah Maghrib – 28.2.13)

image

Penceramah : Ustaz Yob Hamid Ismail

Bismillah

Tanggungjawab suami :
– Memastikan isteri dan anak2 selamat dari azab api neraka (yg plg utama)
– Memberi makan
– Memberi perlindungan & lain2

Jika xdpt laksanakan tanggungjawab, sila lepaskan tanggungjawab dgn perpisahan. Tanggungjawab ini ialah janji, akan dipersoal di akhirat kelak.

Tanggungjawab isteri :
– Taat pada Allah
– Taat pada Rasul
– Taat pada suami

Hadis : Kalaulah seorang itu boleh diperintahkan utk sujud kpd org lain, akan diwajibkan isteri utk sujud kpd suaminya.

Isteri kena patuh, taat, selagi mana suami xsuruh buat maksiat. Selagi ianya baik dah dibenarkan syarat, isteri wajib buat.

Sabda Rasulullah: hak suami ke atas isteri ialah sekiranya ada pada suami kudis maka isteri menjilatnya, ataupun keluar darah atau nanah dari lubang hidungnya kemudian perempuan itu menelannya, belumlah ia menunaikan hak suaminya.

Hadis : “apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya, tetapi isterinya enggan, sehingga suaminya bermalam dalam keadaan marah, para malaikat melaknatnya sehingga pagi.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis : “Tiga golongan yang solat mereka tidak diangkat walaupun sejengkal dari kepala mereka: seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka tidak suka kepadanya; seorang perempuan yang bermalam sedangkan suaminya merasa marah kepadanya; dua orang saudara yang bersengketa.” (Ibnu Majah, hasan)

Isteri dilarang mengeluarkan atau membelanjakan harta suaminya melainkan dgn izin suaminya. Suami pula, jgn lokek.

Isteri hendaklah memaklumkan pd suaminya jika hendak membelanjakan hartanya sendiri.

Isteri dilarang membenarkan org luar masuk ke dlm rumah tanpa izin suaminya.

Isteri perlu minta izin suami jika hendak berpuasa sunat.

Suami disuruh untuk membantu isteri di rumah. Nabi selalu membantu Isterinya dalam kerja2 rumah. Bila masuk waktu solat, pergi solat berjemaah. Antara sunnah nabi ialah bersembang dgn isteri, lebih2 lagi sebelum masuk waktu subuh.

Isteri hendaklah mensyukuri suaminya, tidak mengkufurinya.

Haram menuntut talak dari suami tanpa sbrg alasan.

Hak bersama :
– menjaga maruah keluarga
– dilarang membongkar rahsia di ranjang

Hadis : sesungguhnya manusia yg plg buruk kedudukannya di hari akhirat ialah suami yg menggauli isterinya dan menceritakan kpd org lain

Isteri yg kematian suami, wajib berkabung – 4 bulan 10 hari.
– dilarang bersolek
– dilarang keluar melainkan urusan yg sgt perlu
– dilarang menunaikan umrah/haji ketika waktu berkabung

Wallahu’alam

Leave a comment